" Hissshhh...kau ni. Kacau la," rengek Shafik setengah sedar.
" Dah subuh ni. Kau kata nak jogging."
" Arghhh...aku mengantuk la. Lagipun perut aku ni kembung. Ha...cuba kau dengar, duk...duk...duk," Shafik menepuk perutnya.
" kalau kau rajin, kau pergilah sorang," sambungnya lagi.
" Menyampah la kau ni. Semalam bukan main lagi, beriya-iya benar nakberjogging. Tapi hari ini seribu macam alasan pulak yang diberi. Geram betul aku!" Gerutu Haqimi sambil berlalu keluar dari kamar dan membiarkan Shafik menyambung mimpinya.
Semilir angin darat yang penuh kedinginan di pagi minggu menerpa lembut ke wajah Haqimi. Dia terasa segar. Ya...segar sekali. Dia berlari perlahan sambil menghirup udara pagi. Sejam selepas itu, anak-anak peluh mulai membasahi t-shirtnya. Haqimi menyusuri tepi danau. Sesekali dia melompat kecil menghindari anak-anak ombak yang hendak menyapa sepatunya.
Suasana Pantai Maleber riuh dengan celoteh anak-anak kecil yang berkeliaran di tepi pantai keriangan jelas terpancar di wajah mereka dan sesaat mentari merayap dengan sapaan ultra violetnya, Haqimi bagaikan terjaga oleh gambaran samar di depannya. Dikerdipkan matanya. Ehmmmm...penglihatannya tidak samar. Gambaran itu tidak lain dari susuk tubuh gadis yang ditemui oleh dia dan Shafik empat hari lalu. Amira Aina! gadis itu mematungkan diri dan membiarkan kedua belah kakinya dielus butir-butir pasir yang di bawa oleh ombak.
Dengan sedikit rasa bimbang, Haqimi menghampiri.
" Pagi!" sapanya parau.
" Sendiri?"
Amira Aina melirikkan matanya, seolah-olah kurang selesa dengan pancaran mentari yang menyilaukan matanya. Haqimi turut mengalih pandang ke arah mentari. Silau!.
" Maaf, kalau menganggu. Meskipun kau tak tanya...biar aku beritahu, namaku Haqimi. Sepupuku Shafik beritahu, nama kau Amira. Amira Aina, betul ke?" tanya Haqimi.
" Ooooo kamu....'"sahut Amira ramah.
Dahi Haqimi berkerut, " Aku? kamu kenal?."
" Shafik pernah cerita pasal sepupunya yang akan datang ke Jakarta. Dan aku pasti, itu adalah kamu."
No comments:
Post a Comment