Sebening Kasih Semalam
Ya
Allah, tolonglah hambamu ini. Amin...Dengan langkah yang berat aku teruskan langkah
menuju ke dewan tanpa banyak bicara.
“
Macam mana Min, cukup ke tak tandatangan yang disuruh carikan?” satu suara
telah menyapa aku dari arah belakang. Cukup kepala hotak kau! Kat dalam
hati aku ini macam nak gugur jantung
sebab aku takut kena denda. Suara siapalah yang berani tegur aku masa ni ha...
“
Oh, Abang Ady, Min ingatkan siapa tadi. Abang Ady, macam mana Min nak buat ni,
tak cukup lagi satu. Min takutlah,” aku cuba minta simpati dari abang Ady. Mana
tahu abang Ady boleh tolong aku carikan satu lagi nama. Tentu abang Ady kenal
dengan ramai orang yang pangkal nama sama dengan aku. Untung-untung dapat lari dari kena
denda.
La..aku
minta tolong dia, tapi dia asyik pandang aku saja. Apa hal pulak abang sorang
ni. Kalau nak minta tolong , kena mintak tilik dulu ke?
“
Abang Ady, macammana ni?” aku kuatkan
sikit suara aku. Orang nak mintak tolong dia, tapi dia asyik tengok muka
orang saja. Aku ‘fire’ karang, hangit...
“
Oh, maaf, Min maaf kalau abang Ady renung muka Min tanpa izin Min. Tapi ikhlas Abang
Ady katakan yang Min ni memang cantik dan cute,” maaf dipinta dengan senyuman
yang bisa mencairkan hati a ku.
‘Alamak,
cair aku dibuatnya bila tengok Abang Ady senyum. Kalau macam ni tiap-tiap hari
boleh kenyang perut aku, tak payah pergi cafe..’
“ Ala..Abang
Ady ni puji lebih-lebih pulak. Ni, tandatangan yang tak cukup satu lagi ni
macam mana?” tanya aku sambil kontrol aku punya muka. Mana taknya, kena puji,
tapi aku taklah tunjuk yangaku bangga bila orang kata aku ni ‘cute’ dan cantik.
“
Okeylah, tapi kalau Abang Ady tolong, Min jangan cakap dengan orang yang abang
Ady tolong Min okey? Bukan apa, nanti diorang kata abang pilih kasih pulak.”
Bisik Abang Ady ke telinga aku
menawarkan pertolongan. Abang Ady terus mengambil kertas yang penuh dengan tandatangan
dan menurunkan tandatangannya di tempat yang ke 20. Aku hairan juga bila Abang
Ady tandatangan sebab a ku tak tahu nama Abang Ady yang sebenarnya bermula
dengan huruf S. Rupa-rupanya nama sebenar Abang Ady Suhaidy Bin Sulaiman.
Terima kasih Abang Ady...Min takkan lupa jasa baik abang Ady sebab tolong Min.
Kini,
selesai sudah minggu orentasi. Lega rasanya bila aku dapat habiskan enam hari
berorentasi. Aku juga tak lupa mengucapkan terima kasih pada Alice kerana
banyak memberikan aku semangat dalam menghadapi
hari-hari orentasi.
Sekarang
aku hanya perlu menghadiri kuliah dan menyiapkan kertas kerja yang diberikan
pensyarah. Bila dah mula belajar, kepala aku ni asyik naik pening sebab
terpaksa bertemu dengan benda-benda baru. Apa tidaknya, aku tak pernah jumpa
dengan benda-benda macam ni. Waktu sekolah menengah dulu , cikgu tak ajar. Eh,
eh salahkan cikgu pulak. Memang betul
ape! Tapi aku memang minat melukis, sebab itulah aku ambil bidang ini
sebagai pilihan untuk empat tahun.
No comments:
Post a Comment