“ One tau, kehadiran One ni menyusahkan Alia saja. Sejak
kita berkawan, macam-macam anggapan buruk yang Alia terpaksa terima.One sedar
semua tu. Cuma apa yang One harapkan sekarang ni, Alia banyak-banyaklah
bersabar. Biar apapun yang terjadi, One tetap nak berkawan dengan Alia. One
ikhlas dan tak ada niat lain yang terselindung di sebalik kejujuran One ini.
Alia tak nak kawan dengan One lagi ke?” Tanya Sazwan di suatu hari ketika Alia
menyuarakan kekesalannya.
“ Bukan macam tu…Alia senang dan cukup gembira dapat
berkawan dengan One. Cuma kadang-kadang tu, Alia tak dapat tahan sangat denga
cerita-cerita yang begitu. Janganlah kerana berkawan dengan Alia, kerjaya One
pulak yang terjejas. Inipun dah macam-macam berita yang keluar. Esok lusa tak
tahu lagi…Alia tak mahu kerjaya One hancur disebabkan Alia.” Jelas Alia terus
terang.
“ Janganlah Alia anggap begitu. Cuba Alia pandang uka One ni
Walaupun dah bermacam-macam anggapan buruk yang One terima kerana perhubungan
ini, One tak pernah melenting kan…One cool aje…One malas nak layan dengan benda
yang remeh temeh macam ni. Dah jadi lmrah manusia, tak pernah senang bila
tengok kebahagiaan orang lain. Jadi, sebab itulah One tak ambil pot dengan
cerita-cerita itu. Janji kita benar… kita tahu apa yang kita lakukan,” terang
Sazwan lagi.
“ One bolehlah, Alia ni…kat tempat kerja, asyik kena kata
aje…Tambahan pulak, sejak One hantar Alia pergi kerja ni. Haii…makin
bertambahla cerita diorang tu,” ujar Alia perlahan.
“ Itulah Lia…terlalu memikirkan sangat cakap orang.
Akibatnya Alia sendiri yang pening kepala. Buat tak tahu sudahlah. Ah! Lambat
laun nanti, penatlah mulut dia orang tu nak bercerita pasal kita. One pasti,”
kata Sazwan yakin.
Di pejabat, dua orang musuh ketatnya masih melancarkan
operasi mengumpat. Habis diracunnya, sampaikan pihak atasan pun dah dapat tahu
mengenai dirinya.
“ Hai…Alia. Macam-macam cerita mengenai diri awak yang saya
dah dengar. Ternyata hebat jgak awak ni ya! Nampak aje lembut tetapi sebenarnya
kerass!!” kata En. Syawal, pengarah urusan tempatnya berkerja.
“ Dengar cerita, awak tengah hangat bercinta dengan artis.
Betul ke? Saya tak kisah awak nak bercinta dengan penyanyi ke, dengan pelakon
ke tapi sebelum tu, saya nak ingatkan awak sikit, kerja di pejabat ni jangan
sesekali awak abaikan,” Ujar En. Ghaini, ketua pula.
No comments:
Post a Comment