Fairmummy.blogspot.com

Wednesday 24 October 2012

Petunjuk ( Siri 1 )


Kringgg…

Huh! Menganggu saja!
Dengan malas Alia melipat helaian suratkhabar yang dipegangnya sambil berganjak menuju ke meja telefon.
“ Hello…”
“ Hello…Alia Aku ni, Nita. Amboi…bercinta senyap-senyap. Tau-tau aje, nah…dah terpampang di suratkhabar,” ujar Nita sepantas kilat.
“ Huh,Ita. Apa ni? Aku tengah tension sekarang ni…kau pulak buat lawak,” sahut Alia seolah-olah tidak dapat menyembunyikan rasa tertekan di dalam dirinya. Sambil mengepit gagang telefon, Alia tidak putus-putus membuka lembaran suratkhabar yang memuatkan foto dirinya bersama Sazwan.
“ Seronoklah kau…sekelip mata aje, kau dah jadi popular! Aku interview kau sikit, boleh? Seronok ke bercinta dengan artis?” Seru Nita sambil ketawa.
“ Ishh..apalah kau ni Nita, ke situ pulak. Siapa kata aku bercinta ni? Siapa kata? Tapi kalau aku nak bercinta pun, kau apa sibuk?  Kau jelous kat aku ya? Aku tahu…aku tahu…,” gurau Alia sambil ketawa.
“ Jelous kata kau. Pirrahh… Aku kan dah ada Johnny Deep. Lagipun Artis kat Malaysia ni, aku tak main,” balas Nita sambil tergelak besar. Tak dapat menahan tawanya mendengar nada bicara temannya itu.
“ Ya la tu…,” peril Alia sambil tersenyum.
“ Aku sedar…Aku sedar diri yang  aku ni hanya mampu berangan saja. Eh! Apa kena dengan kau ni? Macam mana pulak gambar kau dengan si One tu boleh terpampang kat suratkhabar? Jelas pulak tu,” Tanya Nita separuh terkejut.
“ Aku pun tak tahulah Ita…Hari tu kita orang gi shopping kat Isetan, tiba-tiba lak ada sorang budak perempuan dating menghampiri, nak kata lawa tu , tak adalah sangat. Dia bertanyakan sesuatu pada kami berdua. Aku betul-betul tak tahu yang perempuan tu wartawan dari Daily Paper. Entah bila juga dia snap gambar aku dengan si One…aku pun tak tahu. Kalau tau…mintak ampun! Dah pasti kita orang tak ndak punya. Adoiii…Ita, tension betul aku dibuatnya,”terang Alia sambil menatap lagi fotonya di suratkhabar itu.

Back     Next

Thursday 4 October 2012

Sebening Kasih Semalam ( Siri 11 )


