“ Gila, masakan aku disamakan
dengan seekor kucing. Kurang asam!! Ni dah keterlaluan” Keluh Wannie kesal.
Tapi surat misteri kali ini lain sikit, berani pulak tulis nama biarpun sekadar
nama palsu. Hai, siapakah sebenarnya yang menggunakan nama Nick itu, hati Wannie
berbisik sendiri.
Dia cuba mengimbas kembali memori
lalu di benaknya, tapi nama Nick itu tidak pernah tertera di sepanjang
perjalanan hidupnya.
Deringan
loceng berulang kali itu membuatkan Wannie terperanjat beruk. Melihat situasi
itu, Sheera tergelak besar. Wannie sedar, tak satu matapelajaran pun yang
sangkut di otaknya.
Wannie terburu-buru meninggalkan
kelas namun ketika dia melintasi kelas Sains, langkahnya tiba-tiba sahaja
terhenti.
“ Wannie!”
Wannie berpaling. Ternyata
Luqmanul Haqim yang memanggilnya.
“ Eh! Kamu Aqim. Ada apa?” Wannie
cuba bersikap tenang biarpun perasaan resah dan aneh mula mencengkam dadanya.
No comments:
Post a Comment