Fairmummy.blogspot.com

Thursday 8 November 2012

Petunjuk ( Siri 5 )


Semenjak kebelakangan ini, belbagai cerita buruk tentang diri Alia yang telah disebarkan. Ini tak lain , tak bukan adalah kerja dai si Nor dan Ija. “Huh!! Tak sudah-sudah buat hal ,’’dengus hati Alia.
Kalau aku betul-betul gila glamor , lebih baik aku pilih Awie. Kan lebih vogue.Kalau nak kata aku ni , mata durian. Sebelum ni , tanpa duit One pun aku boleh hidup senang. Dapat pun beli kereta!Apa lagi apa lagi  yang dia orang pertikaikan.Heii…. betullah manusia ni selagi hidup tak pernah kenal erti puas  dan dosa. Tau nak jaga tepi kain orang je.Kain sendiri terkoyak… pandang sebelah mata pun tak nampak,” keluh Alia lagi.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Biarpun dalam hatinya   sentiasa merintih  namun setiap kali bersama Sazwan,Alia menjadi  tenang. Setenang air di pinggir kali. Semuanya kerana Sazwan!Sazwan yang selalu meyakinkankan bahawa segala apa yang berlaku di antara mereka berdua tersembunyi satu hikmah.                                                                                                                                                                                                                                                        Dan setiap kali bersembahyang , di bibir Alia tidak putus-putus memohon doa agar diberi petunjuk dan hidayah dari Nya. Siapa yang benar dan siapa yang salah.                                                                                                                                                                                                                                                                                             Alia kembali tersenyum. Senyum dengan  penuh kesyukuran. Ternyata,Tuhan maha pengasih, rintahan Alia saban malam berbalas jua akhirnya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    “ Alia …. Ni ada hot story. Kau dah baca paper hari ini?” Tanya Nita cemas sebaik sahaja dia tiba di pejabat.Ali mengeleng malas. “Cerita apa lagi ni ?. Tentang aku ?” “Bukanlah !!! Cerita musuh ketat kau lah…Panas!! Panas!!” Ujar Nita penuh semangat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             “Maksudkan si Ija  dengan si Nor tu? Apa hal ??” Tanya Alia panik. “Dia orang kena tangkap khalwat malam tadi. Dengan bangla pulak tu,” jelas Nita. Tangkap khalwat ? Dengan bangla? Biar betul kau ni Ita…”                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    “Nah… tengok surat khabar ni . Ni haa … bacalah,”kata Nita sambil menghulurkan keretan berita itu. “Khalwat: Dua Remaja  Didapati Bersedudukan Dengan Bangla” Tanpa menunggu lebih lama , Alia terus meneliti berita  yang sedang hangat  diperkatakan di pejabatnya.                                                                                                                                                                                                                                                                                            Alia ternganga terkejut. Bagaikan tidak percaya dengan berita yang baru dibacanya sebentar tadi. Alia membulatkan matanya memandang ke arah Nita. Nita berasa gerun dan lemas dengan pemandagan tajam Alia itu.tidak lama selepas itu, Alia kembali tersenyum.Senyum dengan penuh kesyukuran. Ternyata, Tuhan maha pegasih, rintihan Alia saban malam  berbalas jua akhirnya. Alia melangkah lebih laju dan meninggalkan Nita termanggu-manggu sendirian. Hatinya mula berdetik, “ One sudah baca ke suratkhabar hari ini?”                

Back     Next                         

Petunjuk ( Siri 4 )


“ One tau, kehadiran One ni menyusahkan Alia saja. Sejak kita berkawan, macam-macam anggapan buruk yang Alia terpaksa terima.One sedar semua tu. Cuma apa yang One harapkan sekarang ni, Alia banyak-banyaklah bersabar. Biar apapun yang terjadi, One tetap nak berkawan dengan Alia. One ikhlas dan tak ada niat lain yang terselindung di sebalik kejujuran One ini. Alia tak nak kawan dengan One lagi ke?” Tanya Sazwan di suatu hari ketika Alia menyuarakan kekesalannya.
“ Bukan macam tu…Alia senang dan cukup gembira dapat berkawan dengan One. Cuma kadang-kadang tu, Alia tak dapat tahan sangat denga cerita-cerita yang begitu. Janganlah kerana berkawan dengan Alia, kerjaya One pulak yang terjejas. Inipun dah macam-macam berita yang keluar. Esok lusa tak tahu lagi…Alia tak mahu kerjaya One hancur disebabkan Alia.” Jelas Alia terus terang.
“ Janganlah Alia anggap begitu. Cuba Alia pandang uka One ni Walaupun dah bermacam-macam anggapan buruk yang One terima kerana perhubungan ini, One tak pernah melenting kan…One cool aje…One malas nak layan dengan benda yang remeh temeh macam ni. Dah jadi lmrah manusia, tak pernah senang bila tengok kebahagiaan orang lain. Jadi, sebab itulah One tak ambil pot dengan cerita-cerita itu. Janji kita benar… kita tahu apa yang kita lakukan,” terang Sazwan lagi.
“ One bolehlah, Alia ni…kat tempat kerja, asyik kena kata aje…Tambahan pulak, sejak One hantar Alia pergi kerja ni. Haii…makin bertambahla cerita diorang tu,” ujar Alia perlahan.
“ Itulah Lia…terlalu memikirkan sangat cakap orang. Akibatnya Alia sendiri yang pening kepala. Buat tak tahu sudahlah. Ah! Lambat laun nanti, penatlah mulut dia orang tu nak bercerita pasal kita. One pasti,” kata Sazwan yakin.
Di pejabat, dua orang musuh ketatnya masih melancarkan operasi mengumpat. Habis diracunnya, sampaikan pihak atasan pun dah dapat tahu mengenai dirinya.
“ Hai…Alia. Macam-macam cerita mengenai diri awak yang saya dah dengar. Ternyata hebat jgak awak ni ya! Nampak aje lembut tetapi sebenarnya kerass!!” kata En. Syawal, pengarah urusan tempatnya berkerja.
“ Dengar cerita, awak tengah hangat bercinta dengan artis. Betul ke? Saya tak kisah awak nak bercinta dengan penyanyi ke, dengan pelakon ke tapi sebelum tu, saya nak ingatkan awak sikit, kerja di pejabat ni jangan sesekali awak abaikan,” Ujar En. Ghaini, ketua pula.