Sebening Kasih Semalam

“ Kenapa ni Min? Cakaplah apa masalah Min, kalau-kalau Abang Ady boleh tolong,” pujuk Abang Ady setibanya kami di tempat tersebut. Di situ aku lihat ramai pasangan kekasih sedang menikmati keindahan sambil bermadu kasih. Hatiku jadi sedih tiba-tiba. Ah...
“ Kenapa, Min ada masalah dengan Razman ke?” tanya Abang Ady tenang, bagai sudah menjangka. Soalannya yang pertama pun belum kujawab lagi.
“ Abang Ady, Razman cuba...cuba...” kata-kataku terhenti dan tangisan mula menyusul kerana terkenangkan nasib aku yang nyaris-nyaris jadi mangsa Razman.
“ Abang Ady dah jelaskan semua ini dulu. Tapi Min tetap tak percayakan Abang Ady. Dah beritahu Dekan?” soal Abang Ady setelah tangisanku mulai reda.
“ Belum, sebab Razman tak sempat nak buat apa-apa pada Min...Min dapat lepaskan diri,” jawabku dengan nada yang perlahan. Lega rasanya Abang Ady tak persoalkan hal tu lagi.
“ Sudahlah Min. Jangan difikirkan hal tu lagi. Yang penting Min selamat,” aku nampak kepiluan di wajahnya. Mungkin kesal dengan sikap degilku selama ini terhadapnya. Tapi tak sudikah dia menerimaku semula atau sekurang-kurangnya memelukku untuk meredakan perasaan ini? Ah! Keterlaluan ke permintaan aku ini? Lama juga waktu dibiarkan berlalu.
“ Abang..”
“ Min..” begitu jelas antara kami begitu memerlukan. Seakan faham, kami akhirnya saling berpelukan. Dan aku berasa begitu selamat di samping Abang Ady. Aku dapat rasakan kasih sayangnya mengalir ke dalam tubuhku. ‘ Abang Ady..’ jeritku dalam hati tanda kesyukuran. Bila dapat, sukarnya untukku lepaskan pelukan Abang Ady. Namun setelah menyedarinya, aku jadi amat malu sekali. Kenapa tergamaknya aku lakukannya pada Abang Ady yang selama ini ku hormati? Senyuman keramat lelaki itu akhirnya meredakan perasaanku.
Seketika aku merasakan ada satu benda logam disarungkan ke jari manisku. Dia menganggukkan kepalanya seolah-olah meminta kepastian dariku.
“ Abang Ady..” sekali lagi aku jatuh dalam pelukannya. Kali ini lebih yakin kerana cincin berlian itu menunjukkan hasrat Abang Ady yang setia menunggu dan menyayangiku.
“ Abang Ady, Min...Min..”
“ Tak perlu Min jawab dengan perkataan, kalau Min terima lamaran Abang Ady, cukup dengan senyuman saja,” lalu senyuman paling manis ku hadiahkan pada Abang Ady. Ku tahu dirinya benar menyintaiku. Semoga aku bahagia bersama Suhaidy  Sulaiman..

Back     Next

Sebening kasih Semalam ( Siri 10 )


Sebening kasih Semalam

“ Min, tunggu Man. Biar Man jelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Dengar dulu penjelasan Man..” jerit Man dari jauh sambil mengejar aku.
“ Apa lagi yang Man nak jelaskan. Man cuba rosakkan hidup Min. Man memang tak sayangkan Min, kalau benar Man sayangkan Min, Man tak sanggup lakukan ini pada Min,” aku bersuara lantang untuk mengelakkan Razman dari melakukannya semula.
“ Memang benar apa yang Min dengar tentang Man. Selama ini Min pekakkan telinga dan tak percaya apa yang orang katakan tentang Man sebab Min sayang dan cintakan Man. Tak sangka Man sanggup bunuh kepercayaan Min terhadap Man. Sudahlah Man, mulai hari ini lelaki bernama Razman tidak lagi wujud dalam hidup Min. Sesungguhnya Sharmin Bte Izaudin tidak pernah mencintai Razman Bin Baharin,” kata terakhir aku luahkan sebagai tanda perpisahan. Aku bencikan Razman...
Mata aku mulai bengkak kerana banyak menangis. Bila laci meja dibuka, aku ternampak surat Abang Ady. Aku teringat kembali pesanan Abang Ady dan rasa menyesal serta malu mula menyelubungi diri kerana tidak percayakan cakap Abang Ady. ‘Min minta maaf...”
Aku tak dapat teruskan pelajaran dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelifon Abang Ady. Habis saja kuliah aku menuju ke public phone dan nombor handsate Abang Ady terus saja aku dail.
“ Assalamualaikum, Abang Ady ke tu?” salam sebagai pembuka bicara. Aku rasa gementar sangat-sangat. Tapi aku rindukan suara Abang Ady. Adilkah sikap aku begitu? Sudahlah gagal menilai antarakaca dan permata, sekarang menagih simpati pula pada yang disingkir.
“ Waalaikumussalam, ya Abang Ady bercakap. Siapa tu?” tanya Abang Ady setelah menjawab salam. Rupanya suara aku pun dia dah lupa. Sedihnya... Bagaimana kalau Abang Ady sudah...Ah! Tak mungkin, aku tahu Abang Ady setia dan berpegang pada janji.
“ Abang Ady, tolong Min...Min..” aku tak dapat meneruskan bicara, hanya tangisan yang kedengaran. Aku sudah tidak mampu menahan perasaan.
“ Kenapa ni Min? Er...tak pe, Min tunggu Abang Ady dekat depan gate, pukul 4.30 nanti, Abang Ady datang jemput. Tunggu Abang Ady tau.!”
Tepat pukul 4.30 petang, kereta Honda Civic milik Abang Ady berwarna purple muncul di depan mata aku. Aku masuk ke dalam kereta tanpa memandang Abang Ady. Aku malu untuk bersemuka dengannya. Tapi ini sajalah jalan yang mampu ku pilih untuk meleraikan segala kekusutan di fikiran. Kereta Abang Ady meluncur laju menuju ke suatu tempat yang tak pernah ku jejaki. Tapi ternyata di situ suasananya amat tenang.

