Fairmummy.blogspot.com

Thursday, 4 October 2012

Sebening kasih Semalam ( Siri 10 )


Sebening kasih Semalam

“ Min, tunggu Man. Biar Man jelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Dengar dulu penjelasan Man..” jerit Man dari jauh sambil mengejar aku.
“ Apa lagi yang Man nak jelaskan. Man cuba rosakkan hidup Min. Man memang tak sayangkan Min, kalau benar Man sayangkan Min, Man tak sanggup lakukan ini pada Min,” aku bersuara lantang untuk mengelakkan Razman dari melakukannya semula.
“ Memang benar apa yang Min dengar tentang Man. Selama ini Min pekakkan telinga dan tak percaya apa yang orang katakan tentang Man sebab Min sayang dan cintakan Man. Tak sangka Man sanggup bunuh kepercayaan Min terhadap Man. Sudahlah Man, mulai hari ini lelaki bernama Razman tidak lagi wujud dalam hidup Min. Sesungguhnya Sharmin Bte Izaudin tidak pernah mencintai Razman Bin Baharin,” kata terakhir aku luahkan sebagai tanda perpisahan. Aku bencikan Razman...
Mata aku mulai bengkak kerana banyak menangis. Bila laci meja dibuka, aku ternampak surat Abang Ady. Aku teringat kembali pesanan Abang Ady dan rasa menyesal serta malu mula menyelubungi diri kerana tidak percayakan cakap Abang Ady. ‘Min minta maaf...”
Aku tak dapat teruskan pelajaran dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelifon Abang Ady. Habis saja kuliah aku menuju ke public phone dan nombor handsate Abang Ady terus saja aku dail.
“ Assalamualaikum, Abang Ady ke tu?” salam sebagai pembuka bicara. Aku rasa gementar sangat-sangat. Tapi aku rindukan suara Abang Ady. Adilkah sikap aku begitu? Sudahlah gagal menilai antarakaca dan permata, sekarang menagih simpati pula pada yang disingkir.
“ Waalaikumussalam, ya Abang Ady bercakap. Siapa tu?” tanya Abang Ady setelah menjawab salam. Rupanya suara aku pun dia dah lupa. Sedihnya... Bagaimana kalau Abang Ady sudah...Ah! Tak mungkin, aku tahu Abang Ady setia dan berpegang pada janji.
“ Abang Ady, tolong Min...Min..” aku tak dapat meneruskan bicara, hanya tangisan yang kedengaran. Aku sudah tidak mampu menahan perasaan.
“ Kenapa ni Min? Er...tak pe, Min tunggu Abang Ady dekat depan gate, pukul 4.30 nanti, Abang Ady datang jemput. Tunggu Abang Ady tau.!”
Tepat pukul 4.30 petang, kereta Honda Civic milik Abang Ady berwarna purple muncul di depan mata aku. Aku masuk ke dalam kereta tanpa memandang Abang Ady. Aku malu untuk bersemuka dengannya. Tapi ini sajalah jalan yang mampu ku pilih untuk meleraikan segala kekusutan di fikiran. Kereta Abang Ady meluncur laju menuju ke suatu tempat yang tak pernah ku jejaki. Tapi ternyata di situ suasananya amat tenang.

Back      Next

No comments:

Post a Comment