Fairmummy.blogspot.com

Friday 27 July 2012

Siapa rampas cintamu (Siri7)

Di celah cermin-cermin tingkap, aku melihat dua batang tubuh sedang asyik menonton slot Citrawara di TV 3. Semakin dekat, semakin jelas perbualan mereka di telingaku. 
" Shakila tu jahatlah!" Ujar Farina sambil melepaskan penumbuknya ke telapak tangan kirinya.
" Kenapa?" Yani, kenalan sebelah bilik semasa kami di tahun pertama kelihatan terperanjat mendengar petanyaan Farina itu 
" Dia cuba rampas boyfriend aku si Hafiz tu." 
Habislah! mulut tempayan Yani bukan mudah ditutup.
" Isyhh...takkanlah! Ila tu baik tahu!". Huh, nasib baik dia membela aku.
" Kau belum kenal dia,Yani. Aku tahu dia tu jealous kat  aku. Perangai buruk, patutlah pak we lari." Ewah ewah sedap betul dia mengumpat aku nampaknya.
" Eh setahu aku Ila tak salah apa-apa. Pak we dia lari kerana kau juga, kan?" dus! ini berita baru buatku. Macam mana Farina boleh terlibat dengan kisah cinta aku? Ingin saja aku meluru masuk dan memaksa Farina menceritakan segalanya tapi hatiku meminta aku bersabar dahulu.
" Syhhh!! Jangan cakap kuat-kuat! Ia rahsia hidup mati aku. Kalau Ila tahu, habislah riwayat aku."Farina membongkok mengambil sebiji epal di atas meja lalu mengunyah epal yang rangup itu.
Aku mengurut dada menyabarkan diriku. Mahu rasanya aku berdoa mengharapkan Izrail mencabut nyawa Farina sekarang juga. 
" Allah maha tahu Rin. Bagi aku Ila tu baik, tapi kalaupun dia nak ambik pak we kau, mungkin ini balasan dariNya. Siapa tahu? Allah itu maha adilkan?"
" Itu lain Yani, aku terpaksa. Dah naik berbuih mulut aku ni beritahu Fairuz yang Ila tu ada Pak we kat USM tapi dia degil. Dia nak juga si Ila tu. Kalau aku tak tolong dia, dia takkan bagi aku dapatkan Hafiz.Aku tak mahu berputih mata kerana itu aku minta kau tulis surat cakap dengan Amir kononnya Ila dah ada pak we baru kat sini. Kau jangan lupa, kau bersubahat tahu?" Farina seperti mengancam Yani.
" Tapi, kau kata nak main-main aje. Lagipun aku tengah geram kat Ila masa tu. Aku tak puas hati dia terpilih jadi kapten netball, padahal aku center. Tapi sekarang aku dah okey dengan dia. Rasa menyesal pula buat dia macam tu. Nak minta maaf macam mana pun aku tak tahu. Kalau dia tahu apa yang aku buat, tentu susah dia nak maafkan aku."
" Aku sanggup lakukan apa saja untuk mencapai hajat hati aku, Yani. Kalau aku nak sesuatu, aku akan dapatkan dengan apa cara sekalipun." Farina mengigit lagi epal yang telah separuh dimakannya itu.
" Memanglah bagus kalau macam tu, tapi kau mementingkan diri dan mengkhianati kawan." Betul tu! aku  bersetuju dengan Yani.
" Kekasih lebih penting dari sahabat! Shakila aje yang tak tahu tentang itu." Farina berkata tegas dan angkuh.
Yani menggelengkan kepalanya.
" Kau silap Rin."
" Aku tidak silap kerana aku berjaya dapatkan Hafiz. Shakila tu yang bodoh. Ada orang minat macam nak mampus, pak we orang pulak yang nak dikebasnya."
" Cinta tak boleh dipaksa Rin. Kau tu, nasib baik Hafiz sukakan kau. Kalau nasib kau sama macam Fairuz, baru kau tahu langit tinggi rendah."
~~~~~~
huhhh...
jemari kepenatan tahap gaban...
tunggu kisah seterusnya....
~~~~~~

No comments:

Post a Comment