Back     Next


Petunjuk ( Siri 3 )


Sejak cerita mengenai dirinya tersebar di suratkhabar itu, nama Alia terus menjadi sebutan ramai di pejabatnya. Ada yang kagum kejayaannya menawan hati One dan tak kurang juga ada yang mengeji. Bukan apa…cemburu!! Biarpun cerita itu masih belum tersebar dengan meluasnya, tetapi ianya tetap menjadi hot story di pejabat Alia.
Kebelakangan ini juga, Alia semakin tidak bersemangat untuk pergi kerja. Di pejabat, ada sahaja cerita mengenai dirinya dan Sazwan diperkatakan. Tak habis-habis. Eiii… bosannya.Tak ada seorang pun yang faham apa sebenarnya yang tersirat di hatinya di saat itu melainkan Nita, teman karibnya.
“ Kau tahu Nor, kawan aku si Hasli yang kerja kat majalah ‘Jambu’ tu beritahu…sejak si One tu berkawan dengan si Alia, banyak masalah yang telah timbul. Dulu One tu tak macam tu…kalau ada shooting atau show tak pernah miss. Tak macam sekarang ni, selalu aje melarikan diri. Ah! Payahlah nak cerita kalau orang dah mabuk cinta. Maklumlah asyik nak berkepit aje. Kau nasihat-nasihatkanlah sikit si Alia tu. Bercinta, bercinta juga. Periuk nasik orang janganlah nak sekat pulak! Lagipun aku tak berkenaan benar si Alia tu…” jelas Hadijah terus terang.
“ Ishhh!....perlahan sikit. Tu ha..Alia, kang terdengar pulak, kecik hati dia…” sindir Nor sambil merenung tajam kea rah Alia.
“ Ah! Biarlah…Gatal sangat nak bercinta dengan artis!!” Kata Hadijah kasar.
Alia tersentak. Di kejauhan yang hamper itu dia sempat menoleh kea rah Noor dan Hadijah. Dia tahu, kedua orang temannya itu sedang mengumpat dirinya.
“ Ala…macamlah aku tak tahu cerita tentang kau orang berdua. Aku ni kira untung juga, taklah bertepuk sebelah tangan. Macam kau Ija…gila baying dan syok sendiri. Eleh…siap bagitau satu pejabat yang si kartunis Bobby tu menaruh hati katnya. Padahal ditiup angin pun si kartunis terkenal tu tak pandang kau pun. Kalau dah karat tu…karat jugaklah…Si Noor tu pulak, terlalu asyik memuji diri. Mentang-mentanglah sejak berkawan rapat dengan wartawan ni. Kat pejabat, tak sah kalau tak cerita kalau tak cerita pasal dunia artis,” luah Alia di dalam hatinya.
Hati Alia terguris lagi. Erita kisah dengan Sazwan muncul lagi. Kali ini lebih pedih. Alia dikatakan menjadi dalang kemerosotan popularity Sazwan di persada seni. Hakikatnya, dia tidak begitu. Di sepanjang kedukaan itu,mujur ada Sazwan. Sazwan yang tu tidak jemu-jemu meyakinkan dia, bahawa segala apa yang berlaku itu adalah lumrah dari sebuah kehidupan. Biarlah dia dan Sazwan sahaja yang tahu cerita sebenar di sebalik cerita yang telah di gembar gemburkan itu.

Back     Next

Petunjuk (siri 2 )


“ Rileks la beb! Jangan kelam kabut. Sebenarnya, kau patut rasa bangga kerana Berjaya memiliki cintanya. Bukan senang nak rebut cinta orang popular macam si One tu. Alangkah indahnya hidup aku ni, kalau dapat jadi macam kau. Dapat bercinta dengan artis Dapat keluar gambar kat dalam suratkhabar dan majalah-majalah. Fuh! Bestnya. Aku rasa cerita kau ni mesti jadi hot story kat ofis. Hai…makan hatilah si Ija dan Noor tu. Aku tumpang banggalah…lepas ni kau bolehlah tunjuk aksyen kat diorang. Ingat diorang aje yang layak bercinta dengan orang popular?” Kata Nita bangga.
Alia hanya mampu ketawa apabila mendengar kata-kata Nita itu. “ Ita…Ita…Aku bukan gila glamour atau cuba mencari publisiti murahan. Aku ada harga diri…Aku masih sedar di mana tempat aku berdiri. Aku sedar siapa aku dan aku juga sedar siapa si One tu.”
Alia menatap fotonya lagi. Adoii!!! Apa nak buat ni. Dah pasti cerita ni akan heboh satu pejabat. Apalah kata teman-teman nanti?
Walhal hubungan antara aku dan One masih terlalu awal untuk dibicarakan.
“ Alia! Lia! “ Panggilan Nita itu membuatkan lamunannya tersentak.
“ hai sempat lagi kau berangan ya? Aku rasa kepala otak kau tu nak meledak, tambahan nanti bila dengar cerita dari si mulut murai tu. Sebelum apa-apa terjadi ni, aku nasihatkan kau supaya bersabar.. Kau kena banyak bersabar kalau nak berkawan dengan orang popular. Kalau perkara yang kecil-kecil kau dah tak tahan…macam mana nanti kau nak hadapi bila kena gossip berat-berat? Aku cakap aje…,” sambung Nita dengan satu hujah yang panjang.
“ Tak senang duduk aku dibuatnya, Ita. Kalau cerita tu nyata, aku tak kisah. Ini main serkap jarang aje. Buat masa ni aku dengan dia tu Cuma berkawan biasa aje. Kau tengoklah, apa yang kat suratkhabar tu tulis. Macam dah confirm aje aku ni jadi kekasih si One tu. Tapi kalau betul pun yang dia orang semua ni nak sibuk apa hal. Kita orang nak bercinta ke…nak kahwin ke…kita orang punya suka la!” Alia melepaskan perasaan geram yang terbuku di sudut hatinya.
“ Eh…ehhh…Lia, aku rasa dah meledak pun isi otak kepala kau tu,” usik Nita lagi.
“ Ittaaa…Okeylah aku chaw dulu.”
“ Ya lah…ya lah…orang dah tak sudi cakap engan kita. Habiss…kita nak buat macam mana. Sebelum tu, aku nak pesan. Jangan tension-tension. Be cool beb!!” Ujar Nita ikhlas.
“ Terima kasih Ita. Bye!”
Alia meletakkan gagang telefon sambil tersenyum puas. Ini baru Nita, dah kecoh. Hai…belum lagi Rudy, Atikah, Ayu dan si mulut murai, Ija dan Noor tu. Habiss…aku. Ah! Macam mana nak pergi kerja esok ni??!!

Back     Next

Wednesday 24 October 2012

Petunjuk ( Siri 1 )


Kringgg…

Huh! Menganggu saja!
Dengan malas Alia melipat helaian suratkhabar yang dipegangnya sambil berganjak menuju ke meja telefon.
“ Hello…”
“ Hello…Alia Aku ni, Nita. Amboi…bercinta senyap-senyap. Tau-tau aje, nah…dah terpampang di suratkhabar,” ujar Nita sepantas kilat.
“ Huh,Ita. Apa ni? Aku tengah tension sekarang ni…kau pulak buat lawak,” sahut Alia seolah-olah tidak dapat menyembunyikan rasa tertekan di dalam dirinya. Sambil mengepit gagang telefon, Alia tidak putus-putus membuka lembaran suratkhabar yang memuatkan foto dirinya bersama Sazwan.
“ Seronoklah kau…sekelip mata aje, kau dah jadi popular! Aku interview kau sikit, boleh? Seronok ke bercinta dengan artis?” Seru Nita sambil ketawa.
“ Ishh..apalah kau ni Nita, ke situ pulak. Siapa kata aku bercinta ni? Siapa kata? Tapi kalau aku nak bercinta pun, kau apa sibuk?  Kau jelous kat aku ya? Aku tahu…aku tahu…,” gurau Alia sambil ketawa.
“ Jelous kata kau. Pirrahh… Aku kan dah ada Johnny Deep. Lagipun Artis kat Malaysia ni, aku tak main,” balas Nita sambil tergelak besar. Tak dapat menahan tawanya mendengar nada bicara temannya itu.
“ Ya la tu…,” peril Alia sambil tersenyum.
“ Aku sedar…Aku sedar diri yang  aku ni hanya mampu berangan saja. Eh! Apa kena dengan kau ni? Macam mana pulak gambar kau dengan si One tu boleh terpampang kat suratkhabar? Jelas pulak tu,” Tanya Nita separuh terkejut.
“ Aku pun tak tahulah Ita…Hari tu kita orang gi shopping kat Isetan, tiba-tiba lak ada sorang budak perempuan dating menghampiri, nak kata lawa tu , tak adalah sangat. Dia bertanyakan sesuatu pada kami berdua. Aku betul-betul tak tahu yang perempuan tu wartawan dari Daily Paper. Entah bila juga dia snap gambar aku dengan si One…aku pun tak tahu. Kalau tau…mintak ampun! Dah pasti kita orang tak ndak punya. Adoiii…Ita, tension betul aku dibuatnya,”terang Alia sambil menatap lagi fotonya di suratkhabar itu.

Back     Next

Thursday 4 October 2012

Sebening Kasih Semalam ( Siri 11 )


Sebening Kasih Semalam

“ Kenapa ni Min? Cakaplah apa masalah Min, kalau-kalau Abang Ady boleh tolong,” pujuk Abang Ady setibanya kami di tempat tersebut. Di situ aku lihat ramai pasangan kekasih sedang menikmati keindahan sambil bermadu kasih. Hatiku jadi sedih tiba-tiba. Ah...
“ Kenapa, Min ada masalah dengan Razman ke?” tanya Abang Ady tenang, bagai sudah menjangka. Soalannya yang pertama pun belum kujawab lagi.
“ Abang Ady, Razman cuba...cuba...” kata-kataku terhenti dan tangisan mula menyusul kerana terkenangkan nasib aku yang nyaris-nyaris jadi mangsa Razman.
“ Abang Ady dah jelaskan semua ini dulu. Tapi Min tetap tak percayakan Abang Ady. Dah beritahu Dekan?” soal Abang Ady setelah tangisanku mulai reda.
“ Belum, sebab Razman tak sempat nak buat apa-apa pada Min...Min dapat lepaskan diri,” jawabku dengan nada yang perlahan. Lega rasanya Abang Ady tak persoalkan hal tu lagi.
“ Sudahlah Min. Jangan difikirkan hal tu lagi. Yang penting Min selamat,” aku nampak kepiluan di wajahnya. Mungkin kesal dengan sikap degilku selama ini terhadapnya. Tapi tak sudikah dia menerimaku semula atau sekurang-kurangnya memelukku untuk meredakan perasaan ini? Ah! Keterlaluan ke permintaan aku ini? Lama juga waktu dibiarkan berlalu.
“ Abang..”
“ Min..” begitu jelas antara kami begitu memerlukan. Seakan faham, kami akhirnya saling berpelukan. Dan aku berasa begitu selamat di samping Abang Ady. Aku dapat rasakan kasih sayangnya mengalir ke dalam tubuhku. ‘ Abang Ady..’ jeritku dalam hati tanda kesyukuran. Bila dapat, sukarnya untukku lepaskan pelukan Abang Ady. Namun setelah menyedarinya, aku jadi amat malu sekali. Kenapa tergamaknya aku lakukannya pada Abang Ady yang selama ini ku hormati? Senyuman keramat lelaki itu akhirnya meredakan perasaanku.
Seketika aku merasakan ada satu benda logam disarungkan ke jari manisku. Dia menganggukkan kepalanya seolah-olah meminta kepastian dariku.
“ Abang Ady..” sekali lagi aku jatuh dalam pelukannya. Kali ini lebih yakin kerana cincin berlian itu menunjukkan hasrat Abang Ady yang setia menunggu dan menyayangiku.
“ Abang Ady, Min...Min..”
“ Tak perlu Min jawab dengan perkataan, kalau Min terima lamaran Abang Ady, cukup dengan senyuman saja,” lalu senyuman paling manis ku hadiahkan pada Abang Ady. Ku tahu dirinya benar menyintaiku. Semoga aku bahagia bersama Suhaidy  Sulaiman..

