Fairmummy.blogspot.com

Thursday, 30 August 2012

5 Mitos Penjagaan Kulit

Mitos 1 : Lagi tinggi kandungan SPF, lagi baik perlindungannya.
Kenyataan: Terdapat tiga jenis sinar UV iaitu UVA, UVB dan UVC. Memandangkan sinaran UVC diserap oleh atmosfera dan tidak sampai ke bumi, maka yang perlu dibimbangkan adalah sinaran UVA dan UVB. Kandungan SPF pada krim perlindungan lazimnya merujuk kepada jumlah perlindungan yang dihasilkan untuk perlindungan UVB sahaja. Sedangkan krim perlindungan kulit ( dengan kandungan sekurang-kurangnya SPF15) perlu mempunyai fungsi melindungi kulit daripada sinaran UVA dan juga UVB.

Mitos 2: Krim Peerlindungan kulit tidak diperlukan semasa cuaca mendung.
Kenyataan: Walaupun cuaca mendung, radiasi UV daripada cahaya matahari masih mampu sampai kepada permukaan bumi. Jadi, pastikan krim perlindungan kulit ini digunakan setiap hari dan di sapu selang beberapa jam.

Mitos3: Melakukan Scurb pada wajah dengan sabun boleh menyihatkan kulit dan bebas daripada jerawat.
Kenyataan : Apabila anda melakukan Skrub pada wajah, anda secara tidak langsung membuang minyak yang diperlukan kulit seterusnya menyebabkan kewujudan ruam dan masalah lain. Jadi, gunakanlah pencuci muka yang ringan kandungannya, diikuti dengan pemakaian pelembab wajah dan krim perlindungan matahari.

Mitos 4: Produk Penjagaan Kulit Yang Mahal Adalah Terbaik.
Kenyataan: Mitos ini tidak benar kerana penggunaan produk penjagaan kulit adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan kulit masing-masing. Malah ada di antara produk yang lebih murah lebih berkesan pada kulit anda.

Mitos 5: Produk Anti Penuaan Boleh Menghilangkan kedutan.
Kenyataan: Kebanyakan Krim Anti Penuaan menyebabkan kulit terhidrasi, menegangkannya dan membuatkannya kelihatan lebih anjal untuk sementara waktu sahaja. Gunakanlah krim antioksidan yang mengandungi vitamin C dan rujuklah pada Pakar kulit.

Cara Masukkan Facebook Badge ke dalam blog

Hai...morning2..Sambil tunggu my kids bersiap nak pg skolah...I buat Tutorial untuk U all dulu..ni buat U all yang ada facebook tapi tak tau cara nak masukkan Facebook Badge atau profil facebook ini ke dalam blog... 

Step 1: Sign in facebook U all dulu...pas tu cari Add Badge to your site macam dalam picture di bawah.. 

Step 2: Pilih jenis profile badge yang sesuai dengan facebook U all 
Step 3: klik ikon Blogger

Step 4: Pilih lokasi blog U all
Step 5: Klik Add Widget
Selesai... alaa..Senang saja rupanya...:)
U all boleh la ubah kedudukan Badge  dalam Layout blog U all tu...

Selamat mencuba..



Tuesday, 28 August 2012

Gambar2 Exclusive GT Japan Jun 2012

 I jumpa pics ni dalam komp....x tau siapa yang punya
takkan simpan saja kannn... :)
Pinjam skejap arr...I tolong simpan sini..








































Sunday, 26 August 2012

Cara lain centerkan Tajuk dan description blog

Ni adalah hasil try and error yang I buat  untuk centerkan Tajuk  dan Description Blog...sebab ada blog yang menggunakan kod yang berbeza dengan blog yang lain...so lets try

1. Design > Edit HTML > Proceed > Expand Widget Templates
2. Tekan Ctrl + F cari kod  .header-outer {
3. Copy kod ini text-align:center; di bawah kod yang u all cari tadi


/* Header
----------------------------------------------- */
.header-outer {
text-align:center;

4. Preview untuk melihat hasilnya
5. Kalau dah center, apa lagi Save Tamplate la...

Good Luck...

