Fairmummy.blogspot.com

Monday, 30 July 2012

Maafkan Normy!(Siri 6)


Aku terpana. Tak sanggup rasanya aku memperlakukan Papa seperti itu, walaupun aku tidak menyukainya. Tapi tak ada pilihan lagi.
Sepanjang perjalanan pulang, fikiran dan perasaanku menjadi tidak keruan. Berkali-kali aku menoleh ke belakang, Papa masih ada di sana. Duduk di belakang lori. Sekuat tenaga aku menahan air mataku yang sudah berada di hujung mata dari mengalir.
Semua kesalahannya luruh. Yang terbayang adalah kesabarannya ketika menjagaku di rumah sakit. Papa terpaksa tidur di atas lantai hospital yang dingin demi aku, anaknya yang sakit. Papa juga menyuapku dan menghiburku dengan cerita-cerita yang menyenangkan.
Tiba-tiba aku teringat pada baju-baju Papa yang sederhana dan sudah mulai nipis kainnya itu. Juga pada sepatunya yang hitam, using dan hanya sepasang itu. Bukankah semua itu menunjukkan Papa tidak pernah memikirkan dirinya. Papa terlalu memikirkan keluarganya. Sedangkan aku? Aku adalah anak yang tidak pernah puas atas segala pemberiannya. Betapa, aku ini sudah menjadi anak derhaka. Aku lupa tentang asal kelahiranku…lahir dari dirinya. Selama ini akulah yang tidak pernah membalas kasih sayangnya. Papa sudah tua, dan aku pula selalu menambahkan kerut tua di wajahnya.
Ah! Betapa zalimnya aku…
Sekarang aku tak perlu lagi menyimpan perasaan kecewa itu dalam hati. Aku juga tidak perlu lagi pening kepala untuk memikirkan sikap Papa yang aneh atau meragui kasih sayangnya. Semuanya sudah jelas. Kini aku sudah bertemu jawapannya. Papa tidak pernah membenci anak-anaknya seperti yang selalu kuramalkan. Papa terlalu menyayangi kami. Dan tidak perlu ku selindungkan lagi, bahawa akupun menyayanginya.
“ Papa, Maafkan Normy!” ujarku sebaik sahaja sampai di rumah.

TAMAT
<= Sebelumnya      Cerpen lain=>

Maafkan Normy!! ( siri 5 )



Aku ingin jadi seperti adik-beradikku yang lain, dapat menerima kemaafan Papa itu dengan ikhlas. Mereka tidak pernah menyimpan perasaan benci dan dendam sepertiku. Apakah aku ini tidak pernah mengenal erti kasih dan saying seorang ayah? Jelas tidak. Lalu aku mula memikirkan hakku ke atas diri Papa, dan sebaliknya.
Apakah aku berhak membencinya sedemikian rupa? Hatiku berkata-kata sendiri. Otakku berputar ligat mencari jalan penyelesaian.
Dua tahun kemudian, tiba-tiba sahaja aku jatuh sakit dan terpaksa dirawat di hospital. Ketika itu, abang Adili sedang sibuk membuat persediaan majlis perkahwinannya. Mama benar-benar sibuk dan tidak berkesempatan untuk menemaniku di hospital. Akhirnya, Papalah yang menggantikan tempat Mama. Ya…Papa yang terpaksa menemaniku sepanjang aku terlantar di hospital.
Aku dibenarkan pulang tepat pada hari pernikahan abang Adili. Semua orang agak sibuk pada hari itu. Kereta Kancil, satu-satunya milik Kak Nadia, sedang dipakai untuk pelbagai keperluan. Padahal, aku memerlukan kenderaan untuk pulang. Dan ketika itulah Papa kelihatan begitu sibuk mencari kereta sewa.
Setelah tiga jam menanti, aku lihat sebuah lori kecil masuk ke halaman hospital. Di dalamnya ada Papa, Julia dan seorang lelaki, kukira temannya. Rupa-rupanya Julia telah meminta pertolongan kawannya untuk membawaku ke rumah.
“ Baik-baik,” ujar Papa perlahan sambil memandang raut wajahku.
Aku mendiamkan diri biarpun ada getar-getar asing yang mula menikam jiwaku.
“ Ni …Johan. Kawan Ju…,” ujar Julia sambil memperkenalkan temannya yang baik hati.
“Eh…eh.. kita berempat. Macam mana ni?,” ujarku ragu.
“ Iya la…baru Ju terfikir,” tingkah Julia.
“ Habiss…macam mana ni?” pintasku.
“ Biar Papa aje yang duduk kat belakang tu,” Papa memutuskan kata.