Back     Next

Sebening kasih Semalam ( Siri 10 )


Sebening kasih Semalam

“ Min, tunggu Man. Biar Man jelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Dengar dulu penjelasan Man..” jerit Man dari jauh sambil mengejar aku.
“ Apa lagi yang Man nak jelaskan. Man cuba rosakkan hidup Min. Man memang tak sayangkan Min, kalau benar Man sayangkan Min, Man tak sanggup lakukan ini pada Min,” aku bersuara lantang untuk mengelakkan Razman dari melakukannya semula.
“ Memang benar apa yang Min dengar tentang Man. Selama ini Min pekakkan telinga dan tak percaya apa yang orang katakan tentang Man sebab Min sayang dan cintakan Man. Tak sangka Man sanggup bunuh kepercayaan Min terhadap Man. Sudahlah Man, mulai hari ini lelaki bernama Razman tidak lagi wujud dalam hidup Min. Sesungguhnya Sharmin Bte Izaudin tidak pernah mencintai Razman Bin Baharin,” kata terakhir aku luahkan sebagai tanda perpisahan. Aku bencikan Razman...
Mata aku mulai bengkak kerana banyak menangis. Bila laci meja dibuka, aku ternampak surat Abang Ady. Aku teringat kembali pesanan Abang Ady dan rasa menyesal serta malu mula menyelubungi diri kerana tidak percayakan cakap Abang Ady. ‘Min minta maaf...”
Aku tak dapat teruskan pelajaran dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelifon Abang Ady. Habis saja kuliah aku menuju ke public phone dan nombor handsate Abang Ady terus saja aku dail.
“ Assalamualaikum, Abang Ady ke tu?” salam sebagai pembuka bicara. Aku rasa gementar sangat-sangat. Tapi aku rindukan suara Abang Ady. Adilkah sikap aku begitu? Sudahlah gagal menilai antarakaca dan permata, sekarang menagih simpati pula pada yang disingkir.
“ Waalaikumussalam, ya Abang Ady bercakap. Siapa tu?” tanya Abang Ady setelah menjawab salam. Rupanya suara aku pun dia dah lupa. Sedihnya... Bagaimana kalau Abang Ady sudah...Ah! Tak mungkin, aku tahu Abang Ady setia dan berpegang pada janji.
“ Abang Ady, tolong Min...Min..” aku tak dapat meneruskan bicara, hanya tangisan yang kedengaran. Aku sudah tidak mampu menahan perasaan.
“ Kenapa ni Min? Er...tak pe, Min tunggu Abang Ady dekat depan gate, pukul 4.30 nanti, Abang Ady datang jemput. Tunggu Abang Ady tau.!”
Tepat pukul 4.30 petang, kereta Honda Civic milik Abang Ady berwarna purple muncul di depan mata aku. Aku masuk ke dalam kereta tanpa memandang Abang Ady. Aku malu untuk bersemuka dengannya. Tapi ini sajalah jalan yang mampu ku pilih untuk meleraikan segala kekusutan di fikiran. Kereta Abang Ady meluncur laju menuju ke suatu tempat yang tak pernah ku jejaki. Tapi ternyata di situ suasananya amat tenang.

Back      Next

Monday 1 October 2012

Sebening Kasih Semalam ( Siri 9 )


Sebening Kasih Semalam

Sampai saja di library, depan pintu aku ternampak satu nota yang bertulis ‘perpustakaan sedang dibaiki’ aku tengok okey lagi. Macam tulisan Razman je. Ini mesti kerja Man. Aku cuba tolak pintu tapi tak berkunci. Dalam library, dua lampu saja yang menyala. Mesti ada pelajar lain yang sedang belajar. Lagipun aku nak gunakan library ni sekejap saja. Jadi aku ambil keputusan untuk masuk. Aku dapatkan meja dan mula mencari buku yang perlu. Sampai satu penjuru, aku terdengar satu suara berbisik. Aku cubaintai suara siapa tapi tak dapat tangkap. Aku ke depan lagi langkahku. Tiba-tiba Razman muncul di depan aku. Library aku tengok sunyi dan tak seorangpun yang belajar. Apa yang Man nak buat kali ini?
“ Ya Allah, Man ni buat orang terkejut ajelah. Apa yang Man buat kat sini?” tanya aku bila pasti yang kat depan mata aku adalah Razman.

“ Min, Min sayangkan Man tak?” tanya Razman sambil merangkul pinggangku dengan erat. Man cuba menarik aku rapat ke dalam pelukannya.
“ Man, apa ni, tak baik Man buat macam ni. Lepaskan Min, kalau ada orang nampak teruk kita kena,”kataku sambil menolak Razman. Razman dah gila ke nak buat kerja macam ni!
“ Kalau benar Min sayangkan Man, Man nak Min buktikan cinta Min untuk Man. Serahkan segalanya pada Man,” makin erat Razman memeluk aku. Razman cuba mencium aku, tapi dengan sekerasnya aku menolak badan Razman. Razman semakin kuat memeluk  aku dan bibirnya hampir mencium bibir aku. Aku jadi hilang pertimbangan dan terus gigit pipi Razman. Razman melepaskan pelukannya kerana kesakitan. Aku tunggu apa lagi terus lari meninggalkan Razman. Dia terus mengejar aku dari belakang.


Siri 8 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

Berhati-hati meletakkan sayang pada orang, Min. Abang Ady Cuma bimbang, sebab tak lama lagi dah nak tinggalkan kampus ni,” aku tunduk dan cuba menahan segalanya. Tapi bicara kami hanya terhenti di situ...
Haruskah aku percayakan cakap Abang Ady tu. Macam mana kalau cerita ni tak benar, tentu Rrazman bencikan  aku kerana menuduhnya yang bukan-bukan. Tapi jika cerita ni benar? Tak ker putih mata aku dibuatnya. Pening kepala fikirkan hal ini. Namun tiada apa yang dapat ku lakukan pada Abang Ady. Sebenarnya aku serba salah...
Semenjak hari itu, aku dah tak jumpa lagi dengan Abang Ady. Sehinggalah Abang Ady tinggalkan kampus ni pun aku tak sempat jumpa dia. Cuma Abang Ady tinggalkan surat untuk aku. Itupun melalui Alice.
‘ Min, Abang Ady minta maaf
Kerana tak dapat jumpa Min buat
Kali terakhir. Bukannya Abang Ady tak ingatkan Min,
Tapi Abang Ady tak nak cari gaduh
Dengan Min lagi. Tentang Razman, biarlah Min tahu sendiri
Dan tak perlu Abang Ady bagitau sekiranya
Min tak mahu mempercayai Abang Ady.
Jika Min ada apa-apa masalah, Min boleh
Hubungi melalui nombor yang  Abang Ady sertakan.
Jaga diri baik-baik. Sebenarnya...Abang Ady sayangkan Min.’
Teristimewa dari:
Suhaidy Sulaiman.
Terima kasih Abang Ady. Min takkan lupakan  jasa-jasa Abang Ady terhadap Min. Surat Abang Ady kusimpan dengan baik sebagaimana Abang Ady menjaga aku selama ini.
Pagi esok, aku keluar dengan Razman. Rindu aku pada Razman tak terhingga dan nampaknya, esok dapatlah kami melepaskan rindu tanpa gangguan. Jam di dinding dah pun menunjukkan pukul 11.30 malam. Tapi aku rasa nak ke library sekejap untuk siapkan kertas kerja aku. Nak ajak Alice, aku tengok dia dah tidur nyenyak.  Kasian pula nak kejutkan dia. Biarlah aku pergi sorang-sorang saja. Untung-untung dapat jumpa Razman di library nanti.

