Aku ingin jadi seperti
adik-beradikku yang lain, dapat menerima kemaafan Papa itu dengan ikhlas.
Mereka tidak pernah menyimpan perasaan benci dan dendam sepertiku. Apakah aku
ini tidak pernah mengenal erti kasih dan saying seorang ayah? Jelas tidak. Lalu
aku mula memikirkan hakku ke atas diri Papa, dan sebaliknya.
Apakah aku berhak membencinya
sedemikian rupa? Hatiku berkata-kata sendiri. Otakku berputar ligat mencari
jalan penyelesaian.
Dua tahun kemudian, tiba-tiba
sahaja aku jatuh sakit dan terpaksa dirawat di hospital. Ketika itu, abang
Adili sedang sibuk membuat persediaan majlis perkahwinannya. Mama benar-benar
sibuk dan tidak berkesempatan untuk menemaniku di hospital. Akhirnya, Papalah
yang menggantikan tempat Mama. Ya…Papa yang terpaksa menemaniku sepanjang aku
terlantar di hospital.
Aku dibenarkan pulang tepat pada
hari pernikahan abang Adili. Semua orang agak sibuk pada hari itu. Kereta
Kancil, satu-satunya milik Kak Nadia, sedang dipakai untuk pelbagai keperluan.
Padahal, aku memerlukan kenderaan untuk pulang. Dan ketika itulah Papa
kelihatan begitu sibuk mencari kereta sewa.
Setelah tiga jam menanti, aku
lihat sebuah lori kecil masuk ke halaman hospital. Di dalamnya ada Papa, Julia
dan seorang lelaki, kukira temannya. Rupa-rupanya Julia telah meminta
pertolongan kawannya untuk membawaku ke rumah.
“ Baik-baik,” ujar Papa
perlahan sambil memandang raut wajahku.
Aku mendiamkan diri biarpun ada
getar-getar asing yang mula menikam jiwaku.
“ Ni …Johan. Kawan Ju…,” ujar
Julia sambil memperkenalkan temannya yang baik hati.
“Eh…eh.. kita berempat. Macam
mana ni?,” ujarku ragu.
“ Iya la…baru Ju terfikir,”
tingkah Julia.
“ Habiss…macam mana ni?”
pintasku.
“ Biar Papa aje yang duduk kat
belakang tu,” Papa memutuskan kata.
<= Sebelumnya Seterusnya=>
No comments:
Post a Comment