<= Sebelumnya     Seterusnya=>

Maafkan Normy!! ( Siri 4 )


"Seharusnya… abang menerima semua ini dengan sabar. Bukankah Nadia sudah berusaha sedaya upayanya . Apa abang tak tengok ke dia dah belajar  bersungguh-sungguh? Ingatlah sikit bang… Tuhan  yang mengatur semua ini. Kalau kita berasa kecewa, dirinya apatah lagi.”Pujuk mama perlahan.                         
Itu abang tau… tapi Yang tengoklah anak-anak kita tu. Adili, pelajarannya… hemm… lembab semacam aje. Julia, memanjangnya asyik sakit. Nadia, lagilah pulak.Tak habis-habis mengecewakan abang. Dan yang tengok pula Normy dan Lily… sepatutnya mereka bertiga mencontohi Normy dan Lily”, jawab Papa dengan nada kecewa.                            
Apalah abang ni… cakap camtu tak baik. Tak baik abang membanding-bandingkan kemampuan mereka. Setiap orang tak sama kemampuannya bang!” jawab Mama tegas.
Papa membisu, dia duduk terpaku. Pandangannya menjadi kosong.
“ Habis…apa yang patut abang lakukan?” Tanya Papa lancer.


Papa sememangnya tak pernah ambil tahu tentang penat jerih anak-anaknya. Abang Adili terpaksa berkerja sambilan untuk membiayai persekolahannya. Abang Adili tidak pernah memilih kerja, walaupun kerja itu berat namun dia tetap akan berusaha. Mungkin sebab itulah juga kosentrasinya terhadap pelajaran sedikit terganggu. Begitu juga dengan Kak Nadia. Dia berkerja di kedai makan. Manakala aku dan Lily pula bergiat sebagai guru tusyen. Di antara kami, Cuma Julia sahaja yang tidak berkerja sambilan. Maklumlah kesihatannya tidak begitu mengizinkannya untuk berbuat demikian.
Kami lakukan pekerjaan secara senyap-senyap dari pengetahuan Papa. Kami sedar Papa akan melenting keras jika mendapat tahu perbuatan kami ini. Dia akan merasakan dirinya sudah tidak berguna lagi.Sebenarnya, aku ingin sekali menceritakan semua ini kepadanya. Apatah lagi di saat aku menjadi begitu  geram dan menyampah dengan sikapnya. Tapi abang Adili, kak Nadia Lily dan Julia selalu menegahnya.
Kini umurku sudah genap 21 tahun. Tetapi kenapa hingga ke waktu ini aku masih belum dapat memaafkan sikap Papa?


<= Sebelumnya     Seterusnya=>

Maafkan Normy!! ( Siri 3 )



Aku teringat pada pesakit yang telah lama menunggu. Justeru itu, cepat-cepat aku memotong cerita Papa, lalu meminta mengundur diri.
Perjalanan pulang terasa begitu lama. Perasaan geram terhadap sikap Papa terus aku simpan di dalam hati. Aku langsung tidak dapat menerima sikapnya, hinggakan keesokan harinya pun aku masih berasa kesal. Aku cuba menghindari diriku dari bertemu dengan Papa atau apa sahaja yang berhubungkait dengannya.

Sampaikan Mama sendiri berasa hairan. 

" Kenapa dengan kamu ni, Normy?" tanyanya.
" Aku, apa lagilah...terus menceritakan pada Mama apa sebenarnya yang telah berlaku semalam.
" Papa kamu memang macam tu...," jelas Mama memujuk.
Seminggu kemudian, aku mulai lupa. Nampaknya, perhubungan kami sudah kembali menjadi seperti biasa. Sampailah pada saat yang tak terduga, di hari pengumuman keputusan peperiksaan kak Nadia. Ternyata, Kak Nadia gagal mendapat keputusan yang cemerlang.
" Apa ni? sia-sia aje kau belajar selama ini kalau keputusannya macam ni. Buang duit aje!" Jelas kemarahan Papa tak dapat dibendung lagi.
Kak Nadia belajar di Kolej Swasta dan perbelanjaan pelajarannya adalah lebih mahal di antara aku dan adik-beradik yang lain. Kegagalan Kak Nadia untuk menyambung pelajarannya ke Pusat Pengajian Tinggi sudah cukup membuatkan Papa kecewa dan mengakantirikannya.. Sekarang, entah apa lagi sikap dan tindakan Papa terhadap Kak Nadia. Aku tak tahu!!
Mama pernah bercerita bahawa Papa selalu marah-marah apabila Kak Nadia berada di rumah. Dia berasa seolah-olah Kak Nadia tak patut dilahirkan ke dunia. Untung juga Kak Nadia seorang yang tabah dan sabar meskipun terpaksa menerima cemuhan dan cacian daripada Papa.
Dan sejak hari itu, Papa lebih kerap marah-marah. Tentu sahaja hubungan Papa denganku adik-beradik menjadi renggang. Selamat juga! Tapi yang tidak kenanya, Mama pula dijadikan untuk Papa melepaskan segala kemarahannya pada kami. Mungkin juga kerana Papa sudah tidak tahan lagi melihat karenah kami.
                                                                                                                   <= Sebelumnya     Seterusnya=>

Maafkan Normy!( Siri 2)

