Fairmummy.blogspot.com

Saturday, 8 September 2012

Sebab-sebab kemandulan yang berpunca daripada Isteri:

1. Faktor Ovari (Kilang penghasilan benih/ovum yang tidak normal) (15-20%)
    • Ovulasi (penghasilan benih) yang tidak berlaku secara terus menerus (persistent anovulation)
    Secara ringkas ovulasi tidak berlaku di dalam keadaan seperti pengambilan pil pencegah kehamilan, pengambilan hormon estrogen yang berdos tinggi, hormon yang tidak seimbang, terlampau stres, terlalu kurus (anorexia nervosa) terlalu gemuk (obese) kerana lemak-lemak bada badan menukarkan hormone androstenedione to estrone yang menyebabkan gangguan hormone yang mengawal proses ovulasi iaitu paras hormon, ketumbuhan pada otak seperti ketumbuhan pada kalenjar pituitary, masalah p da kalenjar pituitari, faktor genetik, pengambilan ubat-ubatan seperti phenothizine dan reserpine, isyarat signal mengawal paras hormone untuk proses ovulasi yang tidak normal, metabolisme hormone estrogen yang tidak normal akibat mengalami masalah pada hati dan kalenjar tiroid, ketumbuhan pada ovari, kegagalan ovari untuk menghasilkan hormon secukupnya yang normal untuk proses ovulasi dan sebagainya.
    Mereka yang mengalami masalah ovulasi biasanya mengalami gejala-gejala seperti kemandulan, tidak datang haid, darah haid yang sedikit daripada kebiasaan yang normal, waktu kedatangan haid yang tidak menentu, mempunyai bulu-bulu rambut yang sepatutnya tidak terdapat pada bahagian tubuh wanita seperti bulu rambut pada dagu, dada, dan kaki (hirsutism).
    • Kecacatan pada fasa luteal (luteal phase defect)
      Fasa luteal berlaku apabila berlakunya proses ovulasi yang menghasilkan corpus luteum yang berfungsi untuk menghasilkan hormon progesteron yang berfungsi untuk menebalkan dinding rahim (to be secretory endometrium) supaya menjadi tempat yang sesuai untuk penempelan ovum yang disenyawakan dan seterusnya menjadi medium yang sesuai untuk perkembangan bayi di dalam rahim.
      Mereka yang mengalami masalah ini akan mengalami masalah kemandudulan atau keguguran yang berulang-ulang (habitual abortion) di dalam 3 bulan pertama kehamilan.
      • Lutinized unruptured follicle syndrome (L.U.F.S)
      Kegagalan folikel ovary yang telah matang untuk pecah bagi mengeluarkan benih yang telah matang dan menghasilkan korpus luteum bagi menghasilkan hormon progesterone.
      •   Polycystic Ovarian Syndrome
      Sindrom ini berlaku pada mereka yang mengalami masalah pada ovary. Kedua-dua belah ovari membesar dengan terdapat pelbagai sis folikel (follicular cysts).
      Mereka yang mengalami masalah ini mengalami gejala-gejala seperti kegemukan, jerawat, bulu-bulu badan pada tempat yang sepatutnya tidak terdapat pada wanita (hirsutism), haid yang tidak normal seperti tiada haid, haid yang sedikit, atau darah haid yang terlampau banyak, kandungan hormon androgen (hormone lelaki) yang tinggi di dalam badan, ovulasi yang jarang berlaku atau tidak berlaku, kencing manis (diabetes mellitus due to insulin resistance) dan sebagainya.
      Polycystic Ovarian Syndrome  
      2Faktor Tiub Fallopio (20-30%)
        • Faktor genetik: Saiz tiub fallopio yang terlalu kecil akibat perkembangan yang tidak normal (aplasia or hypoplasia of the fallopian tube)
        • Akibat trauma: Trauma atau kecederaan yang dialami pada tiub fallopio ketika pembedahan (eg. tubal ligation or salpingectomy)
        • Akibat Inflamasisalpingitis iaitu jangkitan atau inflamasi pada tiub fallopio yang merosakkan cilia yang penting untuk proses pengangkutan sperma dan ovum(ia merupakan sebab yang paling utama untuk kemandulan sekunder ). Ia boleh berlaku disebabkan jangkitan ketika keguguran atau selepas bersalin, jangkitan yang berlaku ketika hubungan kelamin terutamanya bagi mereka yang mengamalkan seks bebas dan bertukar-tukar pasangan.
        • Akibat ketumbuhan/kanser: seperti ketumbuhan fibroid (bilateral cornual or broad ligamentary fibroids).
        • Endometriosis: yang menyebabkan penyempitan pelvik dan tiub fallopio (pelvic and peritubal adhesions).
        • Gangguan fungsi fisiologi seperti gangguan pada pergerakan silia yang berfungsi dalam proses pengangkutan ovum(poor cilial currents, disturbed ovum pick up mechanism and biochemical changes of the tubal fluid).
                                            Gambar di atas menunjukkan sebahagian sebab kemandulan