Saturday, 25 August 2012

Cara sembunyi shoutbox di tepi blog


Tuto ni buat u all yang banyak sangat gadget dlm blog...jom I tolong u all sembunyi cbox u all...ikut step di bawah;

1.Design > layout> Add Gadget> HTML/Javascript
2.Copy andPaste kod di bawah;

<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}

.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('http://2.bp.blogspot.com/-hp5hb7Z7Gvk/TmzEhhJZRmI/AAAAAAAAGgo/vmECDANflYw/s320/shoutbox.png') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">


Kod Shoutbox anda disini


<div style="text-align:right"><a href="http://ketikwww.blogspot.com/2012/01/tutorial-membuat-shoutbox-sembunyi-di.html" target="_blank"><small>tutorial here</small></a>
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>


3. Save
4.Preview untuk lihat hasilnya...pastikan u all boleh jumpa cbox u all sendiri yee..hehe
5.Kalau tiada error baru klik Save Arrangement

Selamat berexperimen.. :-)

Cara buat tajuk blog bergerak


Bagi sesiapa yang  suka tengok title blog U all bergerak2.. Sini I ajar u all cara  buat..
Mula2 copy kod di bawah ni ;
                

<script language=javascript>

msg = "Title Blog Anda";


msg = "..." + msg;pos = 0;
function scrollMSG() {
document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos);
pos++;
if (pos > msg.length) pos = 0
window.setTimeout("scrollMSG()",200);
}
scrollMSG();
</script>


 Pas tu ikut step di bawah pula..
1. Design > Layout>Add A Gadget > Html/Javascript
2. Paste kod yang u all copy  tadi
3.Klik pada Save
4. Preview untuk melihat hasilnya....
5. Save arrangement

Tak berjaya..bagitau I...
Selamat mencuba!!

Cara Centerkan Tajuk Post Dan Sidebar


Hai u all..this is the first tutorial yang I nak kongsi dengan u all semua... I guna ni untuk centerkan I punya Tajuk post.. so sambil2 tu kongsi2 sekali dengan u all yang masih tak tau lagi... Ok la..Mula2..sign in blogger la dulu kan.. :)..Pas tu ikut step di bawah yer...
1. Design > Edit HTML ( proceed) >Expand Widget Templates

Untuk Tajuk Sidebar
Tekan Ctrl+F cari kod .post h3 {
Copy kod di bawah dan paste ke kod yg dicari td
text-align:center;
Untuk Tajuk Post 
Tekan Ctrl+F cari kod h2 {
Copy kod di bawah dan letak pd kod yg di cari td
text-align:center;

Dah tu preview dulu untuk lihat hasilnya...kalau puas hati baru Save templates ...

Semoga berjaya... :)

Thursday, 23 August 2012

Hubungi kami

 Nak tanya macam2 benda... 
hantar email kat sini..

Bellarenna07@gmail.com
atau
Komen/tanya je kat mana2 entry yang u all nak tau.. :)
atau 
Hantar je mesej u all melalui borang pesanan 

Borang Pesanan

Tuesday, 14 August 2012

Beautiful Place Of Borneo

The pictures takenFrom Google for my daughter's school project
Alang2 dah cari...so i put it here for U all.. :D
Come Visit This Place... ( promo...promo...tambang bayar sendiri..hehe )
Some of the most beautiful places in Sabah and Sarawak

Orang Utan Sepilok,Sabah



Reflesia

 Mount Kinabalu, Sabah

Kuching Menument,Sarawak

Dewan Undangan Negeri ,Sarawak

Kuching Tower, Sarawak


 Sabah Foundation Building/Tun Mustaffa Tower








Sabah Foundation Building/Bangunan Yayasan Sabah


Rumah Terbalik/The Upside Down Home,Tamparuli,sabah

Kuching Waterfront, Sarawak

Gaya Island Sabah


Periuk Kera/Monkey Pot Sabah


Rumah Panjang/Long House Sarawak

The Tip Of Borneo

Come Visit Borneo.. :)
Gambar di pinjam dari Google arr.. :D


Sunday, 12 August 2012

Rona-rona Cinta 9


“ Maafkan Dira. Dira ingat tadi Kamarul,” ujarku perlahan.
“ Oh…Dira. Tu ha Kamarul,” katanya sambil menundingkan jarinya ke arah ruang tamu. Di kejauhan yang hampir itu, aku dapat melihat gelagat Kamarul yang sedang ligat mentertawakan diriku.
“ Ha…tak tengok betul-betul lagi. Kan dah salah orang?” sahutnya sebaik sahaja aku memasuki ruang tamu rumah itu.
“ Hemmm…Abang…” ujarku manja sambil melemparkan bantal kusyen kea rah Kamarul. Aduh… Malunya aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rupa-rupanya orang yang kutekup matanya itu tadi adalah ayah kepada Kamarul.
“ Kenapa dah lama Dira tak datag ke sini?” Tanya ayah Kamarul.
“ Orang sibuk Yah…manalah ingat kita!” Kamarul mendahului bicara.
“ Dia yang sibuk Pak Cik, sampai tak ada masa nak jenguk Dira,” balasku.
“ Heii…kau orang berdua ni. Ada- ada ajelah…” katanya sebelum melangkah meninggalkan ruang tamu. Aku dan Kamarul tertawa. Kami berbalas pandang. Senyum dan terus menahan ketawa.
“ Abang…Dia minta maaf. Dira tahu Dira dah  banyak melukakan hati Abang. Walaubagaimanapun ketahuilah, Dira tetap saying pada Abang. Dira tak mampu lagi untuk menipu hati Dira sendiri.," ujarku perlahan sambil menghulurkan tangan memohon maaf.
Tanganku disambut mesra. Dikucupnya dengan penuh kasih sayang.
" Abang pun begitu juga. Abang sayangkan Dira! Abang rindukan kemesraan lalu. Abang rindukan Dira. Kita berbaik semula ya?" katanya penuh manja.
Aku tidak mampu untuk bersuara, hanya anggukan lemah sahaja yang berdaya aku lakukan. Aku yakin, Kamarul dapat menyelami apa yang telah tersirat di hatiku. Kerana dialah lelaki yang memahami aku... tahan dengan kerenah gilaku. Terima kasih sayang kerana sudi menemani lorong perjalanan sepiku!


Tamat






Rona-rona Cinta 8


Sebaik sahaja melihatku melintasi bangunan pejabat Kamarul, tanpa melepaskan peluang, Liza terus datan menghampiriku.
“ Ada apa ni?” tanyaku kesal.
“ Tenang Dira… tenang. Tak baik marah-marah macam ni. Bagilah aku peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Aku rasa perkara ini tidak boleh dibiarkan lama. Aku nak selesaikan masalah salah faham antara kita hari ini juga. Kau janganlah bimbang, antara aku dan Kamarul, tak lebih dari seorang kawan. Gila kau.. tuning aku si Hadzlan tu aku nak campak kat mana?,” terang Liza geram.
“ La macam tu pulak? Kasihan si Kamarul…”ujarku sinis.
“ Dira…janganlah terlalu pentingkan diri sendiri. Kamarul tu baik orangnya. Dia sayangkan kau…Apa lagi yang kau nak dari dia?..rupa? Harta? Kasih saying? Semuanya sudah dicurahkan pada kau…hargailah sikit!!” sambung Liza lagi. Kali ini bukan main hebat lagi bagi nasihat. Ya lah…ya lah…aku yang salah.
“ Terima kasih Liza.” Kataku sebelum berlalu pergi. Sempat juga aku menatap anak mata Liza yang bulat dan tajam itu. Tetapi di sebalik tenungan tajamnya itu terpancar juga cahaya harapan agar aku dan Kamarul dapat berbaik semula.
Aku berjalan ke rumah Kamarul dengan satu niat murni, ingin berbaik semula! Malu tu memanglah malu tapi saying punya pasal tahan ajelah. Akupun mengendap-ngendaplah di taman bunga rumahnya. Konon-konon nak buat kejutan, dengan menekup mata Kamarul yang sedang sibuk menyiram pohon-pohon bunga kesayangannya. Ah…Aku dah masak benar dengan perangainya, pagi-pagi macam ni mesti ada di taman bunga.
“ Yess! Cuba teka, siapa ni?” tanyak riang. Dia meronta keras.
“ Uff..Apa ni!? Lepas!” katanya kasar. Mahu tak mahu terpaksa juga aku melepaskannya. Dan dia memusingkan tubuh ke arahku.
“ Ha…silap orang! Bukan…” kataku menahan malu yang amat sangat. Dapat ku rasakan wajahku bertukar menjadi panas dan merah.


