- Gunakan masker dari bahan semulajadi seperti madu dan telur putih untuk menghalus dan melembutkan kulit. Timun dan tomato juga baik untuk wajah.
- Jangan tidur dengan gincu di bibir. Bersihkan bibir dengan mencucinya. Sapukan mantega, madu atau minyak zaitun sebelum tidur. Urutkan bibir perlahan2.
- Cucu wajah dua kali sehari sudah memadai. Jangan gunakan air panas kerana ia akan mengeringkan kulit muka. Air sejuk pula menyukarkan solekan dibersihkan.
- Basahkan rambut dan sapukan setengah cawan minyak zaitun, biarkan selama setengah jam supaya vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun meenyerap ke rambut. Selepas itu, basuh rambut dengan syampu.
- Selepas mencuci muka, kulit perlukan penyegar untuk mengecilkan pori-pori wajah. Pilihan penyegar yang terbaik ialah penyegar dengan formula asid glikolik dan 'chamomile' yang kaya dengan anti oksida serta tidak mengeringkan kulit.
- Pilihan pelembab wajah yang mengandungi khasiat lidah buaya dan vitamin E sesuai untuk menghidrasi kulit.
- Minum banyak air suam atau mineral kerana ia membantu pembuangan toksin badan dan dapat menjaga kesihatan kulit serta membakar kalori.
- Elakkan selalu berjaga di waktu malam kerana tidur yang secukupnya akan menyihatkan kulit dan membantu mengurangkan kesan penuaan
- Selalu tersenyum dan ketawa kerana ia adalah petua awet muda yang paling mudah di amalkan selain ia juga baik untuk kesihatan yang menyeluruh.
- Tidak merokok. Asap rokok dan bahan kimia yang terkandung di dalam rokok hanya akan mengeringkan kulit dan mempercepatkan penuaan.
- Kulit mudah menjadi kusam terutamanya pada bahagian siku, lutut dan tumit. Cara semulajadi membuang sel kulit mati adalah denggan menggunakan beras dan biji gandum.
- Jika anda mempunyai jerawat, gunakan krim cucian dari ekstrak limau nipis. Tetapi sekiranya anda berkulit kering, gunakan krim cucian yang berasaskan lidah buaya dan madu.
Pages
Fairmummy.blogspot.com
Tuesday, 18 September 2012
Penjagaan wajah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment