*******
Hasil Nukilan: MR@Copyright 1997
Penat menaip: @Fairmummy
********
Sejak
akhir-akhir ini, hati Wanie bertambah resah dan gelisah. Selang dua hari, pasti
sepucuk surat bersampul merah jambu akan berada di dalam beg sekolahnya. Surat
misteri itu lah yang menjadi punca fikirannya menjadi kacau bilau. Sekaligus
memaksa Wanie mencari jawaban, siapakah pengirim misteri surat itu. Sheera,
teman sekelasnya? Tak mungkin, kerana dia hafal benar, tulisan cakar ayam
sahabatnya itu.
Habisss…siapa??
Luqmanul Haqim? Teruna tampan yang bijak bistari tu? Hemmm…Wanie tersenyum
sendirian. Takkanlah teruna tampan yang jadi rebutan di sekolahnya itu
melakukannya. Selama mereka berkawan, tak pernah pula Luqmanul Haqim
menunjukkan tanda-tanda yang dia berminat untuk menjalinkan perhubungan lebih
akrab dengannya. Lagipun mereka berlainan kelas. Luqmanul di kelas sains.
Sedangkan
Wanie di Kelas Perdagangan 1. Dah tu boleh dikira dengan jari, berapa kali si Luqmanul Haqim itu menegurnya. Itupun kerana mereka bergabung dalam satu persatuan kebudayaan di sekolah mereka. Tambahan pula Wanie bertindak sebagai setiausaha kepada Luqmanul Haqim , pengerusi persatuan tersebut.
Wanie di Kelas Perdagangan 1. Dah tu boleh dikira dengan jari, berapa kali si Luqmanul Haqim itu menegurnya. Itupun kerana mereka bergabung dalam satu persatuan kebudayaan di sekolah mereka. Tambahan pula Wanie bertindak sebagai setiausaha kepada Luqmanul Haqim , pengerusi persatuan tersebut.
Kalau
tak…jangan haraplah. Siapakah penulis surat misteri itu…?? Arghhh!!
“ Wanie, kau
dapat surat misteri lagi ke? Bak sini, biar aku buka dan tumpang baca dulu.”
Kata Sheera kuat hingga menghentikan lamunan Wanie.
“ Surat? Ada
lagi?” Kening Wanie berkerut seribu.
“ Iya, dalam
beg kau.” Sheera memandang serius.
“ Aikk,
macam mana pulak kau dulu tahu dari aku? Sheera, please.. aku yakin kau pasti
tahu si penulis surat itu. Kasihanlah kat aku ni Sheera…aku buntu ni… nak
belajar pun aku tak tenang kerana asyik fikir pasal surat tu. Sheera…tolonglah
aku” Renggek Wanie meminta simpati.
“ Apa kau
cakap ni…sumpah! Aku tak tahu pengirimnya. Kebetulan masa aku nak pinjam liquid
paper dalam beg kau, aku ternampak surat tu. So aku tanyalah kau…kalau aku tahu
siapa pengirimnya pasti aku akan beritahu kau. Tak ada kerja aku nak
merahsiakannya.” Jelas Sheera sambil mencubit pipi mulus milik Wanie.
No comments:
Post a Comment