Fairmummy.blogspot.com

Monday, 30 July 2012

Surat Misteri (siri 6)


Wannie terperanjat. Ada seseorang yang telah mengetuk pintu kamarnya.
“ Siapa?” teriak Wannie.
“ Epit. Kak, kawan akak datang. Ada kat luar tu!.” Teriak Effiq, adiknya dari luar kamar.
Dengan terburu-buru Wannie berganjak dari tempat tidur dan terus merapikan rambutnya yang berserabut itu. Hatinya mula rasa berdebar tidak keruan di saat dia melihat susuk tubuh Luqmanul Haqim di sebalik kaca.
“ Haqim? Masuklah, Aqim,” pelawa Wannie, berusaha menyembunyikan getaran dalam dadanya.
“ Tak apalah, Wannie. Kejap aje…kat sini pun bolehlah,” jawab Luqmanul Haqim tersenyum ramah.
“ Kalau ye pun, duduklah dulu,” sambung Wannie lagi.
“ Ye lah…Emm…kau kenal Isma. Isma Ellyza?”
“ Adik kau?” Wannie bertanya pula.
“ Iya lah tu. Ni ha…dia suruh aku sampaikan kad ni pada kau,” jawab Luqmanul Haqim sambil menghulurkan surat bersampul putih. Tanpa membuang masa Wannie terus membukanya. Ternyata kad undangan harijadi dari Isma.
“ Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang,aku akan datang.” Janji Wannie.
“ Tapi, malam. Siapa yang nak hantar kau nanti?” Tanya Luqmanul Haqim bimbang.
“ Papa, kalau papa tak hantar, aku datang sendirilah.” Jawab Wannie selamba.
“ Papa kau kan kerja. Kalau begitu, biar aku ajelah yang ambik kau. Itu pun kalau kau sudi…” sambung Luqmanul Haqim lagi.
Aikk…pelik!! Tak pernah pula sebelum ni dia bersikap begitu. Tiba-tiba sahaja menjadi ramah. Apa dah jadi ni?
“ Kenapa dengan kau ni, Wannie. Semacam aje…kau tak suka aku jemput kau ya…atau dah ada pangiran muda yang dah bersiap sedia untuk menghantar dan menjemput kau?” Tanya Luqmanul Haqim tersenyum manis ketika melihat sikap Wannie yang agak resah. Wannie tersentak. Tiba-tiba sahaja wajahnya menjadi merah padam kerana menahan malu.
“ Tak adalah…mana ada.. siapa pengiran muda… ah! Jauh sekali. Okeylah, esok malam aku tunggu kau,” jawab Wannie tanpa rasa ragu.
“ Kalau macam tu, okeylah  aku balik dulu. Jumpa malam esok ya!”

<=Previous          Next=>

No comments:

Post a Comment