Rona-rona Cinta 5


Aku sudah jemu dan jelak dengan tingkahnya. Hakikat sebenarnya, dia tidak pernah membuat salah atau mengasariku. Aku sahaja yang sering cari pasal dengannya.
“ Heeii..bosannya aku. Asyik-asyik muka dia aje. Macam dah tak ada orang lain lagi. Menyampahnya aku! Heeiii…benci lah” jeritku dalam hati.
Perubahan sikapku yang begitu mendadak telah menimbulkan sejuta pertanyaan di hati Kamarul.
“ Kenapa dengan Dira ni. Abang tengok sejak akhir-akhir ni Dira dah tak macam dulu lagi. Macam dah tak suka dan sayang kat Abang lagi. Kenapa ni sayang? tanyanya lembut.
“ Tak ada apalah!”
“ Kalau tak ada apa, masakan sikap Dira berubah menjadi kasar macam ni?” sambungnya lagi.
“ Hisshh…orang cakap tak ada apa, tak ada apalah. Tak faham ke? Bosan lah macam ni!”
Kamarul terpinga seketika. Mungkin dia tidak menyangka, aku yang dikenali sebagai gadis yang lembut dan bersopan santun berubah menjadi sebaliknya.
“ Abang baliklah dulu, tak payah tunggu Dira. Nanti pandailah Dira balik sendiri. Dira bencilah tengok muka Abang ni. Tak handsome langsung,” terangku tanpa segan silu.
“ Apa? Dira dah benci tengok muka Abang ni? Aikk! Dulu bukan main lagi, dipuji-puji…sekarang dah meluat pulak. Ini tak boleh jadi ni, nampaknya, abang kenalah buat plastik surgery ya? Bagi handsome sikit!” katanya dengan nada bergurau.
“ Uhh!” Sindirku.
“ Walaupun Abang tak handsome…tak kacak tapi Abang bersyukur kerana masih ada orang yang menyayangi diri Abang ni. Dira sayangkan Abang kan?”



Rona-rona Cinta 7


Liza menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“ Dira nak makan apa?” Tanya Kamarul riang.
“ Dira tak nak makan, minum ajelah sebab Dira nak balik cepat ni.”
“ Ala…makanlah. Banyak perkara yang Abang nak cakapkan pada Dira.”
“ Hmm… lain kali ajelah. Liza… jaga Kamarul baik-baik ya!” Kataku lalu terus keluar dari ruang makan. Sengaja nak sindir si Liza Burung Hantu tu. Ha…baru dia tahu, siapa aku. Berani nak rampas kekasih aku Oppsss…bekas kekasih la..Lupa pulak aku.
“ Dirraaa…! Ternyata Kamarul mengejarku. Aku terpaksa berhenti, ketika tangan sasanya menarik lembut tanganku.
“ Apa maksud Dira, cakap macam tu?” tanyanya tegas.
“ Tak ada apa-apa. Abang dengan Liza memang pasangan sepadan…”
“ Apa yang Dira cakap ni? Dira dah salah faham ni. Abang tak ada apa-apa hubungan dengannya. Dira jangan main tuduh aje, abang tak suka.Abang masih sayangkan Dira tau walaupun hubungan kita dah putus. Abang cuba memahami kehendak Dira. Abang tahu Dira bosan, jadi sebab itulah Abang biarkan Dira sendirian. Abang sanggup tunggu sampai Dira dah tak rasa bosan lagi pada Abang. Macam sekarang ni…Abang tahu, Dira masih sayangkan Abang. Kalau tak taklah Dira boleh cemburu pada Liza sampai macam ni sekali. Dulu tu tak pernah pun!”
Amboi…sempat lagi dia mengusik aku. Eii! Malunya aku. Jadi, selama ini dia tahulah yang aku ni sentiasa mengawasi gerak-gerinya. Gila betul!, keluhku dalam hati.
“ Iya, kan? Abang tahu,” katanya sambil menepuk-nepuk lembut bahuku. Tak terdaya aku untuk memandang wajahnya. Malu!
“ Sayang sekali, segala tafsiran yang abang fikirkanitu meleset. Pergilah kat Liza, dia perlukan Abang. Abang memang sesuai dan sepadan dngannya…please…” kataku sambil terus berlari meninggalkannya.
“ Dirraa..!” panggil Kamarul keras.
Aku tahu ada berpuluh pasang mata yang sedang memandang ke arahku. Ah! Pedulikanlah. Biar semua orang tahu, hatiku dah kembali retak.!