Back      Next

Monday 1 October 2012

Sebening Kasih Semalam ( Siri 9 )


Sebening Kasih Semalam

Sampai saja di library, depan pintu aku ternampak satu nota yang bertulis ‘perpustakaan sedang dibaiki’ aku tengok okey lagi. Macam tulisan Razman je. Ini mesti kerja Man. Aku cuba tolak pintu tapi tak berkunci. Dalam library, dua lampu saja yang menyala. Mesti ada pelajar lain yang sedang belajar. Lagipun aku nak gunakan library ni sekejap saja. Jadi aku ambil keputusan untuk masuk. Aku dapatkan meja dan mula mencari buku yang perlu. Sampai satu penjuru, aku terdengar satu suara berbisik. Aku cubaintai suara siapa tapi tak dapat tangkap. Aku ke depan lagi langkahku. Tiba-tiba Razman muncul di depan aku. Library aku tengok sunyi dan tak seorangpun yang belajar. Apa yang Man nak buat kali ini?
“ Ya Allah, Man ni buat orang terkejut ajelah. Apa yang Man buat kat sini?” tanya aku bila pasti yang kat depan mata aku adalah Razman.

“ Min, Min sayangkan Man tak?” tanya Razman sambil merangkul pinggangku dengan erat. Man cuba menarik aku rapat ke dalam pelukannya.
“ Man, apa ni, tak baik Man buat macam ni. Lepaskan Min, kalau ada orang nampak teruk kita kena,”kataku sambil menolak Razman. Razman dah gila ke nak buat kerja macam ni!
“ Kalau benar Min sayangkan Man, Man nak Min buktikan cinta Min untuk Man. Serahkan segalanya pada Man,” makin erat Razman memeluk aku. Razman cuba mencium aku, tapi dengan sekerasnya aku menolak badan Razman. Razman semakin kuat memeluk  aku dan bibirnya hampir mencium bibir aku. Aku jadi hilang pertimbangan dan terus gigit pipi Razman. Razman melepaskan pelukannya kerana kesakitan. Aku tunggu apa lagi terus lari meninggalkan Razman. Dia terus mengejar aku dari belakang.


