Fairmummy.blogspot.com

Saturday 8 September 2012

Rawatan Kemandulan Secara Ringkas

1. Rawatan Secara Umum
  • Sentiasa berdoa kepada Allah dan solat hajat agar dikurniakan isteri dan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata memandang.
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk menjaga kebersihan diri
  • Mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit dan menjauhkan diri daripada terdedah kepada toksin-toksin sama ada di dalam makanan, minuman dan juga alam sekitar agar dapat memperbaiki kesuburan.
  • Mengamalkan senaman secara tetap dan menjauhkan diri daripada merokok dan meminum minuman keras juga merupakan amalan yang sangat dituntut bagi meningkatkan kesuburan diri.
  • Sentiasa berfikiran positif, jangan tertekan, stres atau tensen. Sentiasa mempelajari teknik-teknik untuk mengatasi stres.
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas bagi membolehkan peluh diserap dengan baik
  • Tidak bertukar-tukar pasangan seksual.
  • Tidak menggunakan pakaian yang ketat terutamanya pakaian dalam yang diperbuat bukan dari kain kapas
2. Kaedah-kaedah bantuan reproduktif yang terdapat di Malaysia
  • Permanian beradas ( Intrauterine insemination).
Kaedah pengambilan air mani dan diletakkan ke dalam ovari (rahim) isteri. Kaedah ini memerlukan saluran falopian yang normal dan suami yang bilangan spermanya kurang tetapi sihat boleh menjalani rawatan ini. Melalui kaedah ini 10 hingga 15 peratus berjaya mendapat zuriat.Melalui kaedah ini 10 hingga 15 peratus berjaya mendapat zuriat.
  • GIFT (Gamete intrafallopian transfer).
Satu kaedah mensenyawakan telur dengan air mani kemudian di letakkan kembali ke dalam saluran falopian.
  • ART (Assisted Reproductive Technique)
Kaedah persenyawaan yang dilakukan di luar rahim kemudian di masukkan ke dalam rahim.
  • Invitro-Fertilization (IVF)
Kaedah yang popular di luar negara iaitu bayi tabung uji di mana telur disenyawakan dalam tabung uji. Apabila telah menjadi embrio, ia diletakkan ke dalam rahim. Kaedah ini kadang-kadang kurang berjaya jika air mani tidak dapat menembusi telur seterusnya gagal menghasilkan zuriat.
  • ICSI ( Intracytoplasmic Sperm Injection).
Suntikan air mani ke dalam telur kemudian dimasukkan ke dalam rahim. Kejayaan kaedah ini banyak bergantung kepada usia pasangan, berapa lama tidak mendapat zuriat dan juga masalah pasangan.
ICSI
Tidak semua pasangan sesuai menjalani kaedah rawatan bantuan reproduktif. Mereka perlu menjalani ujian serta pemeriksaan rapi oleh pakar perubatan reproduktif sebelum dibenarkan menjalani rawatan yang sangat kompleks. Biasanya rawatan akan memakan masa yang lama dan mahal pula harganya oleh itu pasangan hendaklah bersabar.
Dinasihatkan supaya puan tidak mendapatkan rawatan kehamilan yang mencurigakan atau sebelum menjalani pemeriksaan rapi kerana masa dan juga kaedah yang tidak betul hanya akan merumitkan keadaan. Berjumpalah dengan mana-mana doktor pakar perbidanan dan sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.
Pengambilan pil-pil kesuburan secara berpanjangan dan tanpa penentuan ovulasi juga boleh memberikan implikasi teruk kepada puan.
Semoga puan terus berusaha dan bersabar untuk mendapatkan zuriat seterusnya sehingga  berjaya.


Rujukan:
1. William Gynaecology
2. Lecture Notes Infertility Cairo University & Ain Shams University
3. Artikel-artikel Kesihatan Berkaitan Kemandulan Mingguan Malaysia
4. Wikipedia infertility
  Sumber; Cyberclinic

2 comments:

  1. rajinya dia menganalisis/hehehe

    bagus info macam2 ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih azriff..berbaloi jg I buat analisis ni :)

      Delete