Fairmummy.blogspot.com

Saturday 8 September 2012

Sebab-sebab lain kemandulan

Gangguan pada Hubungan Kelamin (Disturbance of sexual relations)  
1. Kekerapan hubungan kelamin yang tidak normal (abnormal frequency of intercourse)
  • Terlampau kerap hubungan kelamin: Boleh menyebabkan penghasilan sperma yang tidak matang. Disyorkan yang terbaik hubungan kelamin dilakukan selang sehari. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan tidak mengapa sekali sehari.
  • Terlampau jarang hubungan kelamin: menyebabkan sperma tidak dapat bertemu dengan ovum untuk proses persenyawaan bagi menghasilkan janin akibat hubungan kelamin yang berlaku tidak pada waktu subur wanita.

    Ramai di kalangan pasangan gagal mendapatkan zuriat hanya kerana jarang melakukan hubungan kelamin samada akibat dari tinggal berjauhan, kesibukan ataupun kurang kefahaman mengenai proses reproduksi. Apa yang penting, mereka sudah mencuba dengan melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini disebabkan kaum wanita diketahui hanya subur sekali pada setiap bulan dan jika hubungan seks tidak dilakukan secara kerap, maka kemungkinan untuk hamil juga akan menjadi lebih rendah.  
    2. Sakit ketika hubungan kelamin (dyspareunia): kesakitan ketika melakukan hubungan kelamin menandakan sesuatu yang tidak normal pada bahagian pelvik wanita yang perlu mendapat pemeriksaan perubatan untuk mengetahui punca sakit yang menyebabkan kemandulan.  
    3. Vaginismus: Saluran faraj wanita yang mengecut yang menyebabkan zakar tidak dapat menembusi faraj disebabkan ketakutan, tiada pengalaman dan sebagainya dalam cubaan melakukan hubungan kelamin.
      4. Effluvium seminis: Terlampau banyak cecair semen/sperma yang keluar daripada lubang faraj wanita selepas hubungan kelamin. Selepas hubungan kelamin, wanita-wanita dinasihatkan supaya terus baring secara mendatar dengan tulang belakang berada di belakang. Memasukkan air ke dalam lubang faraj bagi membersihkannya selepas hubungan kelamin juga tidak digalakkan dan ia merupakan adat yang salah di dalam masyarakat.
      Kemandulan yang tidak diketahui sebabnya (Unexplained Infertility)
      • Tiada sebab yang jelas.
      • Ia didiagnosis dengan pengecualian apabila telah menjalankan ujian-ujian perubatan yang biasanya dilakukan untuk kes-kes kemandulan (semen analysis, tubal patency and laboratory assessment of ovulation) menunjukkan keputusan yang normal. Walaubagaimanapun, 60% pasangan dengan diagnosis kemandulan yang tidak diketahui sebabnya akan hamil selepas 3 tahun.

      No comments:

      Post a Comment