Pagi itu, awal-awal lagi Shafika Huda telah keluar menaiki kereta, Mazda Astina kesayangannya. Dia tidak tahu bagaimana hendak melarikan fikirannya yang sedang kacau bilau itu. Makin meresahkan, saban hari Mamanya tidak pernah lekat di rumah. Makin menjadi-jadi pulak orang tua ni...
Dia tidak mempunyai sebarang tujuan yang pasti. Dia memandu dengan perlahan sambil matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba dia memberhentikan keretanya secara mendadak. Kaget. Bagai tidak percaya dengan apa yang sedang di lihat. Faisal kelihatan sedang sarat mengangkut barang-barang yang baru dibeli dari pasar.
Tanpa menunggu lebih lama, Shafika Huda terus memanggil nama Faisal.Tetapi lelaki itu dengan pantasnya menuju ke tepi jalan. tentu dia yang terlebih dahulu melihatku, batin Shafika Huda berkata.
" Faisal!"
Dia kembali berteriak. Lelaki itu menatapnya tanpa sebarang reaksi, seperti mereka tidak pernah kenal di antara satu sama lain. Kemudian, jejaka itu terus menuju ke keretanya.
Shafika Huda mendengus panjang. Tidak mengerti mengapa Faisal bersikap begitu. Apakah kerana dia terlalu sibuk menguruskan perniagaan emaknya sehingga tidak punya waktu walau sedetikpun untuknya. Ataupun dia sudah berubah sikap, semenjak perusahaan emaknya berjaya? Berbagai-bagai persoalan yang mula timbul di benak hatinya.
Dia kembali tersedar apabila melihat kereta Faisal bergerak perlahan-lahan. Tanpa berlengah, dia terus mengekori kereta Faisal. Lantaran menyedari diekori, Faisal mempertingkatkan kelajuan keretanya.
" Fasal!" Teriak Shafika Huda. Faisal nampak gugup.
" Berhenti! berhenti! berhenti! Faisal!"ujarnya sambil memberikan isyarat agar lelaki itu memberhentikan keretanya ke tepi jalan.Tetapi lelaki itu tidak memperdulikannya. Malah dia semakin mempertingkatkan lagi kelajuan keretanya. Fikiran Shafika Huda semakin kacau. Kenapa Faisal bersikap begitu terhadap dirinya? Dulu, dia tidak macam ni. Ah! Faisal benar-benar sudah berubah. Hatinya mula merintih sedih.
No comments:
Post a Comment