Seperti yang di janjikan,
aku dan Yatie meneruskan niat kami meskipun Hani tidak dapat turut
serta. Aku memilih tiga kad yang sesuai untuk diberikan kepada doktor muda itu.
Juga sehelai tali leher sebagai kenangan. Yatie bersetuju dengan cadangan aku.
Tali leher biru, sepadan dengan kad dan wrapping papernya. Warna kegemaranku.
Rancangan aku kali ini mesti Berjaya.
Keesokan harinya, aku terserempak lagi dengan Dr Ibrahim.
Yatie…Hani…tolong aku. Dia tersenyum padaku. Menampakkan giginya yang putih
bersih dan teratur cantik. Nasib baik aku tidak jatuh pengsan di tepi pondok
telefon.
Aku tidak sabar lagi. Aku mesti mulakan perkenalan dengan
satu kad dulu. Aku dapat persetujuan dari kaunselor peribadiku.
Cuma rasa seperti
berkata
'Hello’
'Hello’
Yang benar,
Ezrinie Yusnita
Zain
Aku
menyuruh seorang jururawat pelatih yang aku kenali untuk menyampaikannya.
Esok
Hari Raya Aidiladha. Aku dan Mama sibuk menyediakan persiapan. Kelam kabut
rasanya. Dua minggu ayah terlantar di hospital. Kami tidak sempat hendak
membuat sebarang persediaan. Mujur ayah keluarkan duit petang tadi, barulah aku
dan Mama pergi membeli belah. Dan aku punya masa untuk membuat kek coklat
kegemaranku.
Bolehlah
aku beri sedikit kepada Dr Ibrahim esok. Itu pun kalau dia sudi menerimanya,
ujarku pada Yatie dan Hani. Esok…cepatlah
kau tiba!!!
“ Hai
buat penat aku aje” keluhku.
“
Kempunan aku” sampuk Hani.
Tengah
hari tadi, aku ke hospital bersama Yatie dan Hanie. Tapi kelibat Dr Ibrahim
tidak kelihatan. Sepatutnya dia bertugas hari ini. Aku tidak putus harapan,
malamnya aku datang lagi dengan Yatie, selepas menghadiri Majlis Hari Raya Haji
di rumah Hani. Alangkah malangnya, aku dapat jawaban mengecewakan daripada
seorang jururawat.
“ Dia tak
bertugas hari ini. Dia bertukar shift dengan Dr Puspa”
Keesokannya
pula, aku terpaksa menemani Mak Cik aku ke hospital. Mengambil ubat ayah.
Musnahlah harapan aku. Sebenarnya, aku sudah berjanji dengan Yatie untuk
menghantar barang-barang doktor itu. Jangkaan ku meleset. Aku terjumpa Dr
Ibrahim semasa aku ke sana.
“ Cepat
kemas Yatie, aku akan ambil kau tepat 2.30 petang” perintahku. Yatie ketawa
terkekeh-kekeh. Untung aku punya kawan yang memahami macam dia.
Satu
hari aku tersengih-sengih di rumah. Akhirnya, tali leher, kad-kad serta kek itu
sampai ke tangan pemiliknya. Degupan jantungku hamper saja terhenti sewaktu
menyerahkan barang-barang itu.
No comments:
Post a Comment