Fairmummy.blogspot.com

Friday, 28 September 2012

Sebening Kasih Semalam ( SKS )


Hasil Nukilan: Fiona SLR, Jitrah Kedah
Penat Menaip: Fairmummy

*****
Sebening Kasih Semalam ( 1 )

Aku bukannya banggakan diri. Aku memang seorang anak gadis yang manja dan mengada-ngada. Dari dulu sikapku macam tu. Maklumlah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Bila aku hadapi masalah macam ni memang aku tak dapat hadapi seorang  diri. Kerana dalam waktu yang sama, aku perlu mendapatkan Ijazah Seni reka dan Seni Lukis. Aku terpaksa terima semuanya dengan rela meskipun nyaris nak gila.
“ Aku tak kira! Aku kata nak balik, nak baliklah…” jerit  aku di malam ketiga aku disini, jauh beribu batu dari mama dan papa. Mana taknya, rumah aku di Pulau Pinang sedangkan  aku ni diletakkan jauh di ITM Shah Alam. Korang kata tak jauh lagi…Alamak, jauhnya sebab aku tak Nampak muka papa dan mama. Kalau dekat tentu aku Nampak, ini tak pun…Tolong lah aku…
“ Sharmin, Sabarlah..Lagi tiga hari, habis lah semua ni. Kau kena tabahkan hati untuk hadapi cabaran bila berada jauh dari keluarga. Kau bukannya nak duduk di sini seminggu atau dua, tetapi untuk empat tahun. Kalau tak tahanuntuk enam hari, macam mana kau nak habiskan pengajian kau tu?” pujuk room mate sambil memelukku. Alice, satu-satunya gadis yang tahu segala-galanya.
“ Itu Min tahulah, Alice. Memang inilah impian mama,papa dan juga impian  Min sendiri nak dapatkan Ijazah tu. Tapi kenapa kita harus melalui cabaran macam ni, sedangkan kita dating sini nak belajar,” terangku sambil memuncungkan mulut. Merajuklah tu bila kena buli sikit. Tapi memang aku tak tahan. Rasa macam nak cekik-cekik senior siang tadi. Geramnya aku…
“ Ini memang adat kalau kita dapat melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi. Kat mana pun sama saja Min. Mereka lakukan ini semua Cuma nak kita tahan dengan apapun cabaran sebab kat sini kita ttak ada mak bapak. Jadi semua masalah kita kena ‘settle’kan sendiri. Dulu, masa Alice mula-mula masuk kena macam ni jugak. Tapi bila habis saja minggu orentasi, barulah Alice tahu tujuan sebenarnya.,” terang Alice yang dah dua semester kat ITM ni.
Minggu orentasi memang ditakuti oleh junior  macam  aku. Apa taknya, siang tadi aku disuruh mengira daun-daun kering yyang gugur di blok asrama lelaki. Tak ke kerje gile, tak pernah dibuat orang masuk asrama lelaki, dah tu disuruh nya kira daun gugur. Dah tak de kerje lain lagi ke yang nak dibuat. Apa pulak yang disuruhnya aku buat siang esok…’Hai malam, janganlah kau tinggalkan aku.’ Dengan air mata yang masih belum kering, aku terlelap menantikan hari esok yang bakal menjelmakan dirinya.

Back     Next

No comments:

Post a Comment