Sejak cerita mengenai dirinya tersebar di suratkhabar itu,
nama Alia terus menjadi sebutan ramai di pejabatnya. Ada yang kagum kejayaannya
menawan hati One dan tak kurang juga ada yang mengeji. Bukan apa…cemburu!!
Biarpun cerita itu masih belum tersebar dengan meluasnya, tetapi ianya tetap
menjadi hot story di pejabat Alia.
Kebelakangan ini juga, Alia semakin tidak bersemangat untuk
pergi kerja. Di pejabat, ada sahaja cerita mengenai dirinya dan Sazwan
diperkatakan. Tak habis-habis. Eiii… bosannya.Tak ada seorang pun yang faham
apa sebenarnya yang tersirat di hatinya di saat itu melainkan Nita, teman
karibnya.
“ Kau tahu Nor, kawan aku si Hasli yang kerja kat majalah
‘Jambu’ tu beritahu…sejak si One tu berkawan dengan si Alia, banyak masalah
yang telah timbul. Dulu One tu tak macam tu…kalau ada shooting atau show tak
pernah miss. Tak macam sekarang ni, selalu aje melarikan diri. Ah! Payahlah nak
cerita kalau orang dah mabuk cinta. Maklumlah asyik nak berkepit aje. Kau
nasihat-nasihatkanlah sikit si Alia tu. Bercinta, bercinta juga. Periuk nasik
orang janganlah nak sekat pulak! Lagipun aku tak berkenaan benar si Alia tu…”
jelas Hadijah terus terang.
“ Ishhh!....perlahan sikit. Tu ha..Alia, kang terdengar
pulak, kecik hati dia…” sindir Nor sambil merenung tajam kea rah Alia.
“ Ah! Biarlah…Gatal sangat nak bercinta dengan artis!!” Kata
Hadijah kasar.
Alia tersentak. Di kejauhan yang hamper itu dia sempat
menoleh kea rah Noor dan Hadijah. Dia tahu, kedua orang temannya itu sedang
mengumpat dirinya.
“ Ala…macamlah aku tak tahu cerita tentang kau orang berdua.
Aku ni kira untung juga, taklah bertepuk sebelah tangan. Macam kau Ija…gila
baying dan syok sendiri. Eleh…siap bagitau satu pejabat yang si kartunis Bobby
tu menaruh hati katnya. Padahal ditiup angin pun si kartunis terkenal tu tak
pandang kau pun. Kalau dah karat tu…karat jugaklah…Si Noor tu pulak, terlalu
asyik memuji diri. Mentang-mentanglah sejak berkawan rapat dengan wartawan ni.
Kat pejabat, tak sah kalau tak cerita kalau tak cerita pasal dunia artis,” luah
Alia di dalam hatinya.
Hati Alia terguris lagi. Erita kisah dengan Sazwan muncul
lagi. Kali ini lebih pedih. Alia dikatakan menjadi dalang kemerosotan
popularity Sazwan di persada seni. Hakikatnya, dia tidak begitu. Di sepanjang
kedukaan itu,mujur ada Sazwan. Sazwan yang tu tidak jemu-jemu meyakinkan dia,
bahawa segala apa yang berlaku itu adalah lumrah dari sebuah kehidupan. Biarlah
dia dan Sazwan sahaja yang tahu cerita sebenar di sebalik cerita yang telah di
gembar gemburkan itu.
No comments:
Post a Comment