Fairmummy.blogspot.com

Friday, 27 July 2012

Siapa rampas cintamu (siri 6)

Tapi seperti pendapat kebanyakan orang, fizikal saja tidak cukup. Naluri kewanitaan pasti akan tersentuh dengan keromantikan lelaki seperti Hafiz. Hafiz romantik orangnya. Dia selalu membuat kejutan dengan mengirim mawar dan hadiah-hadiah kecil buat Farina bukan pada hari-hari istemewa saja. Sajak-sajak cintanya juga sering menghiasi softboard di dinding kamar Farina. Kalau Farina merajuk, Hafiz ada cara tersendiri memujuknya. 
Rajuk yang panjang pun pasti boleh hilang apabila mendengar tape yang dikirim oleh Hafiz yang mengandungi pujuk rayu dengan iringan muzik berirama lembut. Hafiz juga tidak lupa menyelitkan sebuah lagu cinta di dalam tape itu kerana dia tahu Farina gemarkan muzik. Bukankah membahagiakan apabila mempunyai kekasih yang memahami dan beralah orangnya.
Tepat jam tiga petang aku sudah duduk tercongok dibangku yang tersusun ala restoran di Dataran Ilmu. Lima minit selepas itu barulah Hafiz tiba. Dia menghempaskan buku-bukunya ke atas meja dan terhenyak duduk bersandarkan dinding. Wajahnya merusuhkan. 
"Kenapa Rin tu Ila? Naik terjelir lidah aku panggil dia di cafe tadi. Dia buat tak dengar saja." Hafiz memuntahkan pertanyaan di benaknya sambil mengeluh. 
" Entahlah Hafiz, aku pun tak tahu. Semalam aku pergi ke bilik dia nak menyampaikan salam kau. Tak pasal-pasal dia mengamuk cakap yang bukan-bukan." Aku seperti mengadu tapi yang pasti aku memberitahu yang benar.
" Apa yang dia cakap?"
" Dia kata aku ni tak guna jadi kawan dia."
" Apasal?"
" Kerana aku nak rampas kau dari dia."
" Kah?" hafiz terkejut tetapi tidak lama.
" Kah! kah! kah!" Dia ketawa bagai nak rak. Orang sekeliling mulai memandang ke arah kami. Aku mencerlangkan mata. Hafiz mengangkat tangannya separas bahu.
" Sorry! Lawak sangatlah Ila, sakit perut aku." Dia menekan-nekan perutnya.
" Dia jealous kau selalu dengan aku agaknya." Aku membuat telahan. Bukan untuk memburukkan Farina tapi untuk menyatakan apa yang aku rasakan.
" Laa...dia kan tahu kita banyak project paper. Final exam lagi sebulan tahu?"
" Aku tahu tapi mak we kau tu yang tak faham."
" Tak boleh jadi. Macam ni aku kena jumpa dia. aku takde masa nak buat tape sekarang ni. Kau tolong aku boleh?"
" Ala... mana boleh. Dia dah meluat tengok muka aku yang tak lawa ni, tahu?"
" Eh, kau lawa apa? Tolong aku eh?"
" Ah, engkau tu, kalau nak minta tolong....okeylah. Kau nak aku buat apa?" Terpaksa aku mengaku saja. Kalau tidak, tak terbuat pula tutorial Acconting kami nanti.
Selepas asar aku mengatur langkah longlai menuju ke pangsasiswa Farina yang selang empat block dari blockku.
~~~~~
U all nak tahu apa yang berlaku di bilik Farina??
jgn lupa sambungan seterusnya
~~~~~

No comments:

Post a Comment