Siri 8 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

Berhati-hati meletakkan sayang pada orang, Min. Abang Ady Cuma bimbang, sebab tak lama lagi dah nak tinggalkan kampus ni,” aku tunduk dan cuba menahan segalanya. Tapi bicara kami hanya terhenti di situ...
Haruskah aku percayakan cakap Abang Ady tu. Macam mana kalau cerita ni tak benar, tentu Rrazman bencikan  aku kerana menuduhnya yang bukan-bukan. Tapi jika cerita ni benar? Tak ker putih mata aku dibuatnya. Pening kepala fikirkan hal ini. Namun tiada apa yang dapat ku lakukan pada Abang Ady. Sebenarnya aku serba salah...
Semenjak hari itu, aku dah tak jumpa lagi dengan Abang Ady. Sehinggalah Abang Ady tinggalkan kampus ni pun aku tak sempat jumpa dia. Cuma Abang Ady tinggalkan surat untuk aku. Itupun melalui Alice.
‘ Min, Abang Ady minta maaf
Kerana tak dapat jumpa Min buat
Kali terakhir. Bukannya Abang Ady tak ingatkan Min,
Tapi Abang Ady tak nak cari gaduh
Dengan Min lagi. Tentang Razman, biarlah Min tahu sendiri
Dan tak perlu Abang Ady bagitau sekiranya
Min tak mahu mempercayai Abang Ady.
Jika Min ada apa-apa masalah, Min boleh
Hubungi melalui nombor yang  Abang Ady sertakan.
Jaga diri baik-baik. Sebenarnya...Abang Ady sayangkan Min.’
Teristimewa dari:
Suhaidy Sulaiman.
Terima kasih Abang Ady. Min takkan lupakan  jasa-jasa Abang Ady terhadap Min. Surat Abang Ady kusimpan dengan baik sebagaimana Abang Ady menjaga aku selama ini.
Pagi esok, aku keluar dengan Razman. Rindu aku pada Razman tak terhingga dan nampaknya, esok dapatlah kami melepaskan rindu tanpa gangguan. Jam di dinding dah pun menunjukkan pukul 11.30 malam. Tapi aku rasa nak ke library sekejap untuk siapkan kertas kerja aku. Nak ajak Alice, aku tengok dia dah tidur nyenyak.  Kasian pula nak kejutkan dia. Biarlah aku pergi sorang-sorang saja. Untung-untung dapat jumpa Razman di library nanti.

Back     Next

Siri 7 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

Keputusan aku adalah ya! Sememangnya keputusan yang amat mengembirakannya. Tangan aku dikucup mesra sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerimanya. Hubungan aku dengan Razman bukan lagi rahsia di kampus ITM. Alice tumpang gembira bila melihat aku bahagia bersama Razman. Shiena dan Fiza tak ketinggalan mengucapkan tahniah kerana aku berjaya memancing hati Razman. Budak berdua tu suka sangatlah aku berkawan dengan Razman. Apa taknya diorang berpeluang nak tawan hati Abang Ady semula. Namun tak kurang juga yang dengki melihat aku bahagia. Nak tahu siapa?..Oh korang nak tahu ye, tentulah Jan. Selepas kecewa tengok perhubungan rapat  aku dengan Abang Ady, Jan cuba pulak nak pikat Razman, tapi perkara yang sama berlaku. Kini Jan semakin renggang dengan  aku, Shiena juga Fiza.
Bukan saja Jan tapi Abang ady pun semakin menjauhkan dirinya dari aku. Bila aku nak bercakap saja, Abang Ady akan bangun dari tempat duduk dan meninggalkan  aku termanggu seorang diri. Apa hal Abang Ady ni...tentu korang semua pun hairan kan? Aku pun hairan juga..
Dari tahun ke tahun, pelajaran  aku semakin hampir ke penghujungnya. Begitu juga perhubungan  aku dengan Razman, semakin erat bagaikan tak dapat nak dipisahkan lagi. Sayang aku pada Razman, kawan-kawan dan kampus ini semakin mendalam. Tapi sayang aku pada Razman leebih, lebih dan lebih mendalam lagi.
Dalam aku mengecapi bahagia di perjalanan ke kampus, aku dikejutkan dengan satu berita yang mungkin merenggangkan perhubungan  aku dengan Razman.
“ Min, Abang Ady nak cakap sikit. Setakat ni sejauh mana perhubungan Min dengan Razman?” tanya Abang Ady suatu hari ktika aku baru balik dari kuliah. Dari cara Abang Ady bercakap jelas menunjukkan bahawa Abang Ady serius. Aku pun tak berani nak buat lawak.
“ Abang Ady...Min sayangkan Razman dan juga Abang Ady. Tapi kenapa dah lama Abang ady cuba melarikan diri dari Min? Abang Ady macam tak suka Min kawan dengan Razman.”
“ Min tak tahu pasal Razman. Bukannya Abang Ady tak bagi Min kawan dengan Razman. Tapi Abang Ady bimbang Min dikecewakan Razman tu...perempuan keliling pinggang. Entah yang keberapa Min ni. 


