Fairmummy.blogspot.com

Monday, 30 July 2012

Maafkan Normy!! ( Siri 3 )



Aku teringat pada pesakit yang telah lama menunggu. Justeru itu, cepat-cepat aku memotong cerita Papa, lalu meminta mengundur diri.
Perjalanan pulang terasa begitu lama. Perasaan geram terhadap sikap Papa terus aku simpan di dalam hati. Aku langsung tidak dapat menerima sikapnya, hinggakan keesokan harinya pun aku masih berasa kesal. Aku cuba menghindari diriku dari bertemu dengan Papa atau apa sahaja yang berhubungkait dengannya.

Sampaikan Mama sendiri berasa hairan. 

" Kenapa dengan kamu ni, Normy?" tanyanya.
" Aku, apa lagilah...terus menceritakan pada Mama apa sebenarnya yang telah berlaku semalam.
" Papa kamu memang macam tu...," jelas Mama memujuk.
Seminggu kemudian, aku mulai lupa. Nampaknya, perhubungan kami sudah kembali menjadi seperti biasa. Sampailah pada saat yang tak terduga, di hari pengumuman keputusan peperiksaan kak Nadia. Ternyata, Kak Nadia gagal mendapat keputusan yang cemerlang.
" Apa ni? sia-sia aje kau belajar selama ini kalau keputusannya macam ni. Buang duit aje!" Jelas kemarahan Papa tak dapat dibendung lagi.
Kak Nadia belajar di Kolej Swasta dan perbelanjaan pelajarannya adalah lebih mahal di antara aku dan adik-beradik yang lain. Kegagalan Kak Nadia untuk menyambung pelajarannya ke Pusat Pengajian Tinggi sudah cukup membuatkan Papa kecewa dan mengakantirikannya.. Sekarang, entah apa lagi sikap dan tindakan Papa terhadap Kak Nadia. Aku tak tahu!!
Mama pernah bercerita bahawa Papa selalu marah-marah apabila Kak Nadia berada di rumah. Dia berasa seolah-olah Kak Nadia tak patut dilahirkan ke dunia. Untung juga Kak Nadia seorang yang tabah dan sabar meskipun terpaksa menerima cemuhan dan cacian daripada Papa.
Dan sejak hari itu, Papa lebih kerap marah-marah. Tentu sahaja hubungan Papa denganku adik-beradik menjadi renggang. Selamat juga! Tapi yang tidak kenanya, Mama pula dijadikan untuk Papa melepaskan segala kemarahannya pada kami. Mungkin juga kerana Papa sudah tidak tahan lagi melihat karenah kami.
                                                                                                                   <= Sebelumnya     Seterusnya=>

No comments:

Post a Comment