Rona-rona Cinta 6


“ Tak! Sekarang ni kita balik asing-asing. Dan mulai hari ini , Abang tak payahlah jemput Dira balik kerja lagi. Dira boleh balik sendiri!” jawabku tegas.
“ Heyy..hey…apa ni?” Tanya Kamarul serius.
“ Nak kan kepastian? Okey…mulai hari ini, hubungan kita putus!! P.U.T.U.S! Putus! Seruku.
Saat itu, kebosanan yang menular dalam diri tidak mampu kutahan lagi. Entahlah, aku tidak tahu mengapa, Cuma yang dapat aku katakana aku benar-benar bosan melihat tingkah lakunya.
Tanpa menunggu lebih lama akhirnya dengan wajah yang kusam, Kamarul pun mengatur langkah meninggalkanku. Nada-nada kesal mula terpancar di wajahku. Tetapi tidak lama…kerana selepas itu aku tersenyum puas. Puas kerana Berjaya mengenakan dirinya…
Suasana di kantin pejabat riuh rendah. Sebaik sahaja dia melangkah ke dewan kantin, uh! Apa ni? Jantungku mula berdegup kencang apabila menyaksikan lakonan percuma di depan mata. Kamarul dan Liza. Wah! Bukan main mesra dan manja lagi mereka berbual. Hebat… baru dua minggu putus, dah menjalinkan cinta dengan orang lain pulak…Sempat lagi tu…
Hishh…apalah aku ni. Aku dengan Kamarul, bukan ada apa-apa ikatan lagi. Tak malu betullah aku ni, dulu aku yang mintak putus. Jadi untuk apa, aku marah-marah dan bermasam muka macam ni? Ah! Lelaki itu bukan lagi menjadi milikku. Buat apa aku nak pening-peningkan kepala aku tak tentu pasal. Dia nak bercinta kea tau nak berkahwin sekalipun dengan Liza Burung Hantu tu, itu kan hak dia. Aku peduli apa, kataku dalam hati. Ewahh…ewahhh…nak pujuk hati sendiri lah tu kononnya.
“ Hai …bang. Makan ke?” sapaku sambil duduk berhampiran dengannya.
“ Heii…tanya-tanya ni nak belanja abang ke?” tanyanya tanpa rasa kaku dan gugup.
“ Boleh juga. Eh! Dira ni menganggu kau orang berdua pulak. Tak gitu Liza?” tanyaku pada Liza, teman sepejabat Kamarul yang lebih dikenali sebagai Liza Burung Hantu. Maklumlah, matanya bulat dan tajam terutama kalau merenung orang. Macam nak telan orang aje. Takutt!!!


Rona-rona Cinta 4


“ Tanya aje. Manalah tau kot-kot malam ni Abang mati. Lagipun semua ni tak terduga kan?”
“ Abang…apa yang Abang cakap ni. Dira tak mahu! Dira nak sehidup semati dengan Abang,” kataku menahan tangisan.
“ Ala…sayang. Janganlah nangis. Abang Tanya aje. Okey…dah…dah..”, ujarnya sambil mengusap lembut kepalaku dengan penuh kasih dan sayang…Wow..
“ Tapi kalaulah ianya benar-benar terjadi…Abang tentu dah tahu apa yang akan  terjadi pada diri Dira. Dira tak boleh hidup tanpa Abang! Abang adalah segala-galanya dalam hidup Dira ni. Tak ada siapa yang boleh manggantikan tempat Abang.” Ujarku dengan panjang lebar.
“ Macam mana pulak kalau Dira yang pergi dulu? Tanyaku pula.
“ Rasanya, tak perlu lagilah Abang jelaskan. Dira sendiri pun dah tahu kan? Ah! Biarlah masa dan keadaan yang menentukannya. Apa yang dapat Abang katakan pada Dira, sampai bila-bila pun Abang akan tetap hidup di bawah bayang-bayang Dira. Dah lah…kita cerita pasal lain pulak ya?”
Aku mengangguk lemah. Perasaan resah dan bimbang mula bermukim di lubuk hatiku. Aku terlalu menyayangi lelaki ini!
“ Jom kita balik. Abang hantarkan Dira balik ya?” ajaknya sambil membukakan pintu kereta untukku. Tanpa sepatah kata, aku akur sahaja dengan kemahuannya.

Sesungguhnya, aku telah melewati hari-hari dengan penuh bunga keindahan. Gurau senda dan tawa ria dari lelaki bernama Kamarul telah menjadi penawar bagi segala masalah yang sedang aku hadapi. Hatiku menjadi begitu tenang setiap kali memandang raut wajahnya yang penuh dengan kejernihan itu.
Namun tanpa kuduga kini segalanya berubah. Detik pertemuan di antara kami menjadi racun pada diriku. Aku benci memandang wajahnya. 