Back     Next

Siri 6 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

Apa hal pulak Abang Ady ni, aku tanya pun ttak boleh. Yang dia nak halang aku dari nak berkawan dengan budak tu apa pasal? Itu aku punya pasallah nak berkawan dengan siapa pun! Abang Ady tak ada hak nak halang aku. Tapi rasa tak puas hati tu aku tak luahkan terus pada Abang Ady, nanti aku kena lagi teruk dan surat itu Abang Ady buang dalam tong sampah. Shit!!
Dalam seminggu, aku terima tujuh pucuk surat. Semua surat itu aku dah tak tunjukkan lagi pada Abang Ady. Bila dia tanyakan tentang surat tu, aku jawab, aku dah tak terimanya lagi. Hati aku senang sekali bila melihaAbang Ady senyum. tTapi aku hairan juga kenapa Abang Ady marah sangat pasal surat tu..
Suatu hari datang bertamu di tepi pintu datang satu bungkusan untukku. Wau...musical box. Siapa yang bagi ni maAda sekeping kad yang diselitkan bersama-sama.


‘Terimalah pemberian ikhlas dariku dengan harapan
Hatiku diterima untuk mengisi kekosongan di hatimu,
Sharmin. Sekiranya Sharmin terima hadiah ini dan juga hatiku,
Sudikah kiranya kita berjumpa malam ni di library.’  
Jejaka berbaju biru

Nampaknya hadiah ni nak pujuk akulah ye. Nak jumpa ke tidak dengan pengirim misteri ni? Aku rasa lebih baik jumpa supaya a ku boleh tahu  apa tujuannya melakukan semua ini. Yes! Malam ni di library!
Tak ku sangka, si pengirim surat ini memang pernah aku jumpa. Kat dalam library kali pertama dulu. Dia ni lah yang ketawakan aku sebab buku-buku penuh kat meja aku. Ooo..kau ketawakan aku tapi dalam diam-diam kau ada hati kat aku ye.. Tapi pandai juga dia ambil hati dengan mengirimkan surat bermadah dan juga hadiah yang amat aku suka.
“Maafkan Man sekiranya kedatangan surat Man menganggu Min nak belajar. Man dah tak  tahu macam mana nak luahkan  perasaan pada Min. Sekarang Man akan berterus-terang yang Man nak jadikan Min sebagai penyeri hidup Man. Terpulanglah pada Min sama ada nak terima atau tidak . Tapi Man benar-benar berharap,” luahan hati Razman semasa berjumpa di library tempoh hari. Bila difikirkan, aku tak dapat menolak hati aku untuk menerima  Razman dalam hidupku ini. Uh!


