Fairmummy.blogspot.com

Saturday 28 July 2012

Siapa Rampas Cintamu (Siri 9)


Aku tahu aku juga bersalah kerana kurang berhati-hati memilih kawan. Biarlah semalam berlalu pergi, tiada untungnya memanjang-manjangkan perkara yang sudah lepas. Aku perlu bersiap untuk merempuh masa depan yang lebih mencabar. Biarlah Allah saja yang menentukan hukuman untuk hamba-hambanya.

Sehari demi sehari,  aku semakin sibuk dengan ulangkaji. Final exam semakin hamper. Demi masa depan, aku harus mengenepikan segala kenangan pahit itu. Hinggalah suatu petang Hafiz tiba lewat 25 minit di library. Sepatutnya diskusi Ekonomi untuk Pengurusan kami telah bermula sejak dua jam tadi. Aku tidak pula memarahi Hafiz atas kelewatan itu kerana kulihat keadaannya sedikit tidak menentu.

“ Farina minta putus.” Hafiz bersuara selepas termenung beberapa minit. Sudah kuduga, tap aku tidak sangka pula perkara ini terjadi dalam musim peperiksaan. Terbeliak mata aku memandang Hafiz. Tidak percaya rasanya.
“ Wanna talk about it? Kita keluar dulu.”
Hafiz mengangguk dan bangun lalu mengekori langkahku. Di luar perpustakaan Tun Sri Lanang, kami memilih duduk di kerusi biru bersebelahan Koleksi Undang-undang. Hafiz membuka mulut selepas seteguk koko panas menyelusuri kerongkongnya.

“ Aku Nampak dia dengan Fairuz di Kajang semalam. Tadi aku terserempak dngan dia, aku timbulkan hal itu. Dia tak jawab soalan aku tapi tiba-tba je mintak putus.” Sedih saja bunyi suara pemuda itu. Sayu hatiku mendengarnya.

“ Kalau ada sebab takpelah, aku boleh terima. Ini tak, belumpun buang aku, dia telahpun berkepit  dengan Fairuz. Tak guna betul!”  Hafiz mengetap bibirnya. Lelaki itu betul-betul geram nampaknya. Aku diam saja, namun tekun mendengar segala keluhannya.
Tiba-tiba Hafiz mengubah kedudukannya menghadap aku. Aku mengangkat kepala dan mata kami berlaga. Dalam kesedihanitu, mata Hafiz tetap bercahaya. Aku sendiri tertanya-tanya , apakah dia telah tersilau oleh sinar dalam mataku bila dia tiba-tiba menundukkan wajahnya?

“ Kau tak macam Farina, Ila. Kenapa kau begitu memahami?”
“ Kau sahabat aku, Hafiz. Ingat tak masa aku frust dulu, kau yang tolong  aku.” Kali ini Hafiz pula yang memilih untuk diam.
“ Kewajipan kawan saling menolong.” Aku menambah bicara. Kata hikmat itu kuperolehi sewaktu menonton cereka inggeris sedikit masa lalu.
~~~~~~

Klu mau tau kesudahan kisah mereka...

~~~~~~

No comments:

Post a Comment