Fairmummy.blogspot.com

Friday 7 September 2012

Sebab-sebab Kemandulan

Kehamilan yang berjaya memerlukan satu proses yang kompleks iaitu proses penghasilan telur (ovulasi) yang dipanggil ovum oleh ovary, proses pengambilan ovum tersebut oleh tiub fallopio, proses persenyawaan ovum tersebut oleh sperma (benih dari suami) di tiub fallopio, dan kemudian pengangkutan ovum yang disenyawakan itu ke rahim untuk ditempelkan/diimplantasikan pada dinding rahim. Kehamilan juga memerlukan sperma yang cukup bilangan dan kualitinya dan perlu berada pada dinding pangkal rahim (cervix), dan mampu bergerak melalui pangkal rahim, rahim dan seterusnya sampai ke saluran felopio (fallopian tube) untuk mensenyawakan ovum yang berada di saluran felopio (fallopian tube) pada waktu kesuburan wanita (waktu ovum dihasilkan dan berada di saluran felopio iaitu kebiasaannya pada hari ke-14 kitaran haid bagi mereka yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari. Ovum hanya mampu bertahan selama 24 jam manakala sperma mampu bertahan sehingga 3 hari di dalam organ pembiakan wanita.
Jadi, kehamilan memerlukan paras hormon yang normal di dalam tubuh wanita untuk merangsang ovari menghasilkan benih(proses ovulasi), kilang penghasilan benih yang normal (ovary), saluran tiub felopio yang normal tanpa sebarang penyempitan atau sekatan yang menghalang pergerakan ovum dan sperma, dinding rahim yang normal bagi membolehkan ovum yang disenyawakan ditempelkan dan janin dapat membesar di dalamnya, pangkal rahim yang normal, kemampuan suami untuk menghasilkan sperma yang normal dan seterusnya mampu memancutkan benih tersebut ke tempat yang sepatutnya, kekerapan hubungan kelamin yang sewajarnya terutamanya pada waktu subur dan pelbagai sebab yang lain.
Dianggarkan 1/3 daripada kemandulan berpunca daripada wanita, 1/3 berpunca daripada lelaki dan 1/3 berpunca daripada kedua-dua pasangan. Jadi, pemeriksaan perubatan perlu dilakukan pada kedua-dua pasangan suami isteri.
 
Jadual sebab-sebab kemandulan
 
Sebab dan diagnosis punca kemandulan;
Sebab-sebab kemandulan boleh dikategorikan kepada empat sebab:
  • Sebab-sebab kemandulan yang berpunca daripada isteri (40- 60%)
  • Sebab-sebab kemandulan yang berpunca daripada suami (30-40%):
  • Gangguan pada hubungan kelamin (disturbance of sexual relations)
  • Kemandulan yang tidak diketahui puncanya (unexplained infertility)

Related Post;
Sumber; Cyberclinic
Powered By relatedArticle

No comments:

Post a Comment