Fairmummy.blogspot.com

Monday, 30 July 2012

Maafkan Normy!( Siri 1)

" Ni ke, balasan kau orang terhadap diri Papa? Ternyata, segala pengorbanan Papa selama ini sia-sia. Sikitpun kau orang tak pernah hargai...?" Suara papa terdengar keras.
" Kan...Normy dah buktikan, Pa..."
" Iya... tapi yang lain tu...Huh! tengoklah. Langsung tak berguna."
Papa seharusnya lebih sabar. Walau hanya berpangkat pegawai rendah kerajaan dan terpaksa pula menanggung perbelanjaan lima orang anaknya yang masih di alam persekolahan. Papa harus lebih mengerti, bahawa hasil kerjanya memang untuk anak-anaknya.
Papaku, Fakrul Iman, memang sering memarahi kami adik-beradik. Sesekali, timbul juga kecurigaan di hatiku, bahawa dia sangat membenciku adik-beradik. Dalam erti kata lain, dia tidak menginginkan kami!
Aku adalah anak nombor tiga. Dan sesungguhnya akulah yang paling degil atau keras kepala. Aku jugalah yang paling tidak menyukai Papa. Bagiku, segala gerak-geri ataupun tingkah laku Papa, adalah perkara yang tidak dapat aku terima. Di mataku, dia seorang pemarah, kurang tegas, mudah panik dan entah apa-apa lagi. Walaupun begitu, aku tetap berusaha menjadi anak yang berjaya, seperti yang diinginkannya.
Papa juga seorang yang bersikap terbuka. Tetapi sikap terbukanya itu lebih kepada keburukan yang memalukan. Kadang-kadang timbul juga di ikiranku, apakah Papa tidak pernah berfikir langsung bahawa cerita itu patut di rahsiakannya. Bayangkan... cerita mengenai penyakit adikku, habis disebarkannya pada setiap orang yang ditemuinya di pejabat ataupun di rumah.

No comments:

Post a Comment