Fairmummy.blogspot.com

Wednesday, 8 August 2012

Milik Siapakah Hatimu? 2

Kerja di pejabat terpaksa aku tinggalkan. Cuti kecemasan selama dua minggu aku pinta. Untung juga aku punya bos yang bertimbangrasa. Kasihan Mama, takkan aku nak biarkan dia seorang menjaga ayah. Inilah yang susahnya bila jadi anak tunggal.
Ayah dipindahkan ke tingkat 7, kelas ke tiga wad perubatan lelaki. Aku cuba meminta supaya ayah ditempatkan di bilik kelas pertama. Selesa sikit. Tapi, tiada bilik kosong buat sementara waktu. Kenalah tunggu buat beberapa hari lagi, jelas jururawat yang bertugas.
Barang-barang keperluan ayah telah aku bawa naik ke tingkat 7. Aku seluk poket jeans, mencari syiling sepuluh sen. Hendak menelefon Mama di rumah. Tapi tak ada. Tak apalah, tahulah mama mencari aku nanti.
Jarum jam menunjukkan hampir pukul 4.30 petang. Tanda waktu melawat bermula. Ramai pelawat sudah mula datang. Suasana di wad kelas ketiga sudah mulai bising. Aku duduk di tepi katil ayah. Ku renung wajahnya. Dia sedang lena tidur. Ya Allah! sembuhkanlah penyakit ayah.
Seketika kemudian, muncul wajah-wajah yang ku kenali. Mak Cik, Pak Cik dan sepupu-sepupuku sudah membanjiri katil ayah. Aku sedikit terhibur. Di celah keramaian mereka, aku terpandang wajah Hayati, sahabat karibku.
" Engkau datang dengan siapa?" aku mendapatkan Yatie.
" Dengan bapa aku" lalu dia menghulurkan sedikit buah tangan.
" Buat susahkan kau aje".
" Sekali-sekala, apa salahnya. Kalau orang sakit tak nak makan, apa gunanya orang yang tak sakit" guraunya. Ketawa kami pun berderai.
Keadaan di sekitar katil ayah semakin hangat. Mama pun sudah sampai bersama sanak saudara yang lain. Sedang aku dan Yatie sedang rancak berbual, kelihatan seorang pemuda sedang menghampiri katil ayah. Aku mencuit tangan Yatie. Mata kami terhala ke arahnya. Kemudian, pemuda itu berundur. Tidak jadi mungkin. Ayah masih ada ramai peminat.
Ehmm!! manis orangnya. Barbaju panas hitam. Aku menoleh sekali lagi. Aku melihat ada stetoskop tergantung pada lehernya.
" Wow ! Doktor!" jeritku halus.
" Tapi tak macam doktor pun" tingkah Yatie.
" Tak apa, asalkan aku dan dia sehati sejiwa" Yatie tergelak.

No comments:

Post a Comment