Julia, adikku menderita Hepatitis B dan kerana itulah tidak seorang pun teman sebayanya yang mahu berkawan dengannya. Julia sering menyendiri, bahkan juga menangis.
Papa pula tak sudah-sudah membangga-banggakan kepandaianku yang sebenarnya tidak seberapa. Papa juga suka menceritakan bahawa dia baru membeli itu...ini... atau pernah bertemu dengan orang itu...orang ini...sifat Papa memang pelik sekali.
Hari itu, ada yang tak kena dengan pundi kencingku. Aku ke doktor. Biasanya dalam urusan begini, aku dihantar oleh Mama ataupun kakak tetapi kerana mereka sibuk,hai...terpaksalah dihantar oleh Papa.
Hatiku mulai berasa was-was dan benarlah firasatku. Sebaik saja aku selesai diperiksa oleh doktor, Papa mulai berceloteh tentang kenalannya.
" Emmm...Doktor kenal tak dengan Doktor Arman?"
" Doktor Arman?, Doktor Arman yang mana satu?"
" Tu...yang tinggal di Jalan Bukit Melawati."
" Oh...Arman Shah..ya..ya..saya kenal tapi Doktor Arman tak bertugas di sini lagi. Dah berpindah ke Hospital Universiti."
" Iya?...dia tu teman lama saya. Hai...dulu tu dia bukan main lagi aktif dalam olahraga tapi sekarang ni tak tahu pulak. Fuhh.. dia tu memang hebat. Pandai berenang, main hoki dan macam-macam la...
" Emmm..." Doktor Darween Krisna hanya mampu mengangguk-anggukkan kepalanya kerana sudah tidak pasti apa yang harus diperkatakan lagi.
Papa terus bercerita tentang temannya itu tanpa bertitik koma lagi. Ceritanya sudah tentu tidak ada hubung kaitnya dengan Doktor Darween ataupun penyakitku. Dan Papa seolah-olah tidak sedar yang dia telah banyak membuang masa doktor muda itu.


Maafkan Normy!( Siri 1)

" Ni ke, balasan kau orang terhadap diri Papa? Ternyata, segala pengorbanan Papa selama ini sia-sia. Sikitpun kau orang tak pernah hargai...?" Suara papa terdengar keras.
" Kan...Normy dah buktikan, Pa..."
" Iya... tapi yang lain tu...Huh! tengoklah. Langsung tak berguna."
Papa seharusnya lebih sabar. Walau hanya berpangkat pegawai rendah kerajaan dan terpaksa pula menanggung perbelanjaan lima orang anaknya yang masih di alam persekolahan. Papa harus lebih mengerti, bahawa hasil kerjanya memang untuk anak-anaknya.
Papaku, Fakrul Iman, memang sering memarahi kami adik-beradik. Sesekali, timbul juga kecurigaan di hatiku, bahawa dia sangat membenciku adik-beradik. Dalam erti kata lain, dia tidak menginginkan kami!
Aku adalah anak nombor tiga. Dan sesungguhnya akulah yang paling degil atau keras kepala. Aku jugalah yang paling tidak menyukai Papa. Bagiku, segala gerak-geri ataupun tingkah laku Papa, adalah perkara yang tidak dapat aku terima. Di mataku, dia seorang pemarah, kurang tegas, mudah panik dan entah apa-apa lagi. Walaupun begitu, aku tetap berusaha menjadi anak yang berjaya, seperti yang diinginkannya.
Papa juga seorang yang bersikap terbuka. Tetapi sikap terbukanya itu lebih kepada keburukan yang memalukan. Kadang-kadang timbul juga di ikiranku, apakah Papa tidak pernah berfikir langsung bahawa cerita itu patut di rahsiakannya. Bayangkan... cerita mengenai penyakit adikku, habis disebarkannya pada setiap orang yang ditemuinya di pejabat ataupun di rumah.

Surat Misteri ( Siri 9 )