Rona-rona Cinta 3


“ Kenapa diam?” tanyanya.
“ Aikk…diam sekejap pun tak boleh?”
“ Dah la tu. Jangan bergurau lagi. Abang dah tak tahan lagi ni…”
“ Tak tahan apa?”
“ nak kentut!”
“ Abang…Uweek… kentut busuk!” Luahku sambil mencubit lengannya sebaik sahaja tercium satu bau busuk. Kamarul merintih kesakitan.
“ Sakit?” tanyaku apabila mendengar keluhannya.
“ Tak . Sedap!”
“ Heiii…nak kena lagi ni,” lantas kucubit sekali lagi lengannya. Tapi kali ini dengan lebih kuat.
Tanpa sepatah kata, dia terus berlalu dan meninggalkan aku termanggu sendirian.
“ Abang! Abang!...marah kat Dira ya?” ujarku sebaik sahaja berada di sisinya.
“ Tak adalah,” jawabnya ringkas.
“ Dah tu kenapa tinggalkan Dira macam tu?” tanyaku resah.
“ Abang kata tak ada, tak adalah sayang. Okey puas hati?”
Aku mengangguk lemah. 20 minit selepas itu aku bersuara kembali.
“ Kenapa Abang ni, diam aje? Masih marahkan Dira ke? Okeylah…kalau Dira buat salah atau dah lukakan hati Abang, Dira mintak banyak-banyak maaf. Dira tak sengaja,” kataku sambil menggerakkan lengannya. Namun dia tetap mendiamkan dirinya. Hatiku menjadi semakin resah dan gelisah.
“ Dira, macam mana kalau suatu hari nanti Abang mati?” tiba-tiba sahaja dia membuka mulut dengan suatu pertanyaan yang agak aneh.
“ Kenapa Abang cakap macam tu?”


Rona-rona Cinta 2


“ Taupun sakit. Lain kali buatlah lagi. Dira nak balik!”
“ Abang hantar.”
“ Tak payah! Dira boleh naik teksi,” ujarku pantas.
“ Kenapa ni saying? Tiba-tiba aje naik angin. Biarlah abang hantar…”
“ Dira kata tak payah…tak payah lah.”
“ Diirrraa!” Jeritnya sambil mengejarku.
“ Dira ni selalu aje buat Abang panik,” katanya sambil melihat senyuman manis yang terukir di bibirku.
“ Biarlah!”
“ Biar dikatanya. Hisshhh…Dira ni.”
“ Orang sengaja je…itupun nak marah?”
“ Mana ada Abang marah…Tengok ni…tengok ni…” jelas Kamarul sambil melebarkan senyumannya. Fuh! Boleh tahan juga handsomenya pak we aku ni.
“ Percayalah sayang…Percayalah cakap Abang ni. Abang tak bohong,” pujuknya lagi.
“ Tak nak. Tak nak!”
“ Ah! Kalau macam ni Abang baliklah,” katanya bersungguh apabila melihat aku berkeras tidak mahu pulang bersamanya.
“ Pergilah… pergi la balik sendiri. Tiada siapa yang nak larang Abang.”
“ Abang serius ni!”
“ Dira lagi serius. Dua kali ganda seriusnya dari Abang,” kataku tidak mahu kalah.
Selepas itu suasana menjadi sepi. Sesekali kakiku menyepak batu-batu  yang ku temui di sepanjang perjalanan menuju ke tempat letak kereta.


Rona-rona Cinta


***
Hasil Nukilan:
MR@copyright
Penat Menaip:
***
“ Yang! Yang! Janganlah laju sangat. Adoiii!... tak laratlah nak kejar,” keluh Kamarul sambil menuruti langkahku yang pantas.
“ Ya lah…ya lah…” kataku sambil memperlahankan langkahku.
“ Yang, tengok tu!” seru Kamarul padaku.
Aku menoleh. “ Apa di?”
“ Tu ha…Bahagia sungguh mereka tu. Nanti Abang pun nak jadi macam mereka tu juga,” ujarnya riang. Tatapannya masih mengarah pada sepasang suami isteri yang sedang bergurau senda bersama anak kecil mereka.
“ Habis…Abang ingat kita tak boleh jadi pasangan bahagia seperti mereka itu?,” tanyaku perlahan.
“ Apalah Dira ni, ke situ pulak!” Ujarnya sambil mencubit manja hidungku.
“ Abang…” kataku sambil cuba menepis jemarinya.
“ Yang…Abang Tanya sikit, boleh?”
“ Apa dia? Tanyalah…banyak pun boleh.”
“ Betul ke Dira ni sungguh-sungguh dengan Abang?”
“ Hishh…betul lah. Tak percaya pulak!”
“ Siapa kata Abang tak percaya? Abang sekadar bertanya sahaja, sungguh Dira sayangkan Abang?”
“ Iya…sungguh! Dira sayangkan Abang. Tapi…”
“ Tapi apa?” Tanya Kamarul panik.
“ Tapi…janganlah Abang tarik hidung Dira macam ni…sakit la!” kataku pantas menarik hidungnya pula.
“ Adoii…Yang, sakitlah hidung Abang ni,” katanya sambil tergelak.


