Tidak ada apa, walau sebesar zarahpun yang dapat kubanggakan
untuk menarik perhatian teman-teman. Tetapi Fatin memiliki segalanya. Bahkan
berlebihan. Dan siapakah yang tidak adil? Tuhan kah? Atau siapa? Hatiku hancur.
Betapa jauhnya perbezaan antara aku dan Fatin. Betapa berbezanya. Bagai langit
dan bumi. Bagai pasir dan bintang.
Aku tahu, aku tidak boleh berbuat apa-apa dihadapan Fatin
atau keluarganya, kerana asap di dapur rumahku aka nada jika ayahku berkerja.
Berkerja sebagai driver yang selalu disuruh itu dan ini oleh papa Fatin, tanpa
sebarang kuasa untuk membantah.
Tak terasa ingatan ku melayang pada kejadian sebulan yang
lalu. Ya, sebulan yang lalu. Ketika aku merayakan ulang tahunku yang ke
tujuhbelas. Usia aku meniggalkan zaman kanak-kanak menuju dewasa. Aku ingat
lagi , walaupun hari itu aku bertugas membersihkan kelas tetapi aku sengaja
datang lambat. Aku sengaja lambat kerana aku ingin memasuki kelas pada saat
telah ramai teman yang datang.
Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah, sudah kubayangkan
teman-teman yang datang mengerumuniku dan mengucapkan selamat ulang tahun. Kubayangkan hadiah serta kad ucapan
daripada mereka.
Bukankah setiap kali teman-teman lain merayakan hari jadi,
berbagai-bagai kejutan yang lucu telah berlaku.
Sambil tersenyum kecil aku terus masuk ke dalam kelas. Tapi
ternyata yang kubayangkan tidaklah semanis kenyataan. Malah telah menghempaskan
aku ke sumur yang tidak berdasar. Hatiku hancur.Bukan hanya berkeping-keping
tetapi telah lumat menjadi debu.
“ Eh! Elly… kau tak tahu ke hari ni kau bertugas sapu
sampah?” Tanya Enny sebaik sahaja aku meletakkan beg galasku di atas meja.
“ Apa..kau fikir kau datang lambat…kau boleh lari dari tugas
kau? Kau ingat aku ni kuli kau, nak buat kerja ni sorang-sorang? Kalau kau tak
nak buat kerjani, aku boleh cari pembantu lain. Heeiii…menyusahkan orang saja,”
katanya berapi-api.
Aku rasakan mukaku merah menyala akibat menahan malu dan
marah yang bercampur aduk. Ku lihat kea rah teman-teman yang lain untuk meminta
pertolongan. Tapi yang kudapat hanyalah pandangan mata yang sinis dan
seolah-olah menuduhku tak bertanggungjawab. Ku lihat sinar mata yang
memusuhiku. Kugigit bibirku sekeras-kerasnya. Sakit. Ternyata aku tidak
bermimpi. Ku hiburkan hati sendiri dengan membuat andaian itu adalah kejutan
dari teman-teman. Kerana selama ini tidak ada yang memusuhi mereka yang tidak
menjalankan tugas harian di dalam kelas. Apalagi, selama ini akulah yang paling
rajin membersihkan kelas.
No comments:
Post a Comment