Fairmummy.blogspot.com

Thursday 26 July 2012

Siapa yang rampas cintamu ( Siri3 )

" Kalaupun kau marahkan aku, janganlah kau baling gambar ni pulak. Dengar Rin, aku tak tahu apa-apa pasal apa yang kau cakap tadi. Aku rasa aku nak balik dulu. Nanti bila kau dah tak marah lagi, aku nak bincang perkara ni dengan kau." Aku meletakkan gambar jejaka pujaan Farina itu diatas meja lalu melangkah keluar. Tak guna rasanya bercakap dengan orang yang sedang dikuasai api amarah.

Sedang aku menyarung kasut, Farina bingkas bangun lalu meluru ke pintu. " Nah, ambiklah!!" aku tak hingin! Dasar perampas!" aku berasa ada sesuatu yang dibaling tepat mengenai mukaku lalu jatuh kebawah di hujung kakiku. Aku tunduk memungutnya. Kasihan, gambar itu tidak berdosa. 

Tum! Pintu ditutup keras. Aku menutup suis lampu bilik. Sejalur cahaya lampu koridor menyusup masuk di celahan daun pintu. Di luar, malam semakin pekat. Terkebil-kebil biji mataku mendongak siling. Fikiranku melayang pada Farina. Sudah lenakah dia diulit mimpi atau dia masih merepek yang bukan-bukan tentang aku?.

Ah, Farina! gadis tidak banyak bercakap itu rupanya garang seperti harimau bila marah. Kawan baikku itu yang mengikuti pengajian di Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan dan pernah berkongsi bilik semasa kami di tahun pertama tiba-tiba berlagak seperti aku ini musuhnya. Kenapa Farina? apa salah aku?...

Belum habis lg tau...
Ikuti sambungan seterusnya...

No comments:

Post a Comment