Thursday, 9 August 2012

Milik Siapakah hatimu? 7

“ Yatie, kau mesti tolong aku”
“ Eh Ninie, kau kat mana?”
“ Aku kat lobi hospital, di ground floor”
“ Relax, tenangkan diri dulu. Apa yang berlaku? Kenapa dengan ayah kau?”
“ Tak ada kena- mengena dengan ayah aku lah! Dia sihat. Ni pasal Dr Ibrahim. Aku ternampak dia kat depan pintu lif tadi. Sekarang ni, dia pergi lunch kat kantin. Yatie, kau tak Nampak…”
“ Tak tau!” Cepat Yatie memintas cakap aku. Ish! Budak ni, aku nak bercerita, dia buat kelakar pulak.
“ Ini yang aku nak beritahu kau ni. Kalau tak disebabkan pisang yang aku bawa tu, dari tadi aku dah ikut dia ke kantin. Eeei!...pisang tu buat spoil rancangan aku je”
“ Jangan marah Ninie, pisang tu lah yang membawa tuah” Yatie ketawa mengilai.
“ Engkau…aku tengah serius ni. Berilah aku idea, Yatie. Aku pasti dia akan lalu kat sini kejap lagi. Apa yang harus aku buat? Takkan nak tengok dia lalu gitu aje. Tolonglah Yatie, kau kan kaunselor aku yang bertauliah” aku dengar Yatie ketawa lagi. Sahabat aku yang seorang ni baru saja mendapat gelaran Graduan UKM dalam bidang psikologi. Kesian dia! Baru saja balik, sudah dapat ‘pesakit’ bermasalah macam aku.
“Baik, macam ni, kalau kau Nampak dia lalu, kau ikut dia. Kau sapalah dia. Kau cakaplah… maafkan saya doktor, baru balik dari makan ke?...Saya selalu Nampak doktor…siapa nama doktor? …nama saya…bla bla bla… Alah Ninie, takkan lah perkara yang simple macam tu pun kau tak boleh nak lakukan?” ujar Yatie dengan panjang lebar.
“ Kalau tak menjadi, macam mana? Eh, tak pelik ker kalau aku buat macam tu? Aku ni, nampak je macam berani, tapi sebenarnya takut”.
Kami ketawa. Seketika kemudian, aku nampak Dr Ibrahim dari kejauhan.
“ Yatie, okeylah. Dia dah  dating tu. Doakan aku Berjaya okey. Kalau Berjaya nanti aku beritahu kau.”
“ Okey, bye…” gagang telefon diletak.
Dia mengatur langkah dengan sopan sekali. Lemah longlai gayanya. Kepalanya tunduk. Aduhai jejaka, sedarkah kau yang aku sedang asyik memerhatikanmu? Munkin nalurinya berkata-kata, lalu dia mengangkat kepala. Dia terpandangkan aku. Entah mengapa, mulut aku rasa terkunci. Skrip-skrip yang aku belajar daripada Yatie hilang di bawa angin. Aku mengeluh. Dia telah terlepas ke Block ‘ NO ENTRY’ untuk orang luar.
“ Itulah kau. Lain kali bertindaklah dengan pantas”.




