Fairmummy.blogspot.com

Saturday 8 September 2012

Sebab-sebab kemandulan yang berpunca daripada suami (30-40%):

1. Kegagalan dalam proses spermatogenesis(proses penghasilan sperma)
    Proses penghasilan sperma memerlukan kilang penghasilan sperma yang normal iaitu testis dan suhu yang rendah sedikit daripada suhu badan manusia yang normal. Oleh yang demikian, testis perlu berada di skrotum (kantung di belakang zakar) kerana suhu di skrotum adalah lebih rendah daripada suhu badan manusia. Jadi kegagalan di dalam proses penghasilan sperma boleh disebabkan oleh:

    • Testis yang berada pada tempat yang tidak normal (Undescended testes)
    • Penyakit varicocele (saluran darah dari testis yang tersumbat), mandian wap atau air panas, seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada nilon atau yang bukan diperbuat daripada kapas.
    • Sejarah jangkitan beguk (mumps) yang menyebabkan inflamasi dan jangkitan pada testis dan merosakkannya.
    • Terdedah kepada radiasi yang merosakkan benih-benih sperma di dalam testis.
    • Kuat merokok (menyebabkan kualiti sperma tidak memuaskan, pengeluarannya rendah dan kekurangan oksigen pada saluran yang menyambungkan testis).
    • Faktor genetik (klinefelter’s syndrome yang dicirikan oleh mempunyai tubuh badan yang tinggi, buah dada yang besar seperti wanita, dan pengecutan testis).
    • Ubat-ubatan tertentu seperti anti-epilepsi, ubat anti-hypertensi, beberapa jenis antibiotic dan kemoterapi.
    2. Cecair semen yang tidak normal
    Cecair semen yang mempunyai kandungan gula fruktosa dan prostaglandin yang rendah atau mempunyai kepekatan yang tinggi (high viscosity).   
    3. Kegagalan proses pengangkutan sperma

      • Kedua-dua saluran vas deferens yang tersumbat yang disebabkan jangkitan gonorea atau tuberculosis.
      • Tersumbat kedua-dua saluran vas deferens akibat komplikasi daripada pembedahan inguinal hernia.
      • Saluran air kencing tersumbat.
      4. Kegagalan memancutkan air mani ke dalam faraj seperti di dalam kes kegagalan zakar untuk menegang dan mengeras, pancutan air mani pra-matang, pancutan ke belakang dan bukaan lubang zakar bukan pada tempat yang normal (penile or scrotal hypospadias).

      No comments:

      Post a Comment