“ Tak! Sekarang ni kita balik
asing-asing. Dan mulai hari ini , Abang tak payahlah jemput Dira balik kerja
lagi. Dira boleh balik sendiri!” jawabku tegas.
“ Heyy..hey…apa ni?” Tanya Kamarul
serius.
“ Nak kan kepastian? Okey…mulai
hari ini, hubungan kita putus!! P.U.T.U.S! Putus! Seruku.
Saat itu, kebosanan yang
menular dalam diri tidak mampu kutahan lagi. Entahlah, aku tidak tahu mengapa, Cuma
yang dapat aku katakana aku benar-benar bosan melihat tingkah lakunya.
Tanpa
menunggu lebih lama akhirnya dengan wajah yang kusam, Kamarul pun mengatur
langkah meninggalkanku. Nada-nada kesal mula terpancar di wajahku. Tetapi tidak
lama…kerana selepas itu aku tersenyum puas. Puas kerana Berjaya mengenakan
dirinya…
Suasana di kantin pejabat riuh
rendah. Sebaik sahaja dia melangkah ke dewan kantin, uh! Apa ni? Jantungku mula
berdegup kencang apabila menyaksikan lakonan percuma di depan mata. Kamarul dan
Liza. Wah! Bukan main mesra dan manja lagi mereka berbual. Hebat… baru dua
minggu putus, dah menjalinkan cinta dengan orang lain pulak…Sempat lagi tu…
Hishh…apalah aku ni. Aku dengan
Kamarul, bukan ada apa-apa ikatan lagi. Tak malu betullah aku ni, dulu aku yang
mintak putus. Jadi untuk apa, aku marah-marah dan bermasam muka macam ni? Ah! Lelaki
itu bukan lagi menjadi milikku. Buat apa aku nak pening-peningkan kepala aku
tak tentu pasal. Dia nak bercinta kea tau nak berkahwin sekalipun dengan Liza
Burung Hantu tu, itu kan hak dia. Aku peduli apa, kataku dalam hati. Ewahh…ewahhh…nak
pujuk hati sendiri lah tu kononnya.
“ Hai …bang. Makan ke?” sapaku
sambil duduk berhampiran dengannya.
“ Heii…tanya-tanya ni nak
belanja abang ke?” tanyanya tanpa rasa kaku dan gugup.
“ Boleh juga. Eh! Dira ni
menganggu kau orang berdua pulak. Tak gitu Liza?” tanyaku pada Liza, teman
sepejabat Kamarul yang lebih dikenali sebagai Liza Burung Hantu. Maklumlah,
matanya bulat dan tajam terutama kalau merenung orang. Macam nak telan orang
aje. Takutt!!!
No comments:
Post a Comment