“ Kalau
nasib aku sama dengan dia, aku couplelah dia. Fairuz tu cute jugak kan?. Aku
pun dah boring dengan Hafiz. Ulat buku, dating pun dekat library.”
“ Dah dapat
pandailah kau cakap. Aku nak naik mandi dululah. “ Yani mengangkat punggung dan
mula memanjat tangga.
Ikutkan
hati, mahu rasanya aku menyerang Farina saat itu juga. Dadaku bagai nak pecah
rasanya.Tuhan! tentu sedap kalau dapat ku siat-siat kulit mukanya itu. Tapi
biarlah Allah saja yang membalasnya. Kejahatan
haruslah dibalas dengan kebaikan, barulah boleh menimbulkan keinsafan.
Lagipun orang yang dapat mengawal kemarahan adalah orang yang dapat
memanjangkan tali persahabatan.
Aku berlari
naik ke bilik. Dari laci meja aku menarik sekeping kad harijadi yang kuterima
dari Amir lewat ulangtahunku yang kedua puluh dulu. Kad berwarna putih yang
lembut. Sejambak bunga berwarna unggu dan merah jambu, ditaburi perada perak
terlukis indah di atas kad berukuran 18cmx 12cm itu. Sayangnya kata-kata yang
tersusun dalam kad itu amat memilukan.
Tapa bukti
nyata Amir menuduhku tidak setia dan menduakannya. Katanya, dia memang telah
menduga yang perkara itu akan berlaku.
Maklumla dia di Minden, aku di Bangi. Jarak tempat pengajia itu rupanya
dijadikan alas an untuk dia meragui kesetiaanku. Sia-sia saja aku sepi sendiri
di perbukitan Bangi ini sedangkan dia lebih mempercayai khabar palsu daripada
kebenaran yang terbit dari bibirku.
Aku cuba
mengutusinya dan merayu supaya dia kembali menerimaku seadanya namun tiada
balasan. Bila cuti semester, perkara pertama, pertama kubuat ialah menelefonnya
tapi dia menolak untuk bercakap denganku. Melalui adiknya Alin yang berusia
lapan tahun itu, aku dapat tahu yang Amir sebenarnya menunggu panggilan dari
Kak Hanim. Mengertilah aku, Amir yang berubah hati, bukan aku beroleh
pengganti.
Saat ini,
aku sendiri tidak tahu dari mana hendak bermula. Siapa yang rampas siapa? Siapa
yang mengkhianati siapa?.Yang pasti Alin tidak akan berbohong. Yang pasti juga
rahsia Farina sudah terbongkar. Dia gunting dalam lipatan. Agak sukar juga
untuk mempercayai sahabat baik akhirnya menjadi musuh.
Siapa yang bersalah dalam hal ini? Farinakah yang
mementingkan diri sendiri? Kerana lelaki dia sanggup melupakan nilai
persahabatan? Tulus sangatkah cinta
Fairuz kepadaku sampai tergamak dia
memperalatkan Farina? Hafiz sendiri tidak terasakah dirinya diperalatkan? Amir,
mengapakah begitu rapuhnya kepercayaanmu terhadapku?
Keagungan sebuah cinta tidak boleh dijual-beli
walaupun dengan dunia. Tetapi kenapa manusia-manusia di sekelilingku begitu
mudah mempersendakan cinta? Aku tidak tahu pada siapa hendakku tundingkan jari
ini. Aku juga tidak mahu menghukum sesiapa.
~~~~~
Silakan....
~~~~~
No comments:
Post a Comment