“ Ya lah, Wannie,” jawab Isma Ellyza singkat.
“ Siapa yang beri nama kucing tu?” Tanya Wannie lagi.
Isma Ellyza melirikkan matanya ke arah Luqmanul Haqim yang
sedang leka enjoy bersama teman-teman. Wannie tertawa, melihat sikap Luqmanul
Haqim yang pura-pura buat tak tahu itu.
Ketika majlis harijadi Luqmanul Haqim berlangsung, tiba-tiba
lampu utama mendadak padam. Sebagai gantinya, tujuh belas batang lilin
dinyalakan sambil diiringi lagu Happy Birthday yang dinyanyikan dengan penuh
semangat.
Wannie benar-benar tidak mengerti, tambahan pula di saat
upacara pemotongan kek, Luqmanul Haqim berjalan ke arahnya dan sekaligus
memberikan sepotong kek berbentuk jantung itu kepadanya. Genggaman erat dan
tatapan mata Luqmanul Haqim membuat Wannie bertambah yakin bahawa semua ini
bukanlah sekadar mimpi.
Suasana riuh rendah masih memenuhi ruang tamu rumah itu.
Tangan mereka masih menggenggam erat sehingga…
“ Dah la tu…tak habis-habis lagi ke?” sebuah suara
mengejutkan kedua-duanya.
“ Najwa, Farid, Hisham, Oldeen, Atoi…Sheera? Kau orang semua
ni dari mana? “ Tanya Wannie separuh terkejut setelah melihat kehadiran
teman-temannya.
“ Moga bahagia…kau orang berdua ni memang sepadan…macam Erra
dan Awie…,” usik Najwa memaksa Luqmanul Haqim agar mencubit telinganya.
“ Kan aku dah kata…dia sukakan kau. Tak percaya lagi?” bisik
Sheera.
Wannie benar-benar tersentak. Bunga-bunga cinta mulai bersemi
di lubuk hatinya.
“ Okeylah…kita orang chaw dulu…” ujar Wannie sambil
mengerdipkan matanya pada Luqmanul Haqim.
Wannie tertunduk malu.
“ Wannie, aku minta maaf tentang semua ini. Terus terang
ingin aku nyatakan padamu, aku sudah lama menyimpan perasaanku terhadapmu.
Tapi, baru kali inilah aku berani menyampaikannya padamu. Maaf juga tentang
surat-surat itu. Nick adalah nama panggilanku di rumah, “ jelas Luqmanul Haqim.
“ Aku mengetahui segalanya tentang dirimu melalui Sheera.”
Sambung Luqmanul Haqim lagi.
“ Sheera?”
“ Ha..ah..Sheera. Sheera adalah sepupuku. Melalui dia jugalah
aku dapat mengirimkan surat-surat misteri itu kepadamu. Kau tak marah kan?”
Mata Luqmanul Haqim menatap tepat kearah Wannie. Wannie membalasnya dengan
sebuah senyuman manis yang terukir indah di bibir mugilnya.
Luqmanul Haqim terus menggenggam tangan Wannie dengan penuh
erat dan mesra. Seakan ingin menyatukan dua hati yang telah sama-sama menyimpan
sebuah kerinduan yang panjang.
Tamat!!
No comments:
Post a Comment