Back     Next

Siri 7 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

Keputusan aku adalah ya! Sememangnya keputusan yang amat mengembirakannya. Tangan aku dikucup mesra sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerimanya. Hubungan aku dengan Razman bukan lagi rahsia di kampus ITM. Alice tumpang gembira bila melihat aku bahagia bersama Razman. Shiena dan Fiza tak ketinggalan mengucapkan tahniah kerana aku berjaya memancing hati Razman. Budak berdua tu suka sangatlah aku berkawan dengan Razman. Apa taknya diorang berpeluang nak tawan hati Abang Ady semula. Namun tak kurang juga yang dengki melihat aku bahagia. Nak tahu siapa?..Oh korang nak tahu ye, tentulah Jan. Selepas kecewa tengok perhubungan rapat  aku dengan Abang Ady, Jan cuba pulak nak pikat Razman, tapi perkara yang sama berlaku. Kini Jan semakin renggang dengan  aku, Shiena juga Fiza.
Bukan saja Jan tapi Abang ady pun semakin menjauhkan dirinya dari aku. Bila aku nak bercakap saja, Abang Ady akan bangun dari tempat duduk dan meninggalkan  aku termanggu seorang diri. Apa hal Abang Ady ni...tentu korang semua pun hairan kan? Aku pun hairan juga..
Dari tahun ke tahun, pelajaran  aku semakin hampir ke penghujungnya. Begitu juga perhubungan  aku dengan Razman, semakin erat bagaikan tak dapat nak dipisahkan lagi. Sayang aku pada Razman, kawan-kawan dan kampus ini semakin mendalam. Tapi sayang aku pada Razman leebih, lebih dan lebih mendalam lagi.
Dalam aku mengecapi bahagia di perjalanan ke kampus, aku dikejutkan dengan satu berita yang mungkin merenggangkan perhubungan  aku dengan Razman.
“ Min, Abang Ady nak cakap sikit. Setakat ni sejauh mana perhubungan Min dengan Razman?” tanya Abang Ady suatu hari ktika aku baru balik dari kuliah. Dari cara Abang Ady bercakap jelas menunjukkan bahawa Abang Ady serius. Aku pun tak berani nak buat lawak.
“ Abang Ady...Min sayangkan Razman dan juga Abang Ady. Tapi kenapa dah lama Abang ady cuba melarikan diri dari Min? Abang Ady macam tak suka Min kawan dengan Razman.”
“ Min tak tahu pasal Razman. Bukannya Abang Ady tak bagi Min kawan dengan Razman. Tapi Abang Ady bimbang Min dikecewakan Razman tu...perempuan keliling pinggang. Entah yang keberapa Min ni. 


Back     Next

Siri 6 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

Apa hal pulak Abang Ady ni, aku tanya pun ttak boleh. Yang dia nak halang aku dari nak berkawan dengan budak tu apa pasal? Itu aku punya pasallah nak berkawan dengan siapa pun! Abang Ady tak ada hak nak halang aku. Tapi rasa tak puas hati tu aku tak luahkan terus pada Abang Ady, nanti aku kena lagi teruk dan surat itu Abang Ady buang dalam tong sampah. Shit!!
Dalam seminggu, aku terima tujuh pucuk surat. Semua surat itu aku dah tak tunjukkan lagi pada Abang Ady. Bila dia tanyakan tentang surat tu, aku jawab, aku dah tak terimanya lagi. Hati aku senang sekali bila melihaAbang Ady senyum. tTapi aku hairan juga kenapa Abang Ady marah sangat pasal surat tu..
Suatu hari datang bertamu di tepi pintu datang satu bungkusan untukku. Wau...musical box. Siapa yang bagi ni maAda sekeping kad yang diselitkan bersama-sama.


‘Terimalah pemberian ikhlas dariku dengan harapan
Hatiku diterima untuk mengisi kekosongan di hatimu,
Sharmin. Sekiranya Sharmin terima hadiah ini dan juga hatiku,
Sudikah kiranya kita berjumpa malam ni di library.’  
Jejaka berbaju biru

Nampaknya hadiah ni nak pujuk akulah ye. Nak jumpa ke tidak dengan pengirim misteri ni? Aku rasa lebih baik jumpa supaya a ku boleh tahu  apa tujuannya melakukan semua ini. Yes! Malam ni di library!
Tak ku sangka, si pengirim surat ini memang pernah aku jumpa. Kat dalam library kali pertama dulu. Dia ni lah yang ketawakan aku sebab buku-buku penuh kat meja aku. Ooo..kau ketawakan aku tapi dalam diam-diam kau ada hati kat aku ye.. Tapi pandai juga dia ambil hati dengan mengirimkan surat bermadah dan juga hadiah yang amat aku suka.
“Maafkan Man sekiranya kedatangan surat Man menganggu Min nak belajar. Man dah tak  tahu macam mana nak luahkan  perasaan pada Min. Sekarang Man akan berterus-terang yang Man nak jadikan Min sebagai penyeri hidup Man. Terpulanglah pada Min sama ada nak terima atau tidak . Tapi Man benar-benar berharap,” luahan hati Razman semasa berjumpa di library tempoh hari. Bila difikirkan, aku tak dapat menolak hati aku untuk menerima  Razman dalam hidupku ini. Uh!


