Fairmummy.blogspot.com

Thursday, 4 October 2012

Sebening Kasih Semalam ( Siri 11 )


Sebening Kasih Semalam

“ Kenapa ni Min? Cakaplah apa masalah Min, kalau-kalau Abang Ady boleh tolong,” pujuk Abang Ady setibanya kami di tempat tersebut. Di situ aku lihat ramai pasangan kekasih sedang menikmati keindahan sambil bermadu kasih. Hatiku jadi sedih tiba-tiba. Ah...
“ Kenapa, Min ada masalah dengan Razman ke?” tanya Abang Ady tenang, bagai sudah menjangka. Soalannya yang pertama pun belum kujawab lagi.
“ Abang Ady, Razman cuba...cuba...” kata-kataku terhenti dan tangisan mula menyusul kerana terkenangkan nasib aku yang nyaris-nyaris jadi mangsa Razman.
“ Abang Ady dah jelaskan semua ini dulu. Tapi Min tetap tak percayakan Abang Ady. Dah beritahu Dekan?” soal Abang Ady setelah tangisanku mulai reda.
“ Belum, sebab Razman tak sempat nak buat apa-apa pada Min...Min dapat lepaskan diri,” jawabku dengan nada yang perlahan. Lega rasanya Abang Ady tak persoalkan hal tu lagi.
“ Sudahlah Min. Jangan difikirkan hal tu lagi. Yang penting Min selamat,” aku nampak kepiluan di wajahnya. Mungkin kesal dengan sikap degilku selama ini terhadapnya. Tapi tak sudikah dia menerimaku semula atau sekurang-kurangnya memelukku untuk meredakan perasaan ini? Ah! Keterlaluan ke permintaan aku ini? Lama juga waktu dibiarkan berlalu.
“ Abang..”
“ Min..” begitu jelas antara kami begitu memerlukan. Seakan faham, kami akhirnya saling berpelukan. Dan aku berasa begitu selamat di samping Abang Ady. Aku dapat rasakan kasih sayangnya mengalir ke dalam tubuhku. ‘ Abang Ady..’ jeritku dalam hati tanda kesyukuran. Bila dapat, sukarnya untukku lepaskan pelukan Abang Ady. Namun setelah menyedarinya, aku jadi amat malu sekali. Kenapa tergamaknya aku lakukannya pada Abang Ady yang selama ini ku hormati? Senyuman keramat lelaki itu akhirnya meredakan perasaanku.
Seketika aku merasakan ada satu benda logam disarungkan ke jari manisku. Dia menganggukkan kepalanya seolah-olah meminta kepastian dariku.
“ Abang Ady..” sekali lagi aku jatuh dalam pelukannya. Kali ini lebih yakin kerana cincin berlian itu menunjukkan hasrat Abang Ady yang setia menunggu dan menyayangiku.
“ Abang Ady, Min...Min..”
“ Tak perlu Min jawab dengan perkataan, kalau Min terima lamaran Abang Ady, cukup dengan senyuman saja,” lalu senyuman paling manis ku hadiahkan pada Abang Ady. Ku tahu dirinya benar menyintaiku. Semoga aku bahagia bersama Suhaidy  Sulaiman..

Back     Next

No comments:

Post a Comment