Dia juga dengan senang hati mempelawa aku ikut ke Port Dickson bersama Persatuan Anak Perak yang mengadakan interaksi ahli di sana. Itu seminggu selepas aku putus cinta. Berkali-kali aku mengelak dan bekali-kali juga dia mengajak.
"Kau kena release tension. Pulihkan semangat!Seronok tahu tengok laut." Hafiz cuba memancing minatku. "Malulah Fiz, aku orang Selangor."
"Apa bezanya, kita pergi nak berseronok. Takde orang nak rawat hati kau tu kalau kau sendiri tak mencari ubatnya..Aku setakat tolong bolehlah." Hafiz cepat saja membantah alasanku sambil menjeling manja pada Farina di sebelahnya.
Di Port Dicksonlah perhubungan aku dan Hafiz semakin baik. Farina takutkan air kerana itu, mahu tidak mahu dia membiarkan Hafiz menarik tanganku untuk naik kano bersamanya. Ada berderet-deret kano yang menunggu giliran untuk ke laut lepas. Hafiz menyewa satu daripadanya. " Nah, pakai ni!"dia menunjukkan jeket keselamatan kepadaku dan kemudiannya membantu aku menyarungkan jeket itu. Dia juga membantu mengeluarkan tocangku dari jaket tersebut.
Ada keseronokan yang menyelinap di jiwaku akibat perlakuan Hafiz yang agak menyenangkan itu. Keseronokan yang bertimpa-timpa ku rasai ketika berdayung dengannya. Berkerjasama mengemudikan kano, nampak kami seperti pasangan yang sejiwa. Namun aku masih menelan hakikat dengan manis bahawa Hafiz hanyalah sahabat.Tak puas rasanya berkano selama 20 minit itu. Tapi kami tidak boleh berlama lagi kerana di darat sana Farina sedang melambai-lambai memanggil kami pulang.
Oh no! baru aku teringat bagaimana kelatnya muka Farina menyambut kami di gigi air. Dia pantas menarik tangan Hafiz sebaik sahaja kami tiba. Kemudian tanpa sepatah kata dia menarik Hafiz pergi jauh dariku.
Farina cemburu? Patutlah semasa Hafiz beria-ia mengajakku dulu, dia hanya duduk membatukan diri tanpa ikut memujuk. Kenapa aku tak perasaan dari mula lagi? Kalau benarlah Farina cemburu, maknanya sudah tiga bulan dia meragui perhubungan baik aku dan Hafiz. Dah lama tu, kenapa baru sekarang cemburunya memuncak?Aku dan Farina sebenarnya mempunyai citarasa lelaki yang berlainan. Farina tahu aku sukakan lelaki macho macam Edry, KRU. Tiada sebab untuk dia cemburu kerana sememangnya aku kurang berminat dengan lelaki kurus tinggi seperti Hafiz.
~~~~~~
dah cukup panjang dah
break tymmm.....
~~~~~~
No comments:
Post a Comment