Siri 5 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

“ Tak pe, Abang Ady faham. Emm.. kalau tak keberatan boleh Abang Ady tolong,” tujuannya diusulkan dan disusuli dengan senyuman. Hai..cair lagi nampaknya  aku ni. Macam tu lah baru handsome. Er...apa tadi? Abang Ady nak tolong siapkan kerja aku?Cantik..tuah datang bergolek-golek..sapu..
“ Min, ada satu projek yang Min tak dapat siapkan sebab tak berapa faham. Abang Ady boleh tolong yek?”
“ Boleh, untuk Min apa saja Abang Ady sanggup buat,” aku terus tersenyum senang. Hatiku berbunga-bunga, bunga ros merah gitu. Warna purple tak de ye...Ingat tu Abang Ady.
Hari demi hari, perhubungan aku dengan Abang Ady semakin erat. Abang Ady banyak tolong aku sebab dia senior dalam jurusan seni lukis dan senireka. Apa yang aku tak tahu, Abang Ady tolong ajarkan. Jan, Shiena dan juga Fiza mula menyimpan perasaan dengki dekat aku. Mana taknya, Abang Ady sebelum injunior-junior perempuan termasuklah mereka bertiga. Tapi akhirnya Abang Ady lebih rapat dengan aku. Keputusan peperiksaan aku kebanyakannya lebih baik daripada mereka. i menjadi rebutan Sebab itulah mereka lebih banyak cemburukan aku dalam segala hal. Apa-apapun ini semua bergantung pada hasil ketekunan aku dan tunjuk ajar dari Abang Ady.
Suatu hari, aku telah menerima sepucuk surat dari seseorang yang tidak aku kenali. Isi suratnya berbunyi  agak pelik. Lebih kurang nak berkenalanlah maksudnya. Sikit punya berbunga Mat yang hantar surat ni, siap dengan madah lagi you..
Nama sebenarnya tidak pulak diberikan, kononnya admirelah, tapi Mat bunga ni bagitau dia selalu nampak aku kat library dan selalu pakai baju berwarna biru. Ini nak kena siasat ni...
Suratnya aku tunjukkan pada Abang Ady, bukan apa, manalah tahu kot-kot Abang Ady kenal siapa orang tu. Tapi reaksi Abang Ady berlainan bila baca surat tu. Muka, Ya Allah...takut nak tengok...Bila aku tanya Abang Ady siapa orang tu, Abang Ady cakap dia tak kenal dan tak tahu apa-apapun. Dah tu siap bagi amaran kalau aku cuba layan budak yang hantar surat tu.


Siri 4 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam

Semenjak belajar dan masuk ke dewan kuliah, banyak sangat kertas kerja yang harus disiapkan. Kawan sekuliah  aku, Rosfarizan, haslina dan Norafiza pun pening kepala macam aku juga. Untuk siapkan kertas kerja yang berlonggok, kami terpaksaberjaga sampai lewat pagi dan menghabiskan masa lapang di library. Tapi yang aku tak sukanya, kawan-kawan sekuliah aku tadi. Bila diorang dah habiskan kerja, diorang langsung tak nak tolong aku. Buat kertas kerja pun diam-diam. Ala...bukannya aku nak tiru, tapi sekurang-kurangnya boleh berbincang. Taak pe kalau korang susah, jangan cari aku..Jadi malam ni aku terpaksa ke library seorang diri.
Buku manayang berkaitan aku ambil saja., sampaikan penuh buku aku dengan buku-buku. Pelajar lain yang ada kat situ pandang aku lain macam saja. Lantak koranglah, janji kerja aku siap. Tapi macamana nak selesaikan kerja ni, sedangkan aku tak faham konsepnya. Hemm..macamana aku belajar sampaikan tak tahu konsep yang digunakan . Hentam sajalah beb..
“ Banyak buku Min sampaikan tak nampak muka?” alamak..siapa pulak yang buat lawak bodoh ni. Aku takde masa nak layan lawak tengah malam, kerja aku pun tak habis lagi.
“ Kalau banyak pun, Min tak ganggu orang,” perli aku tanpa mengangkat muka. Dengan kerja yang banyak, satu saat pun amatkah berharga bagi aku.Sebab tu lah aku tak  angkat muka. Nak angkat muka pun kena ambik masa satu saat tau... tangan aku tak berhenti menulis, malah mulut pun tak berhenti membebel seorang diri.
“ Amboi tekunnya menulis, sampaikan tak nak tengok muka Abang Ady lagi. Tak apalah, abang mintak maaf kalau mengganggu,” alamak, dia sebut nama Abang Ady lah. Tanpa menghiraukan masa yang aku anggap peting, aku panggungkan kepala dan melihat Abang ady dah pun melangkah meninggalkan meja tempat aku duduk. Hai..teruk betul mulut aku ni kata macam tu kat Abang Ady, dahlah Abang Ady banyak tolong aku.
“Abang Ady, tunggu dulu,” panggil aku sambil mengejarnya. Bila dengar aku panggil, Abang Ady terus berhenti dan menoleh ke arahku.
“ Min tak bermaksud nak cakap macam tu dekat Abang Ady. Lagipun Min tengah pening kepala fikirkan kerja yang banyak. Dah tu banyak pulak yang Min tak faham. Min mintak maaf banyak-banyak ye Abang Ady?”rayu aku sebab terkasar bahasa. Sejak bila pulak mulut  aku ni pandai cakap kasar dengan orang. Takkan rugi kalau berbuat baik dengan orang walaupun orang itu kita tak kenal.

Back      Next

Siri 3 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam
Ya Allah, tolonglah hambamu ini. Amin...Dengan langkah yang berat aku teruskan langkah menuju ke dewan tanpa banyak bicara.
“ Macam mana Min, cukup ke tak tandatangan yang disuruh carikan?” satu suara telah menyapa aku dari arah belakang. Cukup kepala hotak kau! Kat dalam hati  aku ini macam nak gugur jantung sebab aku takut kena denda. Suara siapalah yang berani tegur aku masa ni ha...
“ Oh, Abang Ady, Min ingatkan siapa tadi. Abang Ady, macam mana Min nak buat ni, tak cukup lagi satu. Min takutlah,” aku cuba minta simpati dari abang Ady. Mana tahu abang Ady boleh tolong aku carikan satu lagi nama. Tentu abang Ady kenal dengan ramai orang yang pangkal nama sama dengan  aku. Untung-untung dapat lari dari kena denda.
La..aku minta tolong dia, tapi dia asyik pandang aku saja. Apa hal pulak abang sorang ni. Kalau nak minta tolong , kena mintak tilik dulu ke?
“ Abang Ady, macammana ni?” aku kuatkan  sikit suara aku. Orang nak mintak tolong dia, tapi dia asyik tengok muka orang saja.  Aku ‘fire’ karang, hangit...
“ Oh, maaf, Min maaf kalau abang Ady renung muka Min tanpa izin Min. Tapi ikhlas Abang Ady katakan yang Min ni memang cantik dan cute,” maaf dipinta dengan senyuman yang bisa mencairkan hati a ku.
‘Alamak, cair aku dibuatnya bila tengok Abang Ady senyum. Kalau macam ni tiap-tiap hari boleh kenyang perut aku, tak payah pergi cafe..’
“ Ala..Abang Ady ni puji lebih-lebih pulak. Ni, tandatangan yang tak cukup satu lagi ni macam mana?” tanya aku sambil kontrol aku punya muka. Mana taknya, kena puji, tapi aku taklah tunjuk yangaku bangga bila orang kata aku ni ‘cute’ dan cantik.
“ Okeylah, tapi kalau Abang Ady tolong, Min jangan cakap dengan orang yang abang Ady tolong Min okey? Bukan apa, nanti diorang kata abang pilih kasih pulak.” Bisik Abang Ady ke telinga  aku menawarkan pertolongan. Abang Ady terus mengambil kertas yang penuh dengan tandatangan dan menurunkan tandatangannya di tempat yang ke 20. Aku hairan juga bila Abang Ady tandatangan sebab a ku tak tahu nama Abang Ady yang sebenarnya bermula dengan huruf S. Rupa-rupanya nama sebenar Abang Ady Suhaidy Bin Sulaiman. Terima kasih Abang Ady...Min takkan lupa jasa baik abang Ady sebab tolong Min.
Kini, selesai sudah minggu orentasi. Lega rasanya bila aku dapat habiskan enam hari berorentasi. Aku juga tak lupa mengucapkan terima kasih pada Alice kerana banyak memberikan  aku semangat dalam menghadapi hari-hari orentasi.
Sekarang aku hanya perlu menghadiri kuliah dan menyiapkan kertas kerja yang diberikan pensyarah. Bila dah mula belajar, kepala aku ni asyik naik pening sebab terpaksa bertemu dengan benda-benda baru. Apa tidaknya, aku tak pernah jumpa dengan benda-benda macam ni. Waktu sekolah menengah dulu , cikgu tak ajar. Eh, eh salahkan cikgu pulak. Memang betul  ape! Tapi aku memang minat melukis, sebab itulah aku ambil bidang ini sebagai pilihan untuk empat tahun.

