Fairmummy.blogspot.com

Thursday 6 September 2012

4 Langkah Mudah Tangani Migraine


Mohd Azreen Ezairy Bin Mohd Sallih  Artikel Cyberclinics Bidang Perubatan (Medikal)

Anda penghidap migraine? Oh, tidak! Mungkin ini yang dikatakan oleh ramai orang yang menghidap migraine. Betul?
Migraine sememangnya sudah sebati di kalangan masyarakat di negara kita. Pengidap penyakit ini sering kali merasakan fobia dan bimbang sekiranya serangan migraine akan berlaku kepada mereka.
Saya sertakan 4 langkah mudah bagi menangani serangan migraine untuk anda yang menghidapnya.

1. Pergi ke tempat yang gelap dan selesa.
Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri anda daripada suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya.
Serangan migraine biasanya dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh.  Justeru, sebaiknya elakkan daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.
2. Letakkan tuala basah atau sejuk.
Petua ini memang ramai yang sudah lakukan. Dan ternyata ianya amat berkesan dalam menangani masalah migraine.
Cuba letakkan tuala yang direndam di dalam air sejuk di atas dahi, bahagian mata atau di bahagian atas tengkuk.
3. Rehatkan mental.
Migraine sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan daipada anda dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.
Fokus kepada hidup anda yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang membebani.
4. Dapatkan tidur yang sempurna.
Hendak dapat tidur yang sempurna, memang susah. Justeru, cuba dapatkan rehat dan seboleh-bolehnya tidurlah. Apabila anda tidur, minda anda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan daripada luar yang boleh meningkatkan migraine anda.
Rujukan : beyondmigraine.com

4 comments: