Julia, adikku menderita Hepatitis B dan kerana itulah tidak seorang pun teman sebayanya yang mahu berkawan dengannya. Julia sering menyendiri, bahkan juga menangis.
Papa pula tak sudah-sudah membangga-banggakan kepandaianku yang sebenarnya tidak seberapa. Papa juga suka menceritakan bahawa dia baru membeli itu...ini... atau pernah bertemu dengan orang itu...orang ini...sifat Papa memang pelik sekali.
Hari itu, ada yang tak kena dengan pundi kencingku. Aku ke doktor. Biasanya dalam urusan begini, aku dihantar oleh Mama ataupun kakak tetapi kerana mereka sibuk,hai...terpaksalah dihantar oleh Papa.
Hatiku mulai berasa was-was dan benarlah firasatku. Sebaik saja aku selesai diperiksa oleh doktor, Papa mulai berceloteh tentang kenalannya.
" Emmm...Doktor kenal tak dengan Doktor Arman?"
" Doktor Arman?, Doktor Arman yang mana satu?"
" Tu...yang tinggal di Jalan Bukit Melawati."
" Oh...Arman Shah..ya..ya..saya kenal tapi Doktor Arman tak bertugas di sini lagi. Dah berpindah ke Hospital Universiti."
" Iya?...dia tu teman lama saya. Hai...dulu tu dia bukan main lagi aktif dalam olahraga tapi sekarang ni tak tahu pulak. Fuhh.. dia tu memang hebat. Pandai berenang, main hoki dan macam-macam la...
" Emmm..." Doktor Darween Krisna hanya mampu mengangguk-anggukkan kepalanya kerana sudah tidak pasti apa yang harus diperkatakan lagi.
Papa terus bercerita tentang temannya itu tanpa bertitik koma lagi. Ceritanya sudah tentu tidak ada hubung kaitnya dengan Doktor Darween ataupun penyakitku. Dan Papa seolah-olah tidak sedar yang dia telah banyak membuang masa doktor muda itu.
No comments:
Post a Comment