Back     Next

Friday 28 September 2012

Siri 2 ( SKS )


Sebening Kasih Semalam ( 2 )

Memang, memang dah aku jangkakan, makin teruk aku dikerjakan. Semakin hari, minggu orentasi ini makin teruk dan gila kerjanya.

“ Abang, mana Min nak cari ni? Kat sini mana Min kenal orang lagi,” Tanya  aku bila aku dan junior-junior lain diberikan tugasan baru.
Lagi satu kerja gila. Kami budak junior disuruh mencari tandatangan senior yang pangkal nama mereka sama dengan pangkal nama masing-masing. Nama aku Sharmin, jadi aku kena cari senior yang nama mereka bermula dengan huruf S. Dah tu, masa yang diberikan Cuma sejam saja.Mana  cukup. Senior-senior ni mesti bangga bila junior minta tandatangan mereka. Hi…sakitnya hati aku…

“ Ala…orang kat sini ramai. Min boleh Tanya satu kampus, mesti ramai yang nama mereka bermula huruf S. Tapi Abang Ady Cuma nak 20 tandatangan saja, tapi kalau Min boleh dapatkan lebih dari itu, lagi bagus,” peril Abang Ady, ketua minggu orentasi. ‘ Senyum macam kambing, karang aku tarik misai tu baru tau! Taka da hati perut langsung!’
“ Okey, kalau tak adaapa-apa masalah, adik-adik semua bolehlah mulakan tugasan. Tapi ingagt, semua kena berkumpul di sini dalam masa satu jam dari sekarang, bersertakan 20 tandatanggan. Kalau tak cukup, hukuman sedang menanti,” speker Kak Eton dahpun beerbunyi memberikan arahan. Leceh betul Kak seniorni, diorang lebih cerewet dari abang-abang senior. Mestilah jeles tu, sebab adik-adik junior dapat perhatian dari abang-abang senior. Yang dah senja macam diorang, tolak ke tepilah…

Macam lembu yang ditarik hidung, kami semua ikut seperti apa yang  diarahkan. Abang-abang dan kakak-kakak senior yang lalu kena tahan punya untuk ditanyakan nama.Ada yang baik da nada juga yang ttak nak layan kami. Malu muka ni tak tahulah macam mana nak gambarkan. Tapi kalau tak buat, takut kena denda. Jadi, terpaksalah…

“ Jan, dah berapa tandatangan yang kau dapat?” soal aku. Jan senyum puas hati.
“ Aku dah cukup 20 Min. Nasib baik ramai yang nama sama huruf macam aku. Kau pulak macam mana Min? Kita dah taka da masa ni. Semua  aku tengok dah balik ke dewwan,” Tanya Rosfarizan. Cewaahhh…dah cukup banggalah tu, tapi tak pe…
Tapi macam mana pulak dengan aku? Mampuslah kali ni, tandatangan tak cukup lagi satu. Mana nak cari ni. Yang Jan  si mangkuk ni dah kelam kabut ajak aku balik ke dewan. Lepas  ni siiaplah aku dikerjakan.

Back     Next

Sebening Kasih Semalam ( SKS )


Hasil Nukilan: Fiona SLR, Jitrah Kedah
Penat Menaip: Fairmummy

*****
Sebening Kasih Semalam ( 1 )

Aku bukannya banggakan diri. Aku memang seorang anak gadis yang manja dan mengada-ngada. Dari dulu sikapku macam tu. Maklumlah anak perempuan tunggal dalam keluarga. Bila aku hadapi masalah macam ni memang aku tak dapat hadapi seorang  diri. Kerana dalam waktu yang sama, aku perlu mendapatkan Ijazah Seni reka dan Seni Lukis. Aku terpaksa terima semuanya dengan rela meskipun nyaris nak gila.
“ Aku tak kira! Aku kata nak balik, nak baliklah…” jerit  aku di malam ketiga aku disini, jauh beribu batu dari mama dan papa. Mana taknya, rumah aku di Pulau Pinang sedangkan  aku ni diletakkan jauh di ITM Shah Alam. Korang kata tak jauh lagi…Alamak, jauhnya sebab aku tak Nampak muka papa dan mama. Kalau dekat tentu aku Nampak, ini tak pun…Tolong lah aku…
“ Sharmin, Sabarlah..Lagi tiga hari, habis lah semua ni. Kau kena tabahkan hati untuk hadapi cabaran bila berada jauh dari keluarga. Kau bukannya nak duduk di sini seminggu atau dua, tetapi untuk empat tahun. Kalau tak tahanuntuk enam hari, macam mana kau nak habiskan pengajian kau tu?” pujuk room mate sambil memelukku. Alice, satu-satunya gadis yang tahu segala-galanya.
“ Itu Min tahulah, Alice. Memang inilah impian mama,papa dan juga impian  Min sendiri nak dapatkan Ijazah tu. Tapi kenapa kita harus melalui cabaran macam ni, sedangkan kita dating sini nak belajar,” terangku sambil memuncungkan mulut. Merajuklah tu bila kena buli sikit. Tapi memang aku tak tahan. Rasa macam nak cekik-cekik senior siang tadi. Geramnya aku…
“ Ini memang adat kalau kita dapat melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi. Kat mana pun sama saja Min. Mereka lakukan ini semua Cuma nak kita tahan dengan apapun cabaran sebab kat sini kita ttak ada mak bapak. Jadi semua masalah kita kena ‘settle’kan sendiri. Dulu, masa Alice mula-mula masuk kena macam ni jugak. Tapi bila habis saja minggu orentasi, barulah Alice tahu tujuan sebenarnya.,” terang Alice yang dah dua semester kat ITM ni.
Minggu orentasi memang ditakuti oleh junior  macam  aku. Apa taknya, siang tadi aku disuruh mengira daun-daun kering yyang gugur di blok asrama lelaki. Tak ke kerje gile, tak pernah dibuat orang masuk asrama lelaki, dah tu disuruh nya kira daun gugur. Dah tak de kerje lain lagi ke yang nak dibuat. Apa pulak yang disuruhnya aku buat siang esok…’Hai malam, janganlah kau tinggalkan aku.’ Dengan air mata yang masih belum kering, aku terlelap menantikan hari esok yang bakal menjelmakan dirinya.