“ Ya lah, Wannie,” jawab Isma Ellyza singkat.
“ Siapa yang beri nama kucing tu?” Tanya Wannie lagi.
Isma Ellyza melirikkan matanya ke arah Luqmanul Haqim yang sedang leka enjoy bersama teman-teman. Wannie tertawa, melihat sikap Luqmanul Haqim yang pura-pura buat tak tahu itu.
Ketika majlis harijadi Luqmanul Haqim berlangsung, tiba-tiba lampu utama mendadak padam. Sebagai gantinya, tujuh belas batang lilin dinyalakan sambil diiringi lagu Happy Birthday yang dinyanyikan dengan penuh semangat.
Wannie benar-benar tidak mengerti, tambahan pula di saat upacara pemotongan kek, Luqmanul Haqim berjalan ke arahnya dan sekaligus memberikan sepotong kek berbentuk jantung itu kepadanya. Genggaman erat dan tatapan mata Luqmanul Haqim membuat Wannie bertambah yakin bahawa semua ini bukanlah sekadar mimpi.
Suasana riuh rendah masih memenuhi ruang tamu rumah itu. Tangan mereka masih menggenggam erat sehingga…
“ Dah la tu…tak habis-habis lagi ke?” sebuah suara mengejutkan kedua-duanya.
“ Najwa, Farid, Hisham, Oldeen, Atoi…Sheera? Kau orang semua ni dari mana? “ Tanya Wannie separuh terkejut setelah melihat kehadiran teman-temannya.
“ Moga bahagia…kau orang berdua ni memang sepadan…macam Erra dan Awie…,” usik Najwa memaksa Luqmanul Haqim agar mencubit telinganya.
“ Kan aku dah kata…dia sukakan kau. Tak percaya lagi?” bisik Sheera.
Wannie benar-benar tersentak. Bunga-bunga cinta mulai bersemi di lubuk hatinya.
“ Okeylah…kita orang chaw dulu…” ujar Wannie sambil mengerdipkan matanya pada Luqmanul Haqim.
Wannie tertunduk malu.
“ Wannie, aku minta maaf tentang semua ini. Terus terang ingin aku nyatakan padamu, aku sudah lama menyimpan perasaanku terhadapmu. Tapi, baru kali inilah aku berani menyampaikannya padamu. Maaf juga tentang surat-surat itu. Nick adalah nama panggilanku di rumah, “ jelas Luqmanul Haqim.
“ Aku mengetahui segalanya tentang dirimu melalui Sheera.” Sambung Luqmanul Haqim lagi.
“ Sheera?”
“ Ha..ah..Sheera. Sheera adalah sepupuku. Melalui dia jugalah aku dapat mengirimkan surat-surat misteri itu kepadamu. Kau tak marah kan?” Mata Luqmanul Haqim menatap tepat kearah Wannie. Wannie membalasnya dengan sebuah senyuman manis yang terukir indah di bibir mugilnya.
Luqmanul Haqim terus menggenggam tangan Wannie dengan penuh erat dan mesra. Seakan ingin menyatukan dua hati yang telah sama-sama menyimpan sebuah kerinduan yang panjang.

Tamat!!
<=Previous          Cerpen lain=>

                            

Surat Misteri ( Siri 8 )


Wannie tidak mahu berfikir lebih panjang mengenai surat itu lalu disimpannya. Kemudian dengan terburu-buru, dia ke bilik mandi. Dia ingin cepat mandi dan pergi ke Arched Shopping Centre untuk membeli hadiah.
Tepat pukul 8.00 malam sebuah Vitara kuning berhenti di depan rumahnya. Luqmanul Haqim, muncul dengan jeans Levis dan ber T-shirt putih. Entahlah, tiba-tiba sahaja hati Wannie terasa berbunga-bunga. Apatah lagi melihat Luqmanul Haqim berbual ramah dengan papa dan mamanya.
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Luqmanul Haqim, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Hati Wannie menjadi tidak keruan, maklumlah dapat bersama orang yang menjadi pujaannya. Biarpun begitu, Wannie tidak berani memastikan sikap Luqmanul Haqim terhadap dirinya. Dan dia juga tidak mahu terburu-buru meletakkan Luqmanul Haqim  ke dasar hatinya.
“ Eh! Diam aje, Wannie. Tak gembira ke?” Ungkapan Luqmanul Haqim mencairkan suasana beku itu.
“ Ha…dah sampaipun kak Wanie. Terima kasih kerana akak sudi datang.” Ucap Isma Ellyza sebaik sahaja mereka melangkah masuk kedalam rumah.
Sebaik sahaja majlis itu berlangsung, Wannie menjadi begitu hairan apabila melihat , bukan Isma Ellyza yang melangkah maju ke hadapan sebaliknya Luqmanul Haqim.
Isma Ellyza yang berdiri di antara papa dan mamanya tersenyum apabila melihat garis keraguan terpancar di wajah Wannie. Wannie tidak sempat mendengar ucapan Luqmanul Haqim disebabkan kehadiran seekor kucing berbulu lebat yang melintas di depan Wannie.
Hah, kucing itu? Wannie terkejut lalu dia teringat pada foto yang dikirimkan oleh penulis misteri itu. Dihampirinya kucing yang manis itu, kemudiannya digendongnya ke atas pangkuannya. Tanpa disedari ada sepasang mata begitu asyik memandang bersama sebuah senyuman yang terukir dibibir.
“ Wannie minat dengan kuching?” suara Luqmanul Haqim mengejutkannya.
“ Suka juga. Comel kucing ni. Siapa namanya.” Tanya Wannie sambil menepuk-nepuk tubuh gempal kucing itu.
“ Wannie, namanya” jelas Isma Ellyza yang tiba-tiba muncul di situ.
Wannie terperanjat. Jadi…apakah penulis surat misteri itu Luqmanul Haqim? Ah, tak mungkin…kerana penulis surat itu bernama Nick dan bukan Luqmanul Haqim.
“ Wannie??” Tanya Wannie seperti tidak percaya.