Siri 5 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

“ Tak pe, Abang Ady faham. Emm.. kalau tak keberatan boleh Abang Ady tolong,” tujuannya diusulkan dan disusuli dengan senyuman. Hai..cair lagi nampaknya  aku ni. Macam tu lah baru handsome. Er...apa tadi? Abang Ady nak tolong siapkan kerja aku?Cantik..tuah datang bergolek-golek..sapu..
“ Min, ada satu projek yang Min tak dapat siapkan sebab tak berapa faham. Abang Ady boleh tolong yek?”
“ Boleh, untuk Min apa saja Abang Ady sanggup buat,” aku terus tersenyum senang. Hatiku berbunga-bunga, bunga ros merah gitu. Warna purple tak de ye...Ingat tu Abang Ady.
Hari demi hari, perhubungan aku dengan Abang Ady semakin erat. Abang Ady banyak tolong aku sebab dia senior dalam jurusan seni lukis dan senireka. Apa yang aku tak tahu, Abang Ady tolong ajarkan. Jan, Shiena dan juga Fiza mula menyimpan perasaan dengki dekat aku. Mana taknya, Abang Ady sebelum injunior-junior perempuan termasuklah mereka bertiga. Tapi akhirnya Abang Ady lebih rapat dengan aku. Keputusan peperiksaan aku kebanyakannya lebih baik daripada mereka. i menjadi rebutan Sebab itulah mereka lebih banyak cemburukan aku dalam segala hal. Apa-apapun ini semua bergantung pada hasil ketekunan aku dan tunjuk ajar dari Abang Ady.
Suatu hari, aku telah menerima sepucuk surat dari seseorang yang tidak aku kenali. Isi suratnya berbunyi  agak pelik. Lebih kurang nak berkenalanlah maksudnya. Sikit punya berbunga Mat yang hantar surat ni, siap dengan madah lagi you..
Nama sebenarnya tidak pulak diberikan, kononnya admirelah, tapi Mat bunga ni bagitau dia selalu nampak aku kat library dan selalu pakai baju berwarna biru. Ini nak kena siasat ni...
Suratnya aku tunjukkan pada Abang Ady, bukan apa, manalah tahu kot-kot Abang Ady kenal siapa orang tu. Tapi reaksi Abang Ady berlainan bila baca surat tu. Muka, Ya Allah...takut nak tengok...Bila aku tanya Abang Ady siapa orang tu, Abang Ady cakap dia tak kenal dan tak tahu apa-apapun. Dah tu siap bagi amaran kalau aku cuba layan budak yang hantar surat tu.


Siri 4 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

Semenjak belajar dan masuk ke dewan kuliah, banyak sangat kertas kerja yang harus disiapkan. Kawan sekuliah  aku, Rosfarizan, haslina dan Norafiza pun pening kepala macam aku juga. Untuk siapkan kertas kerja yang berlonggok, kami terpaksaberjaga sampai lewat pagi dan menghabiskan masa lapang di library. Tapi yang aku tak sukanya, kawan-kawan sekuliah aku tadi. Bila diorang dah habiskan kerja, diorang langsung tak nak tolong aku. Buat kertas kerja pun diam-diam. Ala...bukannya aku nak tiru, tapi sekurang-kurangnya boleh berbincang. Taak pe kalau korang susah, jangan cari aku..Jadi malam ni aku terpaksa ke library seorang diri.
Buku manayang berkaitan aku ambil saja., sampaikan penuh buku aku dengan buku-buku. Pelajar lain yang ada kat situ pandang aku lain macam saja. Lantak koranglah, janji kerja aku siap. Tapi macamana nak selesaikan kerja ni, sedangkan aku tak faham konsepnya. Hemm..macamana aku belajar sampaikan tak tahu konsep yang digunakan . Hentam sajalah beb..
“ Banyak buku Min sampaikan tak nampak muka?” alamak..siapa pulak yang buat lawak bodoh ni. Aku takde masa nak layan lawak tengah malam, kerja aku pun tak habis lagi.
“ Kalau banyak pun, Min tak ganggu orang,” perli aku tanpa mengangkat muka. Dengan kerja yang banyak, satu saat pun amatkah berharga bagi aku.Sebab tu lah aku tak  angkat muka. Nak angkat muka pun kena ambik masa satu saat tau... tangan aku tak berhenti menulis, malah mulut pun tak berhenti membebel seorang diri.
“ Amboi tekunnya menulis, sampaikan tak nak tengok muka Abang Ady lagi. Tak apalah, abang mintak maaf kalau mengganggu,” alamak, dia sebut nama Abang Ady lah. Tanpa menghiraukan masa yang aku anggap peting, aku panggungkan kepala dan melihat Abang ady dah pun melangkah meninggalkan meja tempat aku duduk. Hai..teruk betul mulut aku ni kata macam tu kat Abang Ady, dahlah Abang Ady banyak tolong aku.
“Abang Ady, tunggu dulu,” panggil aku sambil mengejarnya. Bila dengar aku panggil, Abang Ady terus berhenti dan menoleh ke arahku.
“ Min tak bermaksud nak cakap macam tu dekat Abang Ady. Lagipun Min tengah pening kepala fikirkan kerja yang banyak. Dah tu banyak pulak yang Min tak faham. Min mintak maaf banyak-banyak ye Abang Ady?”rayu aku sebab terkasar bahasa. Sejak bila pulak mulut  aku ni pandai cakap kasar dengan orang. Takkan rugi kalau berbuat baik dengan orang walaupun orang itu kita tak kenal.