Back     Next

Wednesday 19 September 2012

Semakan baki SSPN melalui SMS


Haha..ni bukan tutorial blog, ni adalah cara untuk buat semakan SSPN melalui SMS...Saja nak letak sini sebagai rujukan ... For me n for U all also

Untuk semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:

PTPTN SSPN<JARAK>NO AKAUN SSPN

Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986
dan hantar ke 33199


Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPIN<JARAK>NOKP

Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636
dan hantar ke 33199


Untuk semakan status permohonan pertukaran Ujrah di PTPTN:
PTPTN UJRAH <NOKADPENGENALAN> <NOPIN>
Contoh: PTPTN UJRAH 720222025402 25344
dan hantar ke 33199

Untuk semakan penawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)  di PTPTN:
PTPTN WPP <NOKP>
Contoh: PTPTN WPP 800917085428dan hantar ke 33199



Caj 50 sen akan dikenakan bagi setiap SMS.
Beroperasi 24 jam sehari.

Tuesday 18 September 2012

Penjagaan wajah


  • Gunakan masker dari bahan semulajadi seperti madu dan telur putih untuk menghalus dan melembutkan kulit. Timun dan tomato juga baik untuk wajah.
  • Jangan tidur dengan gincu di bibir. Bersihkan bibir dengan mencucinya. Sapukan mantega, madu atau  minyak zaitun sebelum tidur. Urutkan bibir perlahan2.
  • Cucu wajah dua kali sehari sudah memadai. Jangan gunakan air panas kerana ia akan mengeringkan kulit muka. Air sejuk pula menyukarkan solekan dibersihkan.
  • Basahkan rambut dan sapukan setengah cawan minyak zaitun, biarkan selama setengah jam supaya vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun meenyerap ke rambut. Selepas itu, basuh rambut dengan syampu.
  • Selepas mencuci muka, kulit perlukan penyegar untuk mengecilkan pori-pori wajah. Pilihan penyegar yang terbaik ialah penyegar dengan formula asid glikolik dan 'chamomile' yang kaya dengan anti oksida serta tidak mengeringkan kulit.
  • Pilihan pelembab wajah yang mengandungi khasiat lidah buaya dan vitamin E sesuai untuk menghidrasi kulit.
  • Minum banyak air  suam atau mineral kerana ia membantu pembuangan toksin badan dan dapat menjaga kesihatan kulit serta membakar kalori.
  • Elakkan selalu berjaga di waktu malam kerana  tidur yang secukupnya akan menyihatkan kulit dan membantu mengurangkan kesan penuaan
  • Selalu tersenyum dan ketawa kerana ia adalah petua awet muda  yang paling mudah di amalkan selain ia juga baik untuk kesihatan yang menyeluruh.
  • Tidak merokok. Asap rokok dan bahan kimia yang terkandung di dalam rokok hanya akan mengeringkan kulit dan mempercepatkan penuaan.
  • Kulit mudah menjadi kusam terutamanya pada bahagian siku, lutut dan tumit. Cara semulajadi membuang sel kulit mati adalah denggan menggunakan beras dan biji gandum.
  • Jika anda mempunyai jerawat, gunakan krim cucian dari ekstrak limau nipis. Tetapi sekiranya anda berkulit kering, gunakan krim cucian yang berasaskan lidah buaya dan madu.

Thursday 13 September 2012

Memasukkan Top Video dari Youtube ke dalam blog

Selamat petang everyone..first of all..thanks a lot kerana sudi datang sini.. ari ni I akan buat tutorial tentang cara untuk memasukkan Top Video dari Youtube ke dalam blog .. ni sesuai sangat2 terutamanya tuk U all yang fanatik gila kat seseorang artis... bolehlah letak nama artis tu sahaja dalam keywords U all nanti supaya video U all tak keluar artis lain...hmmm..


Okey la..lets get started...ikut step ni;

1. Design> Layout > Add a Gadget 
2. Scroll ke bawah dan cari Video Bar..kemudian klik seperti di bawah;


3. Isikan apa2 saja yang U all nak di bahagian ni..


4. Dah puas hati jangan lupa klik Save..

Selesai...
Selamat berblog sambil menonton video... :)

Cara Memasukkan video Youtube dalam blog post

Hi again.. I baru saja masukkan video Laki2 melahirkan anak dari Youtube..so sebelum I lupa stepnya, I masukkan terus dalam tutorial untuk rujukan akan datang n untuk U  all yang masih tak tahu cara untuk memasukkan video Youtube ke dalam blog post...

Mula2 mestilah cari video dalam Youtube dulu kan...

Step ;

1. Cari perkataan share di bahagian bawah video tersebut..dah jumpa... klik Share



2. Klik EMBED untuk mendapatkan kod/script video tersebut


3. Masuk New Post blog U all kemudian klik pada HTML seperti dalam bulatan merah di bawah
4. Pastekan kod/ script yang U all copy tadi



5. Klik Compose untuk melihat video tersebut..Haa..dahh masuk punnn...




Selamat bereksperimen ... 
Terima kasih datang sini
 lain kali datang lagi... :)