“ Aku nak buat macam mana. Dia hilang ke tempat yang aku tak
boleh masuk. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya dia sempat menoleh kearah ku
ketika lif yang membawa aku dan dia, sama-sama berhenti di aras 7”.
“ Yatie, apa yang kau fikirkan tentangnya? Aku rasa dia tu
luruslah. Macam no life aje. Maksud aku, hidup dia membosankan, macam takde
hiburan langsung” sambung aku lagi.
“ Ninie…Ninie, jangan mengadili buku dari kulitnya sahaja.
Memanglah kehidupan seorang doktor itu nampak bosan, tapi tak bermakna dia tak
tau nak berhibur langsung. Dia pun insan biasa macam kita. Tapi dia terlalu
tumpu kepada kerja. Doktor mempunyai tanggungjawab yang besar. Kau kena faham
tu. Kalau tak, tak gunalah kau berkawan dengan doktor”.
“ Entahlah, aku rasa aku ni macam perigi mencari timba je”
keresahan yang telah lama bersarang di hati terlerai jua akhirnya.
“ Come on Ninie, kita ni dah nak masuk tahun 2000. Dah tak
kisah lagi dengan benda macam tu. Seperti yang aku cakapkan tadi, doktor terlalu
menumpukan kerjanya. Mana ada masa nak cari teman wanita. Tak salah kalau kau
yang cuba menghampirinya dahulu.”
“ Aku takutlah, dia tu dah ada teman wanita. Tunang orang
ke? Entah-entah dah kahwin kot.”
“ Aku pasti dia single lagi. Kalau ada teman wanita pun, apa
salahnya. Kau dan dia masih boleh berkawan kan? Macam ni ajelah. Jika kau
betul-betul nak berkenalan dengan dia, kau kena berikhtiar. Kau tukar strategi."
“ Strategi apa?” soalku bodoh.
“ Kau hantar kad aje kat dia. Senang kan. Tak bebankan otak
kau. Betul tak?”.. ya tak ya juga. Terima kasih Yatie.
Tanpa aku duga, di tengah-tengah keseronokan mengatur
rancangan baru, aku ditimpa kesedihan. Aku tidak menyangka , Shah datang menjenguk
ayah di hospital. Rasa hendak putus tangkai jantungku melihat kehadirannya.
Sudah hampir beberapa bulan kami tidak bersua muka. Badannya agak berisi, senang hati dapat teman
wanita baru agaknya. Astagfirullah! Tak baik buruk sangka, Ninie. Terima kasih
kerana datang Shah, aku terlalu menghargaiya.
Aku hampir-hampir tidak bersemangat untuk meneruskan niatku,
setelah menatap wajah Shah. Maafkan aku sayang , aku tidak bermaksud untuk
mencari penggantimu.
“ Aku ingat kau dah lupakan aku” Aku menghubungi Hani,
seorang lagi sahabat karibku di Pahang.
“ Tidak semudah itu Hani. Aku teramat sayang padanya, kau
pun tau kan?”
“ Dah lima bulan
berlalu, Ninie. Lupakan saja dia. Kan ke kau dah ada Dr Ibrahim sekarang. Lusa,
aku dah nak balik bercuti. Kau kena tunjuk yang mana satu Dr Ibrahim, teringin
benar aku nak tengok” Hani mengusiku.
No comments:
Post a Comment