Back      Next

Siri 3 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam
Ya Allah, tolonglah hambamu ini. Amin...Dengan langkah yang berat aku teruskan langkah menuju ke dewan tanpa banyak bicara.
“ Macam mana Min, cukup ke tak tandatangan yang disuruh carikan?” satu suara telah menyapa aku dari arah belakang. Cukup kepala hotak kau! Kat dalam hati  aku ini macam nak gugur jantung sebab aku takut kena denda. Suara siapalah yang berani tegur aku masa ni ha...
“ Oh, Abang Ady, Min ingatkan siapa tadi. Abang Ady, macam mana Min nak buat ni, tak cukup lagi satu. Min takutlah,” aku cuba minta simpati dari abang Ady. Mana tahu abang Ady boleh tolong aku carikan satu lagi nama. Tentu abang Ady kenal dengan ramai orang yang pangkal nama sama dengan  aku. Untung-untung dapat lari dari kena denda.
La..aku minta tolong dia, tapi dia asyik pandang aku saja. Apa hal pulak abang sorang ni. Kalau nak minta tolong , kena mintak tilik dulu ke?
“ Abang Ady, macammana ni?” aku kuatkan  sikit suara aku. Orang nak mintak tolong dia, tapi dia asyik tengok muka orang saja.  Aku ‘fire’ karang, hangit...
“ Oh, maaf, Min maaf kalau abang Ady renung muka Min tanpa izin Min. Tapi ikhlas Abang Ady katakan yang Min ni memang cantik dan cute,” maaf dipinta dengan senyuman yang bisa mencairkan hati a ku.
‘Alamak, cair aku dibuatnya bila tengok Abang Ady senyum. Kalau macam ni tiap-tiap hari boleh kenyang perut aku, tak payah pergi cafe..’
“ Ala..Abang Ady ni puji lebih-lebih pulak. Ni, tandatangan yang tak cukup satu lagi ni macam mana?” tanya aku sambil kontrol aku punya muka. Mana taknya, kena puji, tapi aku taklah tunjuk yangaku bangga bila orang kata aku ni ‘cute’ dan cantik.
“ Okeylah, tapi kalau Abang Ady tolong, Min jangan cakap dengan orang yang abang Ady tolong Min okey? Bukan apa, nanti diorang kata abang pilih kasih pulak.” Bisik Abang Ady ke telinga  aku menawarkan pertolongan. Abang Ady terus mengambil kertas yang penuh dengan tandatangan dan menurunkan tandatangannya di tempat yang ke 20. Aku hairan juga bila Abang Ady tandatangan sebab a ku tak tahu nama Abang Ady yang sebenarnya bermula dengan huruf S. Rupa-rupanya nama sebenar Abang Ady Suhaidy Bin Sulaiman. Terima kasih Abang Ady...Min takkan lupa jasa baik abang Ady sebab tolong Min.
Kini, selesai sudah minggu orentasi. Lega rasanya bila aku dapat habiskan enam hari berorentasi. Aku juga tak lupa mengucapkan terima kasih pada Alice kerana banyak memberikan  aku semangat dalam menghadapi hari-hari orentasi.
Sekarang aku hanya perlu menghadiri kuliah dan menyiapkan kertas kerja yang diberikan pensyarah. Bila dah mula belajar, kepala aku ni asyik naik pening sebab terpaksa bertemu dengan benda-benda baru. Apa tidaknya, aku tak pernah jumpa dengan benda-benda macam ni. Waktu sekolah menengah dulu , cikgu tak ajar. Eh, eh salahkan cikgu pulak. Memang betul  ape! Tapi aku memang minat melukis, sebab itulah aku ambil bidang ini sebagai pilihan untuk empat tahun.

Back     Next