<=Previous          Next=>

                            

Surat Misteri ( siri 7)

Hari Sabtu yang meresahkan . Wannie lebih banyak mendiamkan diri kerana fikirannya tidak tenang. Semua ini adalah gara-gara Luqmanul Haqim yang berjanji akan datang menjemputnyake majlis ulangtahun Isma, adiknya itu.

“ Kenapa dengan kau ni ha? Kau fikir pasal surat misteri tu lagi ya?
Eh… dah lama juga kau tak terima surat tu lagi kan?” usik Sheera. Wannie diam membisu.
“ Apa ni…tak layan pun. Hai… kau pun nak jadi orang misteri jugak ke? Pelik…memang pelik, kawan semeja aku yang cantik molek ni dah jadi budak bisu pulak. Ajaib…sungguh ajaib,” gomel Sheera sendirian. Namun Wannie tetap membatukan dirinya.
Tiba-tiba sahaja Luqmanul Haqim melintas di hadapan mereka berdua. Wannie terperanjat ketika menerima lirikan mata yang terpancar di sudut mata Luqmanul Haqim yang redup itu.
“ Hai…” sapanya ringkas.
Wannie hanya mampu mengangguk dan sempat juga dia melemparkan sebaris senyuman buat Luqmanul Haqim, jejaka yang kian mendapat tempat di hatinya.
“ Ha…tengok tu. Dari lirikan matanya aku tahu … si Aqim tu sebenarnya minat kat kau… bisik Sheera sebaik sahaja jejaka tampan itu berlalu. Wannie naik geram lalu mencekik leher Sheera. Akhirnya tawa dua sahabat itu berderai kuat dengan segumpal nada ria.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Wannie terus mencampakkan beg sekolahnya ke atas meja studynya. Dan sepucuk surat bersampul merah jambu tersembul keluar dari dalam beg. Tanpa berlengah, Wannie terus memungut benda itu lalu membukanya.

Sayangku Wannie…
Aku minta maaf kerana
Telah membuatkan kamu merindui
Kunjungan surat ini.
Dan baru hari ini aku berkesempatan
Untuk mengirimnya lagi. Percayalah,
kucingku masih
semanis kamu.
Nick

Wannie mengeluh panjang ketika menatap surat berserta beberapa keping gambar dirinya dan seekor kucing manis, dua benda yang terkandung di dalam surat misteri itu. Kucingku dan…Nick.

<=Previous          Next=>

                            

Surat Misteri (siri 6)


Wannie terperanjat. Ada seseorang yang telah mengetuk pintu kamarnya.
“ Siapa?” teriak Wannie.
“ Epit. Kak, kawan akak datang. Ada kat luar tu!.” Teriak Effiq, adiknya dari luar kamar.
Dengan terburu-buru Wannie berganjak dari tempat tidur dan terus merapikan rambutnya yang berserabut itu. Hatinya mula rasa berdebar tidak keruan di saat dia melihat susuk tubuh Luqmanul Haqim di sebalik kaca.
“ Haqim? Masuklah, Aqim,” pelawa Wannie, berusaha menyembunyikan getaran dalam dadanya.
“ Tak apalah, Wannie. Kejap aje…kat sini pun bolehlah,” jawab Luqmanul Haqim tersenyum ramah.
“ Kalau ye pun, duduklah dulu,” sambung Wannie lagi.
“ Ye lah…Emm…kau kenal Isma. Isma Ellyza?”
“ Adik kau?” Wannie bertanya pula.
“ Iya lah tu. Ni ha…dia suruh aku sampaikan kad ni pada kau,” jawab Luqmanul Haqim sambil menghulurkan surat bersampul putih. Tanpa membuang masa Wannie terus membukanya. Ternyata kad undangan harijadi dari Isma.
“ Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang,aku akan datang.” Janji Wannie.
“ Tapi, malam. Siapa yang nak hantar kau nanti?” Tanya Luqmanul Haqim bimbang.
“ Papa, kalau papa tak hantar, aku datang sendirilah.” Jawab Wannie selamba.
“ Papa kau kan kerja. Kalau begitu, biar aku ajelah yang ambik kau. Itu pun kalau kau sudi…” sambung Luqmanul Haqim lagi.
Aikk…pelik!! Tak pernah pula sebelum ni dia bersikap begitu. Tiba-tiba sahaja menjadi ramah. Apa dah jadi ni?
“ Kenapa dengan kau ni, Wannie. Semacam aje…kau tak suka aku jemput kau ya…atau dah ada pangiran muda yang dah bersiap sedia untuk menghantar dan menjemput kau?” Tanya Luqmanul Haqim tersenyum manis ketika melihat sikap Wannie yang agak resah. Wannie tersentak. Tiba-tiba sahaja wajahnya menjadi merah padam kerana menahan malu.
“ Tak adalah…mana ada.. siapa pengiran muda… ah! Jauh sekali. Okeylah, esok malam aku tunggu kau,” jawab Wannie tanpa rasa ragu.
“ Kalau macam tu, okeylah  aku balik dulu. Jumpa malam esok ya!”

