Fairmummy.blogspot.com

Monday, 30 July 2012

Surat Misteri ( siri 7)

Hari Sabtu yang meresahkan . Wannie lebih banyak mendiamkan diri kerana fikirannya tidak tenang. Semua ini adalah gara-gara Luqmanul Haqim yang berjanji akan datang menjemputnyake majlis ulangtahun Isma, adiknya itu.

“ Kenapa dengan kau ni ha? Kau fikir pasal surat misteri tu lagi ya?
Eh… dah lama juga kau tak terima surat tu lagi kan?” usik Sheera. Wannie diam membisu.
“ Apa ni…tak layan pun. Hai… kau pun nak jadi orang misteri jugak ke? Pelik…memang pelik, kawan semeja aku yang cantik molek ni dah jadi budak bisu pulak. Ajaib…sungguh ajaib,” gomel Sheera sendirian. Namun Wannie tetap membatukan dirinya.
Tiba-tiba sahaja Luqmanul Haqim melintas di hadapan mereka berdua. Wannie terperanjat ketika menerima lirikan mata yang terpancar di sudut mata Luqmanul Haqim yang redup itu.
“ Hai…” sapanya ringkas.
Wannie hanya mampu mengangguk dan sempat juga dia melemparkan sebaris senyuman buat Luqmanul Haqim, jejaka yang kian mendapat tempat di hatinya.
“ Ha…tengok tu. Dari lirikan matanya aku tahu … si Aqim tu sebenarnya minat kat kau… bisik Sheera sebaik sahaja jejaka tampan itu berlalu. Wannie naik geram lalu mencekik leher Sheera. Akhirnya tawa dua sahabat itu berderai kuat dengan segumpal nada ria.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Wannie terus mencampakkan beg sekolahnya ke atas meja studynya. Dan sepucuk surat bersampul merah jambu tersembul keluar dari dalam beg. Tanpa berlengah, Wannie terus memungut benda itu lalu membukanya.

Sayangku Wannie…
Aku minta maaf kerana
Telah membuatkan kamu merindui
Kunjungan surat ini.
Dan baru hari ini aku berkesempatan
Untuk mengirimnya lagi. Percayalah,
kucingku masih
semanis kamu.
Nick

Wannie mengeluh panjang ketika menatap surat berserta beberapa keping gambar dirinya dan seekor kucing manis, dua benda yang terkandung di dalam surat misteri itu. Kucingku dan…Nick.

<=Previous          Next=>

                            

No comments:

Post a Comment