*******
Hasil Nukilan: Heta Fateha
Penat menaip: @Fairmummy
********
"Assalamulaikum...Farina! Farina! bukalah pintu ni. Aku tahu kau ada di dalam!". Aku memandang tepat ke pintu bilik itu. Ku pulas-pulas tombolnya. Terbuka! Di hadapanku berdiri seorang gadis ayu yang muram wajahnya. Nyata dia tidak berada dalam situasi yang mengembirakan.
"Boleh aku masuk?" dia tidak menjawab tetapi terus berpaling dan melangkah ke dalam lalu duduk di meja study. Aku menuruti langkah lesunya selepas pintu bilik kututup rapat.
"Kau sihat Rin? maaflah aku sibuk dua tiga hari ni. Tak sempat nak jumpa kau. Kau tahulah kan sekarang ni aku sibuk dengan projek Marketing.Kau pun tak datang bilik aku, kenapa?" aku terus mengajukan soalan setelah duduk berjuntai di birai katil.
Diam. Farina menguis-nguis hujung note pad yang berlipat-lipat di atas meja. Aku beralih duduk merapatinya.
" Kenapa kau tak datang kuliah Sastera tadi?" Aku bertanya lagi. "Hafiz menunggu kau macam biasa. Dia kata dah dua hari tak jumpa kau. Dia kirim salam rindu." Salam Hafiz tidak dijawabnya tapi Farina memandang tajam padaku sambil berkata sinis.
~~~~~
Penat menaip dahhh!!
klu tak penat-penat lg membaca
~~~~~
No comments:
Post a Comment