Fairmummy.blogspot.com

Thursday, 9 August 2012

Milik Siapakah Hatimu? 11

“ Aku tak boleh jawab Ninie. Kau kena Tanya hati kau sendiri. Jika benar memang kau ada hati padanya, aku bersimpati. Maafkan aku kerana mendorong kau mendekati dia. Aku gagal menjadi seorang kaunselor yang baik” sahabat, jangan persalahkan dirimu. Aku yang bersalah kerana mengheretmu bersama.
Kenapa kau harus kecewa Ninie? Dia bukan milikmu, bisik suara hatiku. Apalah yang ada padaku? Aku bukan seorang doktor yang setaraf dengannya. Ah! Buat apa aku fikirkan semua tu. Tidak ada faedahnya.
Rupa-rupanya, hari ini belum cukup bertuah bagik. Kenapalah aku emosional sangat. Barangkali niatku semakin melencong jauh. Dulunya, aku ingin mengenali dia hanya sekadar suka-suka. Cukup hanya sebagai teman biasa. Jatuh cinta lagikah aku? Tidak mungkin!!! Aku silap mengintepretasikan perasaan aku sendiri. Kacau jadinya. Aku tidak pasti jam berapa aku terlelap.
Apa yang aku pasti, aku mesti menemuinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dua hari lagi. Katanya, dia akan balik bercuti ke Johor Bahru. Dengan bantuan sepupuku, aku dapat mengesan bila penerbangannya.
Seperti selalu, aku ditemani oleh dua sahabat akrabku. Aku mahu kami tiba lebih awal daripada dia. Tapi sebaliknya terjadi.
“ Tak sabar nak balik kampung “ beritahunya.
Bila aku tanya, lama ke balik? Sebulan bercuti, menurutnya lagi. Hai, lamanya. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa dengan orang kampung. Lebih-lebih lagi si dia tersayang. Rindu benar barangkali, giatku. Dia tersenyum.
“ Aduh! Sweetnya dia. Boleh aku panggil dia Dr Sweet? No wonder lah kau jatuh hati pandang pertama Ninie” Baru pertama kali bersua, pujian Hani sudah tinggi melangit.
Memang dia menarik orangnya. Kalau tidak, masakan aku jadi gila bayang. Apakan daya, dia akan jadi hak orang lain. Alangkah bertuahnya si dia itu!
Wahai doktor muda, milik siapakah hatimu? Benarkah kau akan melangsungkan pertunangan semasa percutianmu nanti? Atau kau sengaja hendak mengelakkan diri? Atau…mungkinkah aku yang terlewat mengenalimu? Mungkin juga segalanya sudah tersurat. Aku redha…
Tamat

No comments:

Post a Comment