<=Previous          Next=>

Sunday, 29 July 2012

Surat Misteri (siri 5 )


“ Ahaa…biasa,”jawab Wannie ringkas sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
“ Wannie, besok ada meeting. Nak bincang pasal show kita kat Desaru tu.”Jelas Luqmanul Haqim, sekilas menatap wajah Wannie.
“ Okey…” balas Wanie singkat.
“ Baiklah, kalau macam tu, Wannie, aku gerak dulu..”ujar  Luqmanul Haqim tanpa menoleh sedikitpun ke arah Wannie. Wannie sedar kadang-kadang Cuma dia yang mengimpikan saat indah dari itu untuk bersama Luqmanul Haqim. Sedangkan Luqmanul Haqim??
Sudah hamper dua minggu, surat misteri itu tidak hadir dalam beg sekolahnya. Wannie harus rasa gembira kerana tidak ada lagi orang yang mengintip gerak-gerinya. Tetapi entah kenapa, ia bertukar menjadi rindu pada kehadiran surat-surat itu lagi.
" Wannie, si pengirim misteri tu dah tak berhubung dngan kau lagi?" Tanya Sheera suatu pagi.
" Tak adalah, Sheera. Biarlah...aku pun tak harap sangat surat tu," jelas Wannie pura-pura tak acuh.
" Alaaaa... kau janganlah nak bohong aku...aku tahu, kau sebenarnya dah mula rindukan surat misteri tu kan?"
" Mana ada... mana ada. Isshhh...tak kuasa aku nak buang rindu aku sia-sia macam tu." Nafi Wannie lagi.
" Sudahlah...macam aku tak kenal kau. Dari sinar mata kau pun aku dah tahu. Berterus terang ajelah dengan aku ni Wannie, yang kau tu terlalu rindukan surat misteri itu. Mengaku ajelah", usik Sheera.
" Sheera!! Nanti kau..." kata Wannie sambil mengejar Sheera.


Sampai di rumah, Wannie termenung sendirian. Betul ker, yang aku ni sedang merindui surat-surat itu? Atau lebih tepat, merindui jejaka misteri yang berselindung d sebalik kiriman surat-suratnya. Wannie mengeluh sendirian.


<=Previous                 Next=>

Jangan pandai2 tukar templet blog

Hahh... ini nasihat buat u all yang baru nak buat blog...jangan pandai2 download tau tukar templet sebarang tau...nanti tak pasal2 blog U all jadi error pla...maksudnya blog u all rosak la nanti...klu nak try pun buat kat blog lain dlu...tengok apa hasilnya nanti...I sarankan kalau U all tak puas hati dengan background blog u all yg default tu...U all tukar background sj dulu...bila dah terror buat blog baru main templet segala keyyy...
Kalau U all tak tau nak tukar background blog...meh sini I tolong ajarkan...( baik cikguuu )


Ikut sini tau korang cari sj dalam Tutorial 

****
Alamak, I lupa bagitau kenapa I tak syorkan main templet2 ni...sebabnya, I pernah try and kesudahannya...I tak tau mana menghilangnya I punya Navbar..so sudahnya , I tak boleh nak buat edit dalam blog tu...anyway, lain kali lah I cari benda tu...hehe...klu u all dpt cari jawapan, jan lupa inform kat I keyyy!!! byee dluuu...

Cara tukar background blog

Ni dia cara nak tukar background... tapi sebelum tu kena sign in blog u all dlu tau... pas tu kena save gambar background yg u all minat sesangat tu dalam komputer u all siap2( Klu tak, nak upload apa benda nanti?? )
Sekarang ikut step yg I bagi...gerenti berjaya punyalah...khikhikhi...


1. Klik Design> templete > Customise > Background 
2. Dekat background Image tu u all klik saja sebelah kanan...





3. Klik sampai jumpa  gambar skrin ni ..

4. Pas tu klik Upload Image dekat atas skali sebelah kiri ...

5. Klik choose file..U all pilihlah gambar tau background yang U all berkenaan yerr...

6. Then, klik Done ( alaa..yg warna oren kat sebelah kanan paling bawah tu)

7. Yeyyy!! Background u all telah berjaya di tukar.

8. Ada lagiii....sebelum tengok hasil dalam blog, U all jangan lupa klik Apply To Blog tau ( tu kat sebelah kanan , paling atas )

Dah siap!!!

Semoga berjaya!!
Klu tak berjaya...Bagitau I yerr...
Klu berjaya pun U all di alu-alukan put something dalam comment...I tak marah punya..he hee




Cara masukkan "Anda mungkin juga meminati" dalam blog


Kalau u all nak tau Link within aka "anda mungkin juga meminati"  dalam blog tu bukan iklan berbayar atau ka haper yerr... benda tu sebenarnya datang daripada blog archieve...maksudnya, nak bagitau u all pasal cerita2 lain dalam blog tu la lebih kurang...manalah tau u all berkenaan nak tengok kann...rupa Link within lebih kurang mcm ni...




