Fairmummy.blogspot.com

Sunday, 5 August 2012

Kenangan Semalam 9


“ Mira, ibu nak beritahu Mira sesuatu” air muka ibu merisaukanku. Aku berlagak tenang walaupun dalam hati Tuhan saja yang tahu.
“ Ibu dan Mak Long dah bersetuju untuk menjodohkan Mira dan Shafiq. Majlis akan diadakan secepat mungkin”. Terasa gugur jantungku ketika itu.
“ Tapi Ibu…” belum sempat aku menghabiskan ayat, ibu menjelaskan, aku sudah ditunangkan dengan Abang Shafiq semenjak kecil lagi, atas wasiat Pak Longku. Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Air mataku berlinang tanpa disedari.
“ Ratu sehari tak elok menangis”, suara Mak Andam memotong singkat lamunan masa silamku.
Bunyi kompang yang mengiringi pengantin lelaki semakin dekat kedengaran. Ku kerling ke muka pintu, Tina menghampiri dengan sejambak bunga mawar merah.
“ Iskandar tak dapat datang, dia pesan supaya aku menghadiahkan mawar ini dan sampaikan warkahnya…” dengan tangan mengeletar kubuka warkah biru muda itu.

Mira sayang,
Mawar merah sebagai
pembuka kata, mawar merah
juga sebagai penutup cerita kita.
Ketahuilah sayang, aku amat menyayangimu.
Dan kerana itu juga
aku sanggup melepaskanmu.
Terima kasih atas cintamu. Aku
merasai kebahagiaan walaupun
sekejap ketika bersama.
Percayalah, aku tetap
menyayangimu walaupun kau
bukan milikku lagi.
Ikhlas Dari,
Iskandar Khairuddin,
KOREA.

Sebak di dada tak dapat ku tahan lagi dan airmata ku pun mengalir laju.
Terima kasih segalanya Is, semoga aidilfitri yang menjelang nanti kita dapat bersua kembali.
Air mataku laju bercucuran…
Tamat

                   

No comments:

Post a Comment