         3. Faktor Rahim (Uterus) (2-4%)
        • Faktor genetik: Perkembangan rahim (uterus) yang tidak normal (uterine aplasia, hypoplasia, septate or subseptate uterus).
        • Akibat trauma: trauma atau kecederaan pada uterus seperti yang berlaku dalam proses menggugurkan kandungan secara haram oleh mereka tidak berkelayakan.
        • Faktor inflamasi: Infamasi pada rahim yang disebabkan jangkitan rahim oleh bakteria tuberculosis.
        • Akibat ketumbuhan: ketumbuhan fibroid pada uterus (fibroid polyp or submucous fibroid).
        • Gangguan fisiologi: pengumpulan cecair akibat daripada kedudukan rahim yang tidak normal (congestion as in cases of prolapse or retroversion).
        Pelbagai bentuk rahim yang tidak normal   
        4Faktor Pangkal Rahim (Cervix) (5-10%)
          • Factor genetik sejak lahir : pangkal rahim yang sempit, perkembangan pangkal rahim yang tidak normal seperti terlebih panjang atau perkembangannya yang terbantut (severe stenosis of the cervix, congenital elongation or hypoplasia of the cervix).
          • Akibat trauma : trauma atau kecederaan pada pangkal rahim (eg. extensive cauterization, amputation as in Fothergill’s operation).
          • Akibat inflamasi: inflamasi atau jangkitan pada pangkal rahim (Cervical erosion, chronic cervicitis).
          • Akibat ketumbuhan: kanser pangkal rahim, atau kanser fibroid pada pangkal rahim (cervical polyp, cervical fibroid or cancer).
          • Gangguan fisiologi: Mukus yang terlampau tebal dan mengandungi nanah (Hostile cervical mucus), keberadaan sperma antibody yang dapat membunuh sperma.
          • Kedudukan pangkal rahim yang tidak normal (cervical displacement as in prolapse or retroversion).
          • Pertambahan kepekatan rembesan cecair pangkal rahim (increased viscosity of the cervical discharge).
          • Saluran pangkal rahim yang tidak cukup kuat (incompetent isthmus leading to habitual abortion).
          Inflamasi pada pangkal rahim yang menyebabkan kemandulan

            5. Sebab-sebab yang berpunca daripada faraj/vagina:
            • Faktor genetik: Faktor genetik yang menyebabkan perkembangan faraj yang tidak normal (vaginal aplasia or vaginal septum).
            • Inflamasi: Inflamasi pada faraj yang menyebabkan pertambahan medium berasid dan rembesan cecair yang boleh membunuh sperma (vaginitis with increased acidity& hostile vaginal discharge that can kill the sperms). 
            6. Sebab-sebab yang umum
            Sebab-sebab yang umum seperti penyakit kencing manisTBpengambilan nutrisi yang tidak cukupakibat kemiskinan atau kebuluran, obes dan faktor-faktor psikologi yang boleh menghalang proses ovulasi.   
            Organ Pembiakan wanita yang normal
            7. Faktor Peritoneum (endometriosis)
              • Endometriosis yang menyebabkan penyepitan saluran tiub fallopio (peritubal adhesions interfering with the ovum pick up mechanism and high level of peritoneal macrophages with disturbed level of peritoneal prostaglandins interfering with normal tubal motility).
              • Penyepitan peritoneum akibat inflamasi atau jangkitan atau kecederaan daripada pembedahan (peritoneal (peritubal) adhesions which may be due to peritonitis or previous surgery or others).
                                                               Tempat-tempat yang boleh berlakunya endometriosis

                Secara ringkasnyasebab-sebab utama kemandulan yang berpunca daripada isteri menurut kajian dan statistik yang berlaku di Malaysia ialah:
                Telur/benih tidak dapat dikeluarkan (tidak berlaku ovulasi).Berbadan besar kerana lemak-lemak yang terkumpul menyebabkan gangguan hormon yang mengganggu kesuburan.Di atas bibir banyak ditumbuhi bulu halus kerana banyak hormon lelaki.Latar belakang atau sejarah keluarga.Saluran falopian rosak sehingga mengganggu berlakunya persenyawaan.Pangkal rahim tidak 'mesra' hingga menyebabkan sperma tidak dapat melepasinya untuk masuk ke dalam.Fibroid atau ketumbuhan yang melekat dalam rahim yang menyebabkan berlakunya keguguran.Endometrosis iaitu lapisan rahim yang tumbuh di luar kawasan hingga pengeluaran benih terganggu.
                  Wanita yang berumah tangga dalam usia lanjut juga menjadi punca kemandulan kerana pada usia melebihi 30 tahun, telur yang dikeluarkan tidak sama ketika masih muda dan persenyawaan sukar berlaku.

                  No comments:

                  Post a Comment