Nak buat??...Meh I ajar korang cara  buat Link within tu;


1. Masuk kat sini 

2. U all akan nampak benda ni...



3. Isikanlah tempat kosong, ikut suka hati u all...kalau background blog u all gelap mcm I punya, klik pada 'My blog has light text on dark background' pas tu klik Get Widget!...

4. U all akan nampak skrin macam ni..klik Install widget...


5. Sekarang U all akan jumpa Add page element...pilih blog u all kemudian klik Add Widget...



6. Cuba U all buka blog U all tu...dah masuk belum???

Klu tak jadi, U all bagitau I la yerrr... :)

Semoga berjaya!!






Senarai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG I
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

D.M.N., S.M.N.

Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG II
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan 
Alaiddin Sulaiman Shah

D.M.N., D.K.(Brunei)



Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG III
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

D.M.N., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K.(Selangor), S.P.D.K.(Sabah), D.K. (Kelantan), D.P.(Sarawak),
D.K.(Kedah), D.K.(Pahang), D.K.(Johor), D.K.(Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak),
D.K.(Perak),  D.K.(Terengganu), D.K.M.B.(Brunei), 
Knight Commander of St. Micfhael&St. George (K.C.M.G), Raja of the Order of Sikatuna, 
Philippines (Noblest Award of Chivalry), The Great Cross of the Royal Order of Cambodia,
The Most Auspicious Order of the Royal Friendship of Thailand,
Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), Cordone Hussein Ben Ali (Jordan),
Collar of the Nile (United Arab Republic).



Memerintah dari 21 September 1960  hingga 20 September 1965
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG IV
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin

D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.P.M.T.,D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Perak), D.K.(Pahang).



Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG V
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin 
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis),
D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak),
D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.



Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VI
Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.S.K.,D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu),
D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak).



Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VII
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni 
Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah

D.K.P.,D.K.,D.K.M.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.M.N.,D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan),
D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B.,
D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor).



Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VIII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni
Al-Marhum Sultan Ismail.
D.K.



Memerintah  dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23hb. Januari 2010)
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG IX
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni 
Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K(Kelantan), D.K.(Terangganu), D.K.(Perlis), D.K.(Johor),
D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan),
D.K.(Pahang), S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,



Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG X
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor),
D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak)



Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XI
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum 
Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A, D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan),
D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang),
S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.M. (Melaka), P.J.K.



Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum 
Tuanku Syed Putra Jamalullail

D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Terengganu),
 S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T.



Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIII
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei),
D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J.,
Commandeur De La Legion D'Honneur (France).



Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2006 .

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIIII
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku 
Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis),
D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak),
D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.


Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2011 .

Surat Misteri (siri4)


“ Gila, masakan aku disamakan dengan seekor kucing. Kurang asam!! Ni dah keterlaluan” Keluh Wannie kesal. Tapi surat misteri kali ini lain sikit, berani pulak tulis nama biarpun sekadar nama palsu. Hai, siapakah sebenarnya yang menggunakan nama Nick itu, hati Wannie berbisik sendiri.
Dia cuba mengimbas kembali memori lalu di benaknya, tapi nama Nick itu tidak pernah tertera di sepanjang perjalanan hidupnya.
Deringan loceng berulang kali itu membuatkan Wannie terperanjat beruk. Melihat situasi itu, Sheera tergelak besar. Wannie sedar, tak satu matapelajaran pun yang sangkut di otaknya.
Wannie terburu-buru meninggalkan kelas namun ketika dia melintasi kelas Sains, langkahnya tiba-tiba sahaja terhenti.
“ Wannie!”
Wannie berpaling. Ternyata Luqmanul Haqim yang memanggilnya.
“ Eh! Kamu Aqim. Ada apa?” Wannie cuba bersikap tenang biarpun perasaan resah dan aneh mula mencengkam dadanya.
“ Sorang aje, Wannie?”



<=Previous          Next=>

                            

Surat Misteri(siri 3)


“  Aku tau….belanja kau,Najwa,Farid,Hisyam,Oldeen dan Atoi makan mee bandung kat pertama Kompleks kan?     ’’ teka Wannie.                                                                     
“Yess! Kau memang sahabat sejati aku. Tau aje...makanan kegemaran aku,” kata Sheera sambil mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum.        Wannie tersenyum dan menganguk tanda setuju. Dengan riang Sheera mendekati teman-temannya untuk diajak menyelidiki tokoh misteri itu.                                    
Sepeninggalan Sheera, Wannie meneliti gambar-gambar tersebut. Ada sekeping gambar yang menarik perhatiannya. Foto seekor kucing putih berbulu tebal sedang tertidur lena di atas sebuah kerusi di ruang tamu. Tiba-tiba Wannie terpandang secarik kertas yang belum sempat dibaca lagi.
Buat; Wannie…
Aku sayangkan kamu
seperti aku menyayangi kucing putih
yang comel ini.
With love,
Nick.


