Fairmummy.blogspot.com

Thursday 26 July 2012

Siapa rampas cintamu (Siri 4)

Tuduhan Farina tadi berlegar-legar di benakku. Entah siapalah yang telah menghasut fikirannya sehingga tergamak dia menuduh aku begitu. Walaupun di saat aku meniti hari sendiri, aku tidak diulit sepi. Hasratku ingin bercuti sekejap dari menjadi hamba cinta. Tidak pernah terlintas di hati ini untuk mencari pengganti Amir apatah lagi untuk merampas Hafiz dari Farina. 

Memang kebelakangan ini aku kerap bersama Hafiz tetapi Farina tentu faham ada banyak urusan study yang harus aku bereskan. English Marketing, Computer, Accounting. Pensyarah pula memberi kerja kursus serentak dan mesti disiapkan sebelum final exam yang tinggal sebulan saja lagi. Nak fikir pasal study pun kepala aku dah berserabut, inikan pula nak fikir taktik menggoda Hafiz. Takde masa!.

Farina cemburu? Mungkin. Gadis itu perlu membuka sedikit fikirannya yang sempit itu. jangan terlalu ortodoks. Kami Business student, kami profesional. Tidak betah mencampurkan urusan kerja dan peribadi.

Aku tidak pula menafikan Hafiz memang lelaki idaman semua gadis. Romantik, penyayang dan kelakar. Macam karetor Rosyam dalam Perempuan, isteri dan... Tentu Farina menganggap tidak mustahil aku boleh terpikat dengan Hafiz dalam situasi yang masih meratapi kehancuran cinta pertama yang telah tiga tahun terbina.

Hafiz begitu mengambil berat dan bersimpati orangnya. " Kau sahabat kekasihku Ila. Kalau aku cintakan Rin, aku juga sayangkan kau. Aku tak suka tengok kau berduka macam ni. 'Life goes on baby...". Itulah luahan hatinya selepas mendengar kisah kehancuran cintaku. Itupun setelah dia mendesak berkali-kali kerana dia tidak sanggup tengok aku termenung di dewan kuliah dan mengabaikan studyku.

" Ambil ni, kesat air mata tu." Dia meletakkan sapu tangannya didalam genggamanku. Aku mengelap pipi dan mengesat hidung yang berair. Kemudian dia membelanja aku minum petang dan sudi pula menjadi kaunselor, mendengar segala bicara hatiku.
~~~~~~
Belum habis lagi ni
come again tomorrow yerr...
*****
t'ma kasih atas kesabaran...
ok lah I bg hadiah..meh ikut sini
~~~~~~

No comments:

Post a Comment