Semenjak kebelakangan ini, belbagai cerita buruk tentang
diri Alia yang telah disebarkan. Ini tak lain , tak bukan adalah kerja dai si
Nor dan Ija. “Huh!! Tak sudah-sudah buat hal ,’’dengus hati Alia.
Kalau aku betul-betul gila glamor , lebih baik aku pilih
Awie. Kan lebih vogue.Kalau nak kata aku ni , mata durian. Sebelum ni , tanpa
duit One pun aku boleh hidup senang. Dapat pun beli kereta!Apa lagi apa
lagi yang dia orang pertikaikan.Heii….
betullah manusia ni selagi hidup tak pernah kenal erti puas dan dosa. Tau nak jaga tepi kain orang je.Kain
sendiri terkoyak… pandang sebelah mata pun tak nampak,” keluh Alia lagi. Biarpun dalam
hatinya sentiasa merintih namun setiap kali bersama Sazwan,Alia
menjadi tenang. Setenang air di pinggir
kali. Semuanya kerana Sazwan!Sazwan yang selalu meyakinkankan bahawa segala apa
yang berlaku di antara mereka berdua tersembunyi satu hikmah. Dan
setiap kali bersembahyang , di bibir Alia tidak putus-putus memohon doa agar
diberi petunjuk dan hidayah dari Nya. Siapa yang benar dan siapa yang salah. Alia
kembali tersenyum. Senyum dengan penuh
kesyukuran. Ternyata,Tuhan maha
pengasih, rintahan Alia saban malam berbalas jua akhirnya. “
Alia …. Ni ada hot story. Kau dah baca paper hari ini?” Tanya Nita cemas sebaik
sahaja dia tiba di pejabat.Ali mengeleng malas. “Cerita apa lagi ni ?. Tentang
aku ?” “Bukanlah !!! Cerita musuh ketat kau lah…Panas!! Panas!!” Ujar Nita
penuh semangat. “Maksudkan si Ija dengan si Nor tu? Apa hal ??” Tanya Alia panik.
“Dia orang kena tangkap khalwat malam tadi. Dengan bangla pulak tu,” jelas
Nita. Tangkap khalwat ? Dengan bangla? Biar betul kau ni Ita…” “Nah…
tengok surat khabar ni . Ni haa … bacalah,”kata Nita sambil menghulurkan
keretan berita itu. “Khalwat: Dua Remaja
Didapati Bersedudukan Dengan Bangla” Tanpa menunggu lebih lama , Alia
terus meneliti berita yang sedang
hangat diperkatakan di pejabatnya. Alia
ternganga terkejut. Bagaikan tidak percaya dengan berita yang baru dibacanya
sebentar tadi. Alia membulatkan matanya memandang ke arah Nita. Nita berasa
gerun dan lemas dengan pemandagan tajam Alia itu.tidak lama selepas itu, Alia
kembali tersenyum.Senyum dengan penuh kesyukuran. Ternyata, Tuhan maha pegasih,
rintihan Alia saban malam berbalas jua
akhirnya. Alia melangkah lebih laju dan meninggalkan Nita termanggu-manggu
sendirian. Hatinya mula berdetik, “ One sudah baca ke suratkhabar hari ini?”
No comments:
Post a Comment