<=Previous          Next=>

                            

Saturday, 28 July 2012

Surat Misteri (siri2)


Wanie hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“ Aku buka ya?” Pinta Sheera.
“ Buka ajelah. Kau tu kan p.a aku” sahut Wanie sambil tersenyum.
“ Isshh…berat je ni Wanie. Apa benda ni?” Tangan Sheera menimang-nimang sampul surat itu.
Dan…
“ Isshhh!! Wanie!! Tengok ni!”
Sheera memberikan kandungan surat yang berisi gambar. Ada gambar Wanie bermain piano, menari dan disaat dia sedang gurau senda bersama Sheera di taman sekolah pun ada. Wanie pasti foto-foto itu telah diambil tanpa pengetahuannya. Snap curi!
“ Siapa punya nagkara ni? Tak guna betul. Kau tengok ajelah gambar buruk aku tu,” rungut Wanie kesal. Sheera berderai.
“ Kau patut bangga kerana ada orang yang sudi tangkap gambar kau dan kirimkannya kembali kepada kau. Kalau terlepas ke tangan orang lain, dah tentu kau malu.” Sahut Sheera sambil matanya tak lepas dari menatap beberapa keeping gambar tersebut.
“ Itu aku tahulah. Tapi bukan cara begini, pakai sumbat aje dalam beg aku.” Rungut Wanie kesal.
“ Aku ada cara tersendiri. Kalau aku Berjaya mencari pengirim surat itu, kau kenalah sediakan imbuhan besar untuk aku. Boleh.? Tanya Sheera kuat.
“ cara tersendiri? Apa yang kau nak buat ni Sheera?”
“ Adalah…Perlu aku bagitau?”
“ Dah tentulah. Kang kau buat yang bukan-bukan… susah aku.”
“ Macam ni… Aku, Najwa, Farid, Hisyam, Oldeen dan Atoi jadi detektif siapa pengirim surat misteri itu. Tapi imbuhannya jangan lupa…”


<=Previous          Next=>

                            

Surat Misteri


*******
Hasil Nukilan: MR@Copyright 1997
Penat menaip: @Fairmummy
********

Sejak akhir-akhir ini, hati Wanie bertambah resah dan gelisah. Selang dua hari, pasti sepucuk surat bersampul merah jambu akan berada di dalam beg sekolahnya. Surat misteri itu lah yang menjadi punca fikirannya menjadi kacau bilau. Sekaligus memaksa Wanie mencari jawaban, siapakah pengirim misteri surat itu. Sheera, teman sekelasnya? Tak mungkin, kerana dia hafal benar, tulisan cakar ayam sahabatnya itu.
Habisss…siapa?? Luqmanul Haqim? Teruna tampan yang bijak bistari tu? Hemmm…Wanie tersenyum sendirian. Takkanlah teruna tampan yang jadi rebutan di sekolahnya itu melakukannya. Selama mereka berkawan, tak pernah pula Luqmanul Haqim menunjukkan tanda-tanda yang dia berminat untuk menjalinkan perhubungan lebih akrab dengannya. Lagipun mereka berlainan kelas. Luqmanul di kelas sains. Sedangkan 
Wanie di Kelas Perdagangan 1. Dah tu boleh dikira dengan jari, berapa kali si Luqmanul Haqim itu menegurnya. Itupun kerana mereka bergabung dalam satu persatuan kebudayaan di sekolah mereka. Tambahan pula Wanie bertindak sebagai setiausaha kepada Luqmanul Haqim , pengerusi persatuan tersebut.
Kalau tak…jangan haraplah. Siapakah penulis surat misteri itu…??  Arghhh!!
“ Wanie, kau dapat surat misteri lagi ke? Bak sini, biar aku buka dan tumpang baca dulu.” Kata Sheera kuat hingga menghentikan lamunan Wanie.
“ Surat? Ada lagi?” Kening Wanie berkerut seribu.
“ Iya, dalam beg kau.” Sheera memandang serius.
“ Aikk, macam mana pulak kau dulu tahu dari aku? Sheera, please.. aku yakin kau pasti tahu si penulis surat itu. Kasihanlah kat aku ni Sheera…aku buntu ni… nak belajar pun aku tak tenang kerana asyik fikir pasal surat tu. Sheera…tolonglah aku” Renggek Wanie meminta simpati.
“ Apa kau cakap ni…sumpah! Aku tak tahu pengirimnya. Kebetulan masa aku nak pinjam liquid paper dalam beg kau, aku ternampak surat tu. So aku tanyalah kau…kalau aku tahu siapa pengirimnya pasti aku akan beritahu kau. Tak ada kerja aku nak merahsiakannya.” Jelas Sheera sambil mencubit pipi mulus milik Wanie.


<=Previous          Next=>