Fairmummy.blogspot.com

Thursday, 8 November 2012

Petunjuk (siri 2 )


“ Rileks la beb! Jangan kelam kabut. Sebenarnya, kau patut rasa bangga kerana Berjaya memiliki cintanya. Bukan senang nak rebut cinta orang popular macam si One tu. Alangkah indahnya hidup aku ni, kalau dapat jadi macam kau. Dapat bercinta dengan artis Dapat keluar gambar kat dalam suratkhabar dan majalah-majalah. Fuh! Bestnya. Aku rasa cerita kau ni mesti jadi hot story kat ofis. Hai…makan hatilah si Ija dan Noor tu. Aku tumpang banggalah…lepas ni kau bolehlah tunjuk aksyen kat diorang. Ingat diorang aje yang layak bercinta dengan orang popular?” Kata Nita bangga.
Alia hanya mampu ketawa apabila mendengar kata-kata Nita itu. “ Ita…Ita…Aku bukan gila glamour atau cuba mencari publisiti murahan. Aku ada harga diri…Aku masih sedar di mana tempat aku berdiri. Aku sedar siapa aku dan aku juga sedar siapa si One tu.”
Alia menatap fotonya lagi. Adoii!!! Apa nak buat ni. Dah pasti cerita ni akan heboh satu pejabat. Apalah kata teman-teman nanti?
Walhal hubungan antara aku dan One masih terlalu awal untuk dibicarakan.
“ Alia! Lia! “ Panggilan Nita itu membuatkan lamunannya tersentak.
“ hai sempat lagi kau berangan ya? Aku rasa kepala otak kau tu nak meledak, tambahan nanti bila dengar cerita dari si mulut murai tu. Sebelum apa-apa terjadi ni, aku nasihatkan kau supaya bersabar.. Kau kena banyak bersabar kalau nak berkawan dengan orang popular. Kalau perkara yang kecil-kecil kau dah tak tahan…macam mana nanti kau nak hadapi bila kena gossip berat-berat? Aku cakap aje…,” sambung Nita dengan satu hujah yang panjang.
“ Tak senang duduk aku dibuatnya, Ita. Kalau cerita tu nyata, aku tak kisah. Ini main serkap jarang aje. Buat masa ni aku dengan dia tu Cuma berkawan biasa aje. Kau tengoklah, apa yang kat suratkhabar tu tulis. Macam dah confirm aje aku ni jadi kekasih si One tu. Tapi kalau betul pun yang dia orang semua ni nak sibuk apa hal. Kita orang nak bercinta ke…nak kahwin ke…kita orang punya suka la!” Alia melepaskan perasaan geram yang terbuku di sudut hatinya.
“ Eh…ehhh…Lia, aku rasa dah meledak pun isi otak kepala kau tu,” usik Nita lagi.
“ Ittaaa…Okeylah aku chaw dulu.”
“ Ya lah…ya lah…orang dah tak sudi cakap engan kita. Habiss…kita nak buat macam mana. Sebelum tu, aku nak pesan. Jangan tension-tension. Be cool beb!!” Ujar Nita ikhlas.
“ Terima kasih Ita. Bye!”
Alia meletakkan gagang telefon sambil tersenyum puas. Ini baru Nita, dah kecoh. Hai…belum lagi Rudy, Atikah, Ayu dan si mulut murai, Ija dan Noor tu. Habiss…aku. Ah! Macam mana nak pergi kerja esok ni??!!

Back     Next

No comments:

Post a Comment