Wannie tidak mahu berfikir lebih panjang mengenai surat itu
lalu disimpannya. Kemudian dengan terburu-buru, dia ke bilik mandi. Dia ingin
cepat mandi dan pergi ke Arched Shopping Centre untuk membeli hadiah.
Tepat pukul 8.00 malam sebuah Vitara kuning berhenti di depan
rumahnya. Luqmanul Haqim, muncul dengan jeans Levis dan ber T-shirt putih.
Entahlah, tiba-tiba sahaja hati Wannie terasa berbunga-bunga. Apatah lagi
melihat Luqmanul Haqim berbual ramah dengan papa dan mamanya.
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Luqmanul Haqim, mereka
lebih banyak mendiamkan diri. Hati Wannie menjadi tidak keruan, maklumlah dapat
bersama orang yang menjadi pujaannya. Biarpun begitu, Wannie tidak berani
memastikan sikap Luqmanul Haqim terhadap dirinya. Dan dia juga tidak mahu
terburu-buru meletakkan Luqmanul Haqim ke dasar hatinya.
“ Eh! Diam aje, Wannie. Tak gembira ke?” Ungkapan Luqmanul
Haqim mencairkan suasana beku itu.
“ Ha…dah sampaipun kak Wanie. Terima kasih kerana akak sudi
datang.” Ucap Isma Ellyza sebaik sahaja mereka melangkah masuk kedalam rumah.
Sebaik sahaja majlis itu berlangsung, Wannie menjadi begitu
hairan apabila melihat , bukan Isma Ellyza yang melangkah maju ke hadapan
sebaliknya Luqmanul Haqim.
Isma Ellyza yang berdiri di antara papa dan mamanya tersenyum
apabila melihat garis keraguan terpancar di wajah Wannie. Wannie tidak sempat
mendengar ucapan Luqmanul Haqim disebabkan kehadiran seekor kucing berbulu
lebat yang melintas di depan Wannie.
Hah, kucing itu? Wannie terkejut lalu dia teringat pada foto
yang dikirimkan oleh penulis misteri itu. Dihampirinya kucing yang manis itu, kemudiannya
digendongnya ke atas pangkuannya. Tanpa disedari ada sepasang mata begitu asyik
memandang bersama sebuah senyuman yang terukir dibibir.
“ Wannie minat dengan kuching?” suara Luqmanul Haqim
mengejutkannya.
“ Suka juga. Comel kucing ni. Siapa namanya.” Tanya Wannie
sambil menepuk-nepuk tubuh gempal kucing itu.
“ Wannie, namanya” jelas Isma Ellyza yang tiba-tiba muncul di
situ.
Wannie terperanjat. Jadi…apakah penulis surat misteri itu
Luqmanul Haqim? Ah, tak mungkin…kerana penulis surat itu bernama Nick dan bukan
Luqmanul Haqim.
“ Wannie??” Tanya Wannie seperti tidak percaya.
No comments:
Post a Comment