Shafika Huda terus saja mengekori. Tidak lama selepas itu, Faisal memberhentikan keretanya di tepi jalan. Shafika terus bergegas keluar dari keretanya lalu mengejar langkah Faisal.
" Faisal...Tunggu!"
" Maaf! Jangan ganggu aku. Aku sibuk ni!" balas Faisal sambil meneruskan langkahnya.
" Apa salah Fika, Faisal. Cakaplah...Fika nak tahu sangat kenapa Faisal tergamak buat Fika macam ni. Fika pohon...cakaplah...cakaplah, sayang..." Shafika Huda mendesak.
Faisal tertunduk. Wajahnya kelat seribu,tak berani untuk menatap wajah Shafika Huda.
" Maafkan Faisal, Fika" parau suara Faisal.
" Apa yang harus Fika maafkan, Faisal. Faisal tidak pernah melukakan hati Fika." Jelas Shafika Huda perlahan.
" Maafkan Faisal. Faisal tak boleh buat apa-apa bila emak..." Faisal tidak dapat meneruskan kalimatnya. Air mukanya bertambah resah.
" Kenapa dengan emak?" pintas Shafika Huda cemas.
" Sekali lagi, Faisal minta maaf. Seharusnya perkahwinan itu tidak terjadi..."
" Faisal dah kahwin? Faisal, dah tinggalkan Fika?" tanya Shafika Huda sambil menggoncang bahu Faisal dengan dada yang penuh debar. Takut kehilangan lelaki itu.
Faisal diam membisu. Berat untuk meluah kata.
" Katakanlah Faisal...katakanlah jika Faisal sudah beristeri," ujar Shafika Huda menahan tangisan.
Dengan lemah Faisal menggeleng. " Jadi..."
" Emak bukan lagi janda, Fika. Dia dah berkahwin. Tapi...kalau Faisal tahu, siapa lelaki yang melamarnya. Dah tentu Faisal akan membantah..."
" Siapa lelaki itu?"
" Papamu..."
" Apa?"
Kedua anak matanya membesar. Hatinya mula terbakar.Memang selama ini, dia tidak pernah ambil tahu wanita yang menjadi isteri kedua Papanya.
Dadanya terasa semakin sebak dan sesak. Tanpa di sedari, air hangat mula membasahi kelopak matanya.
" Papamu adalah orang yang memberi bantuan kepada emak untuk mengembangkan perniagaan keteringnya. Kami bertemu di sebuah bank ketika sedang mengurus pinjaman. Setelah permohonan pinjaman kami ditolak, Papamu telah menawarkan bantuannya.
" Begitulah ceritanya Fika. Faisal betul-betul tidak tahu lelaki itu adalah Papamu. Sampailah di suatu petang ketika Faisal menghantar Papamu balik ke Apartmen. Faisal betul-betul terperanjat. Tak sangka, dia adalah Papa kepada kekasihku sendiri. Papa telah meminta Faisal merahsiakan semua ini dari pengetahuan Fika. Dan sejak hari itu, Faisal tidak pernah menghantarnya balik..."
Shafika Huda terpegun dalam pedih. Itulah sebab utama mengapa Faisal tidak lagi menghubunginya. Lalu, hari itu dia teringat, jadual Papa bersama isteri keduanya. Hatinya semakin geram. Fikirannya kembali terbakar. Papa bukan sahaja telah merampas segala kebahagiaan Mama, tetapi turut mengguris luka di hatinya.
" Kat mana rumah, Faisal?! tanya Shafika Huda tegas.
" Untuk apa? segalanya sudah terjadi dan emakku bukanlah wanita yang mudah menerima lamaran Papamu kalau Mamamu tidak memberikan keizinan padanya untuk menikah lagi. Barangkali ini sudah takdir Tuhan."Kata Faisal dengan suara yang tersekat-sekat.
" Faisal harap Fika mengerti...sebenarnya, Faisal sendiri tak nak perkara ini terjadi..."
Shafika Huda mendengus kasar. Segalanya memang sudah terjadi. Aku juga terpaksa terima semua ini, sebagaimana Mama dan Kak Nani. Hanya mampu pasrah menerima segala langkah dan kehendak yang telah di pilih oleh Papa. Tetapi kenapa mesti dengan emak Faisal? kenapa? kenapa?, kenapa??Papa?...
Tamat
No comments:
Post a Comment