“ Aku silap,
dari dulu aku memang tidak mahu setakat jadi kawan kau. Tapi kerana Fairuz
bersungguh-sungguh minat kat engkau, aku rela lepaskan impian aku.”
Benarkah apa
yang aku dengar ini? Bukankah Hafiz sedang kecewa? Orang sedang kecewa tentu
fikirannya sedang berkecamuk.
“ Aku bukan
main-main Ila, aku bercakap dari hati. Aku mahu kau lebih dari seorang kawan.
Kalau kau tak nak bagi jawapan sekarang pun takpe, aku sanggup tunggu.” Aku tergamam.
Tidak tahu bagaimana hendak berfikir. Mungkin tindakan spontan akan membuahkan
hasil yang baik. Aku memandang ke dalam anak mata Hafiz. Ada keikhlasan di
situ.
Manusia
boleh merancang dan berharap tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya. Memang Hafiz
tidak segagah Edry, KRU, tapi dia menghargaiku. Sebagai manusia, kita tidak
boleh mendapat semua benda yang kita idamkan dalam dunia ini. Kami sama-sama
dikhianati dan dilukai. Mungkin persamaan dan pengalaman itu akan mendekatkan
hati kami. Aku yakin dengan keputusan ini. Aku tak mahu membiarkan Hafiz menunggu
lama-lama.
“ Hafiz…”
bergetar suaraku menyebut namanya. Aku menghadiahkan sekuntum senyuman yang
semanis mungkin untuknya. Kukira Hafiz memahami senyuman yang kuberikan kerana
wajah duka itu kulihat sudah mampu melihat segaris senyuman balas. Dia
melepaskan nafas kelegaan sambil meraub mukanya. Kemudian dia menarik tanganku
dan kami tenggelam dalam perut library. Moga-moga selepas ini kami boleh
mengulangkaji pelajaran dengan tenang.
Terima kasih
Farina , Fairuz, Amir. Kalau kalian tidak mengkhianati kami, tentu pada malam
yang indah begini Haikal syukri Bin Hafiz yang telah pandai memanggil aku
‘mama’ tidak lena di sebelah ayahnya…
Tamat
~~~~~~
Nak baca cerita lain pulak?
Jom SINI
No comments:
Post a Comment