Sebening Kasih Semalam
Keputusan
aku adalah ya! Sememangnya keputusan yang amat mengembirakannya. Tangan aku
dikucup mesra sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerimanya. Hubungan aku
dengan Razman bukan lagi rahsia di kampus ITM. Alice tumpang gembira bila
melihat aku bahagia bersama Razman. Shiena dan Fiza tak ketinggalan mengucapkan
tahniah kerana aku berjaya memancing hati Razman. Budak berdua tu suka
sangatlah aku berkawan dengan Razman. Apa taknya diorang berpeluang nak tawan
hati Abang Ady semula. Namun tak kurang juga yang dengki melihat aku bahagia.
Nak tahu siapa?..Oh korang nak tahu ye, tentulah Jan. Selepas kecewa tengok
perhubungan rapat aku dengan Abang Ady,
Jan cuba pulak nak pikat Razman, tapi perkara yang sama berlaku. Kini Jan
semakin renggang dengan aku, Shiena juga
Fiza.
Bukan
saja Jan tapi Abang ady pun semakin menjauhkan dirinya dari aku. Bila aku nak
bercakap saja, Abang Ady akan bangun dari tempat duduk dan meninggalkan aku termanggu seorang diri. Apa hal Abang Ady
ni...tentu korang semua pun hairan kan? Aku pun hairan juga..
Dari
tahun ke tahun, pelajaran aku semakin
hampir ke penghujungnya. Begitu juga perhubungan aku dengan Razman, semakin erat bagaikan tak
dapat nak dipisahkan lagi. Sayang aku pada Razman, kawan-kawan dan kampus ini
semakin mendalam. Tapi sayang aku pada Razman leebih, lebih dan lebih mendalam
lagi.
Dalam
aku mengecapi bahagia di perjalanan ke kampus, aku dikejutkan dengan satu
berita yang mungkin merenggangkan perhubungan
aku dengan Razman.
“
Min, Abang Ady nak cakap sikit. Setakat ni sejauh mana perhubungan Min dengan
Razman?” tanya Abang Ady suatu hari ktika aku baru balik dari kuliah. Dari cara
Abang Ady bercakap jelas menunjukkan bahawa Abang Ady serius. Aku pun tak
berani nak buat lawak.
“
Abang Ady...Min sayangkan Razman dan juga Abang Ady. Tapi kenapa dah lama Abang
ady cuba melarikan diri dari Min? Abang Ady macam tak suka Min kawan dengan
Razman.”
“ Min tak
tahu pasal Razman. Bukannya Abang Ady tak bagi Min kawan dengan Razman. Tapi
Abang Ady bimbang Min dikecewakan Razman tu...perempuan keliling pinggang.
Entah yang keberapa Min ni.
No comments:
Post a Comment