Fairmummy.blogspot.com

Thursday, 26 July 2012

Siapa yang rampas cintamu (siri 2)


“ Memanglah dia tak jumpa aku, dia asyik jumpa kau aje.”
“Eh, Rin. Apa ni? Apa masalahnya? Cuba cakap dengan aku. Risau aku tengok kau macam ni. Setahu  aku kau tak pernah ponteng kuliah.” “Kau tak payah risau pasal akulah. Aku tahu jaga diri aku. Kau tu cuba jaga diri kau sendiri. Jangan nak rampas pak we orang! Kawan baik sendiri pulak tu!” dia menghentak meja. Terkejut aku. Satu kerana hentakan itu, dua kerana tuduhan yang dilemparkannya.

“Rin, kau tahu kan aku tak suka cakap berbelit-belit. Apa-apa hal tak puas hati, terus terang aje. Kalau aku silap aku minta maaf , okey?”. “ Jangan buat-buat tak fahamlah. Kau tu bukannya orang putih, tak faham Bahasa Melayu. You’re not my friend anymore. Aku dah tahu sangat niat buruk kau tu. Memang tidak boleh diharap. Kawan makan kawan. Aku tak nak tengok muka kau lagi, Get Out!!” mukanya disembamkan ke meja. Tangisan Farina mula pecah. Aku tergamam mendengar kata-katanya yang bagai sembilu menusuk hatiku. Tak faham sungguh aku dengan tuduhannya itu. Siapalah yang telah menaburkan fitnah…

"Pergi!!" kali ini dia menjerit menghalau aku sambil melemparkan bingkai gambar ke lantai. Prang!!! cermin kaca bersepai. aku tunduk mengutip foto yang telah terkeluar dari bingkai berbentuk hati itu. Gambar seorang jejaka yang cukup kukenali. Namanya Hafiz. Dia sedang tersenyum manis sambil matanya tepat merenung corong kamera.


~~~~~~
Rehat dlu...Laparrrr!!
Bersambung... 
~~~~~

1 comment:

  1. EARN FROM YOUR BLOG, TWITTER OR FACEBOOK ACCOUNT--
    Do you have a blog, twitter profile or Facebook account and would like to generate a steady income? Or are you looking for high quality blogs to sponsor in order to generate traffic and increase your search engine rankings? Spogster is the market place for you!
    Whether you want to test and review products on your blog or offer links in return for sponsorships on your Facebook page or website, spogster.com is the perfect place to find business partners.
    Sign up for FREE at spogster.com and start your own business!

    NOTE: Using spogster.com is free for now. That means you pay no fixed fees and you pay no commission on what you receive from your sponsors. The only thing we charge for is featured ads. Featured ads can be shown either on your category page, on the front page or on both, and we charge a fixed listing fee for such ads.

    ReplyDelete