Milik Siapakah Hatimu? 11

“ Aku tak boleh jawab Ninie. Kau kena Tanya hati kau sendiri. Jika benar memang kau ada hati padanya, aku bersimpati. Maafkan aku kerana mendorong kau mendekati dia. Aku gagal menjadi seorang kaunselor yang baik” sahabat, jangan persalahkan dirimu. Aku yang bersalah kerana mengheretmu bersama.
Kenapa kau harus kecewa Ninie? Dia bukan milikmu, bisik suara hatiku. Apalah yang ada padaku? Aku bukan seorang doktor yang setaraf dengannya. Ah! Buat apa aku fikirkan semua tu. Tidak ada faedahnya.
Rupa-rupanya, hari ini belum cukup bertuah bagik. Kenapalah aku emosional sangat. Barangkali niatku semakin melencong jauh. Dulunya, aku ingin mengenali dia hanya sekadar suka-suka. Cukup hanya sebagai teman biasa. Jatuh cinta lagikah aku? Tidak mungkin!!! Aku silap mengintepretasikan perasaan aku sendiri. Kacau jadinya. Aku tidak pasti jam berapa aku terlelap.
Apa yang aku pasti, aku mesti menemuinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dua hari lagi. Katanya, dia akan balik bercuti ke Johor Bahru. Dengan bantuan sepupuku, aku dapat mengesan bila penerbangannya.
Seperti selalu, aku ditemani oleh dua sahabat akrabku. Aku mahu kami tiba lebih awal daripada dia. Tapi sebaliknya terjadi.
“ Tak sabar nak balik kampung “ beritahunya.
Bila aku tanya, lama ke balik? Sebulan bercuti, menurutnya lagi. Hai, lamanya. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa dengan orang kampung. Lebih-lebih lagi si dia tersayang. Rindu benar barangkali, giatku. Dia tersenyum.
“ Aduh! Sweetnya dia. Boleh aku panggil dia Dr Sweet? No wonder lah kau jatuh hati pandang pertama Ninie” Baru pertama kali bersua, pujian Hani sudah tinggi melangit.
Memang dia menarik orangnya. Kalau tidak, masakan aku jadi gila bayang. Apakan daya, dia akan jadi hak orang lain. Alangkah bertuahnya si dia itu!
Wahai doktor muda, milik siapakah hatimu? Benarkah kau akan melangsungkan pertunangan semasa percutianmu nanti? Atau kau sengaja hendak mengelakkan diri? Atau…mungkinkah aku yang terlewat mengenalimu? Mungkin juga segalanya sudah tersurat. Aku redha…
Tamat

Milik Siapakah Hatimu? 10


“ Aku rasa, dia Nampak lebih menarik hari ini. Mungkin dia tau, kau nak datang kot” seloroh Yatie.
“ Apa…kau fikir dia akan call aku?”
“ Wallahualam. Kita beri tempoh satu minggu. Kalau dia tak call kau. Bersedialah menghadapi kenyataan. Kecewalah jawabnya.” Yatie semakin galak menggiatku. Dia tak mengerti, aku mengelabah sebenarnya.
Menurut horoskop yang aku baca dua minggu lepas, hari bertuah untuk yang  berbintang Libra ialah 12 Mei.
“ Karut ajelah” bantah Yatie apabila aku beritahu dia.
Mungkinkah ini suratan atau kebetulan? Kira-kira jam 10 pagi, tanggal 12 Mei 1995, aku dapatberita yang menggembirakan. Aku diterima melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam.
“ Tidak cukup dengan diploma saja ayah. Ita mesti dapat genggam ijazah pulak nanti” Aku khabarkan cita-cita besarku pada ayah suatu waktu dulu.
“ Baguslah, anak ayah bercita-cita tinggi. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan” ayah meniupkan semangat.
“ Tahniah Ninie. Nampaknya, aku tinggal berseorangan lagi”
“ Jom ikut aku. Engkau buatlah Master pulak” Yatie hanya tersengih.
Siapa menduga,12 jam selepas itu..
Kringgg! Kringgg! Masuk kali ketiga, telefon di rumahku menjerit dalam selang masa 5 minit.
“ Hello” angkatku malas.
“ Boleh bercakap dengan Ezrinie?”
“ Ya, bercakap”
Ibrahim??? Mulutku terbuka luas. Dr.Ibrahim menelefonku. Ya Allah, apa aku nak cakap ni? Tolong aku jerit hatiku. Mulanya memang aku panik . Lama- kelamaan,  darah gemuruhku  mula reda.Lama juga kami berbual di telefon.Setengah jam, tapi rasa macam 5 minit sahaja. Seronok berbual dengan dia tapi…
Malam itu aku tak lena tidur.  Masih bermain di telinga setiap patah perkataan yang dia lafazkan. Berdesing rasa Halwa telingaku. Tersirap darah mendengarnya . Ada perasaan geram timbul. Cemburukah aku? Kecewakah aku menerima khabar itu? Yatie, masih mahukah engkau menerima rintihanku?
“ Aku kecewa Yatie. Aku tak tau kenapa perassan ini boleh terbit”
Tiada jawaban di corong telefon sebelah sana.
“ Yatie, adakah aku jatuh hati padanya?”